Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Battlefield 2042 Season 6 “Dark Creations” Akan Lancar pada 10 Oktober — Info Lengkap!

Maira by Maira
October 5, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Battlefield 2042 Season 6 “Dark Creations” Akan Lancar pada 10 Oktober — Info Lengkap!

Sumber: EA

Share on FacebookShare on Twitter

Battlefield 2042 akan hadir dengan musim 6 “Dark Creations” tidak lama lagi. Dalam musim terbaru itu akan ada senjata baharu, satu kenderaan baru, penambahbaikan QoL serta peta baharu yang dipanggil Redacted. Battlefield 2042 Season 6 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2023! Jom kami berikan ringkasan tentang kandungan yang akan tersedia nanti!

Redacted — Peta baharu

Redacted ialah peta close-quarter, bukan kenderaan dan sesak yang diilhamkan oleh Operation Metro dan Operation Locker. Kedua-duanya adalah peta multiplayer daripada Battlefield 3 dan Battlefield 4. Ini juga merupakan peta pertama dalam Battlefield 2042 yang merupakan peta indoor sepenuhnya dan pemain perlu menggunakan sudut untuk menyerang hendap musuh.

Sumber: EA

Senjata-senjata baharu

  • VHX D3 – Assault Rifle: VHX D3 telah dioptimumkan untuk kemudahalihannya dan bagus untuk pertempuran close-quarter hingga jarak dekat, dan bertemakan Redacted.
  • L9CZ – Sidearm, Pistol: L9CZ ialah pistol separa automatik yang mempunyai ketepatan tinggi dan bagus untuk pertempuran jarak dekat.
  • G428 – Designated Marksman Rifle: G428 mempunyai kuasa penembusan yang besar dan ketepatan yang sangat baik yang membolehkan penglibatan jarak jauh.

Pouch — Gajet baharu

Item sokongan ini sangat berguna dan ia hadir dengan Ammo serta Health Variety.

YUV-2 “PONDHAWK” — Kenderaan baharu

Sumber: EA

Ini merupakan pengangkutan dua orang yang boleh bergerak dengan pantas merentasi medan perang. Walaupun mempunyai rupa seperti motosikal, tetapi ia boleh terbang. Sebagai peringatan, kenderaan baharu ini tidak boleh digunakan dalam peta Redacted kerana peta itu indoor sepenuhnya.

Battlepass Baharu

Seperti biasa, semua benda baharu yang diperkenalkan adalah percuma untuk dibuka, dan versi Premium Battlepass hanya memberi anda lebih banyak skin dan mata wang dalam game. Untuk musim ini, Ultimate Pack diperkenalkan di mana anda boleh mendapatkan lebih banyak kosmetik eksklusif dan membolehkan anda melangkau 20 tier.

Sumber: EA

Perubahan pada QoL

Aim Assist yang tersedia untuk pemain konsol telah ditambah baik untuk memberikan “keadilan” semasa bermain cross-play. Pengendalian kenderaan juga ditambah baik daripada segi kelajuan pusingan dan kenderaan tank, graviti pendaratan kenderaan bawaan udara, dan pengendalian jet.

Terdapat juga beberapa perubahan pada kelas Recon. Alat penggodaman Rao telah diolah semula. Kini ia tidak menghalang tembakan pada kenderaan sebaliknya memberi damage kepada kenderaan sasaran. Keupayaan penggodaman Rao juga mempunyai beberapa perubahan, di mana jika musuh yang digodam terbunuh, maklumat semua musuh di sekeliling akan didedahkan.

Untuk memadankan tingkah laku penggodaman baharu, bom tangan EMP dan dron Recon Caspar juga mendapat beberapa pelarasan.

Sumber: EA

Tempoh Akses percuma

Battlefield 2042 boleh diakses secara percuma dari 12 Oktober 2023 hingga 16 Oktober 2023. Pemain boleh memuat turun game dan memainkannya secara percuma semasa tempoh itu di semua platform. Buat masa ini, tiada lagi masa tetap apabila akses itu dibuka nanti. Jadi tunggu makluman lanjut melalui akaun media sosial game!

Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.

Muat turun di sini
Battlefield 2042
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: DICE
Release Date TBC
Microsoft Windows, Origin, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Battlefield 2042 menawarkan empat mode, tujuh peta All-Out War/Hazard Zone, enam peta Portal Battlefield klasik dan 10 Specialist untuk dimainkan (lebih banyak akan datang pada musim akan datang). Saya akan cuba ringkasan supaya anda semua faham.
Tags: Battefield 2042 S6Battefield 2042 Season 6Battlefield 2042Battlefield 2042 Season 6 "Dark Creations"
ShareTweetSend
Previous Post

Soundtrack Digital Kedua Sonic Frontiers Kini Tersedia! Ada di Spotify, Apple Music & Banyak Lagi!

Next Post

Battlefield 2042 Season 6 Preview — Pengalaman Combat Jarak Dekat yang Baik!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Battlefield 2042 Season 6 Preview — Pengalaman Combat Jarak Dekat yang Baik!

Battlefield 2042 Season 6 Preview -- Pengalaman Combat Jarak Dekat yang Baik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd