Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Battlefield 2042 Season 6 Preview — Pengalaman Combat Jarak Dekat yang Baik!

Maira by Maira
October 6, 2023
in Artikel, Berita, Game, Preview, Shooter
0 0
0
Battlefield 2042 Season 6 Preview — Pengalaman Combat Jarak Dekat yang Baik!

Sumber imej: EA

Share on FacebookShare on Twitter

Battlefield 2042 akan hadir dengan Season 6 “Dark Creations” yang membawa beberapa penambahan baharu serta penambahbaikan untuk semua pemain! Kami telah berpeluang untuk mencubanya lebih awal dan tidak sabar untuk berkongsi pengalaman kami semasa mencubanya. Jadi tanpa membuang masa, inilah preview kami untuk Battlefield 2042 S6 Dark Creations!

Makmal Bawah Tanah dan Hutan — Redacted

Peta baharu yang disertakan dengan Dark Creations ialah Redacted, dan ia adalah peta indoor sepenuhnya. Walaupun terdapat tempat yang nampak seperti hutan dan langit dan sebagainya, tetapi ia sebenarnya berada di bawah tanah.

Sumber: EA

Bagi kami ia terasa lebih kecil dan padat berbanding dengan peta lain Battlefield 2042. Anda boleh boleh pergi ke mana-mana sahaja dengan berjalan kaki tanpa berasa seperti merentasi satu kawasan luas yang kosong. Bagi kami ia memang terasa hebat. Memandangkan peta lebih kecil daripada yang lain, bilangan pemain untuk setiap perlawanan juga dikurangkan. Walaupun dalam mode Conquest yang sepatutnya mempunyai 124 pemain, dalam Redacted hanya terhad kepada 64 pemain sahaja. Walaupun nampak sikit, tetapi anda masih boleh menjumpai mangsa anda. Kalau ia kekal dengan bilangan 124 pemain, pasti ia akan menjadi sempit.

Sumber: EA

Selain itu, terdapat banyak sudut dan cover untuk anda gunakan semasa bermain kerana tiada kenderaan yang ada pada peta tersebut. Peta itu juga mempunyai chokepoint yang boleh anda guna untuk farm. Tetapi ia terasa mustahil untuk ditembusi. Apabila bermain, anda pasti rasa bahawa anda boleh menolaknya semula walaupun anda kena choke. Ia berasa lebih baik dengan cara ini kerana ia membuatkan anda berfikir tentang apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi chokepoint itu.

Senjata yang berguna

Terdapat tiga senjata baharu diperkenalkan untuk musim ini. Antaranya assault rifle VHX D3, marksman rifle G428 dan semi-auto pistol L9CZ. Sejujurnya, kami sangat suka menggunakan VHX D3.

Sumber: EA

Semasa pembentangan mengenai Dark Creations, dikatakan bahawa VHX D3 elok digunakan untuk combat jarak dekat dan pertengahan. Apabila kami mencubanya dalam Redacted, ia berasa menakjubkan. Memandangkan peta itu padat, hampir setiap combat yang anda lalui pastinya combat jarak dekat dan pertengahan yang sememangnya situasi yang sesuai untuk VHX D3. Ia mempunyai kadar tembakan yang pantas, ketepatan cukup baik untuk tembakan letusan pada jarak pertengahan dan agak mudah dikawal.

Sumber: EA

Sebaliknya, G428 bukanlah pilihan yang kami akan gunakan untuk combat jarak jauh. Walaupun begitu, ia bukanlah pistol yang teruk. Anda masih boleh menembak seseorang dua kali dan membunuh mereka dengan tembakan pantasnya.

Sumber: EA

Terakhir sekali, L9CZ. Ia mampu menembak dengan cukup tepat sehingga anda boleh membunuh seseorang dari jarak pertengahan, ia sangat bagus untuk menembak pinggul. Tetapi ia bukanlah sepenuhnya auto. Terdapat sebab yang baik untuk tidak menjadikan pistol ini automatik sepenuhnya. Jika tidak, ia akan menjadi terlalu OP tetapi jika anda tidak spam dengan cukup pantas, anda pula akan kecundang.

Kesimpulan

Battlefield 2042 Season 6 Dark Creations membawakan sesuatu yang berbeza daripada musim lain, terutamanya peta yang lebih padat, tertutup sepenuhnya dan lebih memfokuskan pada pertempuran jarak dekat dan pertengahan. Walaupun ia bukan sesuatu yang baru untuk siri Battlefield, ia sangat berbeza daripada apa yang ditawarkan 2042 pada masa lalu. Lagi seronok rasanya kalau ramai pemain kembali untuk mencuba musim terbaru ini apabila ia lancar pada 10 Oktober ini.

Sumber: EA

Battlefield 2042 boleh diakses secara percuma dari 12 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2023. Pemain boleh memuat turun game dan memainkannya secara percuma semasa tempoh itu di semua platform.

Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Battlefield 2042
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: DICE
Release Date TBC
Microsoft Windows, Origin, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Battlefield 2042 menawarkan empat mode, tujuh peta All-Out War/Hazard Zone, enam peta Portal Battlefield klasik dan 10 Specialist untuk dimainkan (lebih banyak akan datang pada musim akan datang). Saya akan cuba ringkasan supaya anda semua faham.
Tags: Battlefield 2042Battlefield 2042 Season 6Battlefield 2042 Season 6 "Dark Creations"
ShareTweetSend
Previous Post

Battlefield 2042 Season 6 “Dark Creations” Akan Lancar pada 10 Oktober — Info Lengkap!

Next Post

PS5 EA Sports FC 24 Bundle tersedia sekarang, harga RM2,499!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
PS5 EA Sports FC 24 Bundle tersedia sekarang, harga RM2,499!

PS5 EA Sports FC 24 Bundle tersedia sekarang, harga RM2,499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd