Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SecretLab umum kulit ‘Cyberpunk: Edgerunners’ untuk TITAN Evo, santai bersama Lucy and Rebecca!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 27, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Perabot, Produk, Teknologi
0 0
0
SecretLab umum kulit ‘Cyberpunk: Edgerunners’ untuk TITAN Evo, santai bersama Lucy and Rebecca!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat kerusi gaming terkenal SecretLab telah mengumumkan barisan “kulit” baharu untuk produk mereka, yang menampilkan watak kegemaran peminat Lucy dan Rebecca daripada Cyberpunk: Edgerunners.

Khususnya, produk baharu ini memberi dua skin untuk Secretlab TITAN Evo, yang membolehkan pemain customize kerusi gaming tersebut dengan kulit baharu yang menampilkan Lucy dan Rebecca daripada anime popular Cyberpunk: Edgerunners.

Kulit itu dihasilkan dengan tepat untuk TITAN Evo, dan memastikan peminat boleh menukar kulit dengan mudah pada bila-bila masa untuk menambah rupa anime yang futuristik dan premium pada kerusi gaming anda.

Terdapat dua kulit, seperti yang disebutkan tadi, manakala penerangan rasmi Secretlab adalah seperti berikut:

Kredit: SecretLab
  • Berdansa di bulan dengan Secretlab SKINS Cyberpunk: Edgerunners Lucy Edition, sebuah kulit berdasarkan sut netrunner hitam dan jaket putih milik Lucy, dengan ukiran kapal terbang ulang-alik ke Bumi, bulan dan angkasa bulan dijahit dengan teliti di belakang.
Kredit: SecretLab
  • Jika anda suka sesuatu yang lebih unik, dapatkan Secretlab SKINS Cyberpunk: Edgerunners Rebecca Edition. Dianyam dengan warna hijau pastel, tatu merah jambu terang dan ukiran dwi-senjata milik Rebecca, ia adalah adaptasi 1:1 berdasarkan watak itu.

Kulit ini boleh didapati dalam pelbagai saiz untuk memuatkan kerusi SecretLab Titan Evo dari Small hingga Large. Kedua-dua kulit Lucy dan Rebecca kini boleh dibeli di laman web SecretLab tetapi laman Malaysia masih belum menjualnya secara rasmi.

Kredit: SecretLab

Bagi mereka yang tidak tahu, Cyberpunk: Edgerunners adalah siri anime berdasarkan game Cyberpunk 2077. Siri ini dianimasikan oleh Studio Trigger di bawah penyeliaan CD Projekt dan ditayangkan di Netflix pada September 2022.

Berlangsung di alam semesta Cyberpunk, anime ini berfungsi sebagai prekuel kepada game dan berlaku kira-kira setahun sebelum peristiwa Cyberpunk 2077. Selepas dikeluarkan, Cyberpunk: Edgerunners menerima ulasan yang sangat positif, dengan pujian diberi kepada karakter, animasi dan jalan cerita.

Sinopsis:

Anime ini menceritakan kisah 10-episod yang tersendiri tentang seorang budak lelaki jalanan bernama David Martinez yang cuba bertahan hidup di Night City — sebuah bandar yang obses dengan teknologi dan pengubahsuaian badan pada masa hadapan. Selepas kehilangan segala-galanya, dia terus hidup sebagai edgerunner — askar upahan yang juga dikenali sebagai cyberpunk.

Baca segala liputan kami tentang produk SecretLab di SINI!

Tags: CYBERPUNK: EDGERUNNERSkerusi gaminglucySecretlab
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game Hebat Yang Anda Boleh Main Sepanjang Oktober 2023!

Next Post

Pengarah MDEC Mohan Low mulakan MYDCF dengan Membincangkan Tumpuan dalam Industri Kreatif [Level Up KL 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Next Post
Pengarah MDEC Mohan Low mulakan MYDCF dengan Membincangkan Tumpuan dalam Industri Kreatif [Level Up KL 2023]

Pengarah MDEC Mohan Low mulakan MYDCF dengan Membincangkan Tumpuan dalam Industri Kreatif [Level Up KL 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd