Xbox telah mengumumkan tambahan lima game baharu untuk semua pelanggan PC Game Pass pada bulan September dan awal Oktober. Antara game tambahan tersebut adalah Party Animals, Gotham Knights, The Lamplighters League, Payday 3 dan Cocoon! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai kesemua game ini.
Party Animals (Cloud dan Konsol) – September 20

Lawan bersama atau menentang kawan anda dalam Party Animals! Pilih watak anda daripada barisan haiwan-haiwan comel sambil anda bertarung dalam pelbagai mode tersedia dan menjadi pemenang!
Payday 3 (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – September 21

Payday 3 merupakan sekuel kepada salah satu game co-op shooter paling popular sepanjang dekad yang lalu. Sejak dikeluarkan, pemain Payday telah berseronok dengan rompakan yang dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna. Itulah yang menjadikan Payday sebagai pengalaman FPS co-op tinggi.
Cocoon (Konsol dan PC) – September 29

Daripada Jeppe Carlsen, game designer utama Limbo dan Inside – Cocoon membawa anda dalam pengembaraan merentasi dunia dalam dunia. Kuasai mekanik untuk merungkai misteri kosmik.
Gotham Knights (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – October 3

Batman sudah mati. Dunia jenayah yang luas dan baru telah melanda jalan-jalan di Gotham City. Kini terpulang kepada Keluarga Batman – Batgirl, Nightwing, Red Hood, dan Robin – untuk melindungi Gotham, membawa harapan kepada penduduknya, disiplin kepada polisnya, dan ketakutan kepada penjenayahnya.
The Lamplighter’s League (Cloud, PC dan Xbox Series X|S) – October 3

Menyelinap, mencuri dan mengharungi dunia pengembaraan dalam The Lamplighter’s League! Keluar merentasi pelbagai tempat menarik di seluruh dunia dan melepasi musuh anda dalam pertempuran turn-based strategik dan, jika anda bermain dengan betul, anda mungkin menyelamatkan dunia.
Game mana yang anda ingin mainkan nanti? Kalau ada yang berminat untuk bermain game yang disediakan, anda wajib langgan Xbox Game Pass dengan hanya RM15. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post