Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada 5 Oktober 2023, dan kami pasti ramai yang tidak sabar untuk meneroka kota Baghdad dalam entri baharu tersebut. Berita baiknya, Ubisoft telah pun melepaskan senarai spesifikasi Assassin’s Creed Mirage untuk pemain PC. Jadi anda yang ragu-ragu mengenai spec PC masing-masing, bolehlah semak sekarang sebelum game itu keluar nanti.

Sambil anda meneroka sebagai Basim untuk menjadi Hidden One, anda boleh selami dunia Assassin’s Creed Mirage dengan pelbagai ciri-ciri hebat PC termasuklah frame rate tanpa terhad, 4K, penggunaan keyboard, mouse dan controller secara serentak dan juga paparan panorama dengan HDR serta sokongan multi monitor dan widescreen.
Tentang Assassin’s Creed Mirage
Dalam Assassin’s Creed Mirage, anda bermain sebagai Basim, seorang pencuri jalanan yang licik dengan penglihatan ngeri, mencari jawapan dan keadilan. Selepas tindakan pembalasan maut, Basim melarikan diri dari Baghdad dan menyertai organisasi kuno – The Hidden Ones. Sambil dia mempelajari ritual misteri dan pegangan kuat mereka, dia akan mengasah kebolehannya yang unik, menemui sifat sebenar dirinya, dan memahami kepercayaan baharu – yang akan mengubah nasibnya dengan cara yang tidak pernah dia bayangkan.

Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada 5 Oktober dan tersedia untuk pra-tempah sekarang di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Amazon Luna dan PC melalui Epic Games Store, Ubisoft Store. Kalau anda melanggan Ubisoft+ , anda boleh mainkannya pada hari pertama ia dilancarkan. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post