Hari ini, kita dapat pengesahan rasmi oleh SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio bahawa Like a Dragon: Infinite Wealth akan dilancarkan secara fizikal dan digital untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 26 Januari 2024 di seluruh dunia. Bagi mereka yang berminat, pre-order secara digital kini tersedia.
Sempena itu, dua trailer baharu telah mendedahkan latar belakang permainan dan juga serba sedikit tentang gameplay. Anda boleh menonton kedua-dua trailer di bawah:
Menurut sinopsis rasmi; game ini menceritakan tentang dua “pahlawan hebat”, Ichiban Kasuga dan Kazuma Kiryu yang disatukan oleh takdir, atau oleh sesuatu yang lebih jahat… Ichiban Kasuga, ialah seorang “underdog ” yang sukar untuk dihalang dan tidak asing lagi kepada kepayahan bermula daripada bawah, manakala Kazuma Kiryu kini merupakan lelaki berputus asa yang sedang menghadapi hari-hari terakhirnya.
Kami akan menceritakan lebih lanjut dalam artikel khusus tetapi sebagai ringkas, anda boleh mengalami pertempuran RPG yang dinamik dan pantas di mana medan perang sekililing boleh menjadi senjata anda dan apa-apa sahaja boleh berlaku. Ubah suai kemahiran parti anda mengiku situasi dengan pekerjaan dan customization gila untuk menewaskan musuh secara strategik dengan gerakan brutal.
Kali ini, kita akan meneroka Jepun dan Hawaii dalam pengembaraan yang begitu besar sehingga menjangkau Pasifik. Detik-detik yang tidak dapat dilupakan menanti di setiap langkah perjalanan dengan campuran misi dan aktiviti unik untuk dinikmati pada masa lapang anda.
Temui wajah baharu, bina hubungan baharu dan nikmati pelbagai mini-game dalam persekitaran yang besar ini.
Senarai watak
- Ichiban Kasuga (dilakonkan oleh Kazuhiro Nakaya)
- Kazuma Kiryu (dilakonkan oleh Takaya Kuroda)
- Jo Sawashiro (dilakonkan oleh Shinichi Tsutsumi)
- Yu Nanba (dilakonkan oleh Ken Yasuda)
- Eiji Mitamura (dilakonkan oleh Ryo Narita)
- Eric Tomizawa (dilakonkan oleh Satoru Iguchi)
- Koichi Adachi (dilakonkan oleh Akio Otsuka)
- Saeko Mukoda (dilakonkan oleh Sumire Uesaka)
- Joon-gi Han (dilakonkan oleh Yuichi Nakamura)
- Tianyou Zhao (dilakonkan oleh Nobuhiko Okamoto)
- Chitose Fujinomiya (dilakonkan oleh Anju Inami)
- Seonhee (dilakonkan oleh Hana Takeda)
- Masumi Arakawa (dilakonkan oleh Kiichi Nakai)
- Masataka Ebina (dilakonkan oleh Hiroki Hasegawa)
- Dwight (dilakonkan oleh Danny Trejo)
- Masataka Ebina (dilakonkan oleh Daniel Dae Kim)
Edisi Game
Standard Edition
- Like a Dragon: Infinite Wealth
Deluxe Edition
- Like a Dragon: Infinite Wealth
- Master Vacation Bundle
Ultimate Edition
- Like a Dragon: Infinite Wealth game
- Master Vacation Bundle
- Assorted Outfit Bundle
- Sujimon & Resort Bundle
- Yakuza CD Collection Set
Kandungan Bonus Pre-Order
Hero’s Booster Pack
Pack ini membolehkan anda meningkatkan level ahli parti dan job rank sebanyak 1.
Termasuk:
- Leveling Set (Small) x 1
- Gearworks Crafting Set (Small) x 1
- Job Leveling Set (Small) x 1
Special Job Set
Set ini mengandungi prkerjaan khas Linebacker dan Tennis Ace.
- Pekerjaan Lelaki: Linebacker tersedia untuk semua ahli parti lelaki.
- Pekerjaan Wanita: Tennis Ace akan tersedia untuk semua ahli parti wanita.
Like a Dragon: Infinite Wealth akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 26 Januari 2024. Baca segla liputan kami tentang Like A Dragon di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post