Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Legends ajak sambut ‘7th Anniversary Celebration’! Hero Assassin baru Nolan akan muncul!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile
0 0
0
Mobile Legends ajak sambut ‘7th Anniversary Celebration’! Hero Assassin baru Nolan akan muncul!
Share on FacebookShare on Twitter

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) rasmi akan berusia 7 tahun tidak lama lagi – jadi sempena itu, Moonton mengajak semua pemain untuk menyertai “7th Anniversary Celebration” untuk meraih pelbagai ganjaran dan hadiah. Acara ini adalah sebahagian daripada kempen Project NEXT, yang memperkenalkan pelbagai ciri dan update (serta hero Assassin baru) untuk menambah baik gameplay dan pengalaman pemain.

7th Anniversary Celebration akan bermula dari 30 September hingga 15 Oktober di mana anda dapat memperoleh skin ulang tahun eksklusif untuk Johnson! Ulang tahun ini adalah yang terbesar, dengan lebih banyak ganjaran dan skin lama untuk dimenangi melalui pelbagai mini-game.

Berikut adalah info kandungan:

Dapatkan ganjaran ulang tahun dengan hanya bermain! Dapatkan Skin Anniversary 2023 serba baharu untuk Johnson, 7th Anniversary Avatar Border, Notifikasi semasa mendapat Kill, Emotes dan yang berikut:

  • Hero (salah satu daripada lima hero terpilih)
  • Skin Istimewa 2022: Harley

Item anniversary akan tersedia dalam game bermula sekarang hingga 22 Oktober. Untuk memperoleh item di atas, pemain mesti mengambil bahagian dalam ‘To The Stars!‘ dengan melengkapkan pelbagai level dalam mini-game Johnson.

Pandu kenderaan ke garisan penamat dengan melengkapkan teka-teki. Sebanyak 28 level dibahagikan kepada empat bab. Bab baharu akan dibuka dari 4 hingga 7 Oktober, dan pemain perlu memperoleh ganjaran anniversary coin daripada cabaran untuk menuntut ganjaran 2023 anniversary.

Hero baru Nolan!

Dikenali sebagai salah seorang saintis penting di Eruditio bersama isterinya Lily, Nolan bertanggungjawab ke atas projek multiverse yang boleh mengaktifkan portal ke dimensi lain. Mereka hampir dapat membongkar rahsia alam semesta, tetapi bencana melanda pasukan itu – hingga menyebabkan kematian Lily manakala Nolan terkandas di multiverse. 16 tahun kemudian, Nolan kembali – sesuatu yang tidak dijangka oleh Layla.

Nolan merupakan Assassin jenis Chase / Burst yang melakukan DMG besar dengan mencipta “rift” keretakan dimensi lalu meletupkannya. Berikut adalah skill set-nya:

  • Skill 1 – Expansion: Nolan memotong kawasan segi empat tepat di hadapannya, menyebabkan Physical Damage dan meninggalkan “rift” pada musuh pertama yang terkena serangan.
  • Skill 2 – Gauge: Nolan menyerbu ke arah sasaran dan mengelar musuh, menyebabkan Physical Damage kepada musuh di laluannya dan meninggalkan “rift”.
  • Ultimate – Fracture: Nolan membuang semua debuff pada dirinya dan mengelar sasaran sebanyak 3 kali, menyebabkan Physical Damage dengan setiap kelar sambil meninggalkan 3 “rift”. Rift itu akan meletup secara automatik manakala Nolan mengundur ke belakang.
  • Passive – Dimensional Rift: Skil Nolan boleh memotong dimensi, meninggalkan rift yang memperlahankan musuh. Apabila rift bersentuhan dengan rift lain, ia akan aktif dan menarik musuh ke tengah lalu meletup untuk menyebab Physical Damage selepas seketika. Setiap kali letupan terkena musuh atau Creep, Nolan memperoleh Energy. Jika Nolan tidak melakukan atau menerima daripada unit bukan Minion / bukan Creep untuk satu tempoh masa, dia meningkatkan Basic Attack seterusnya untuk dash terus ke sasaran, melakukan Physical Damage sambil mewujudkan rift baru.

Pre-register dahulu untuk dapatkan hadiah ulang tahun awal!

Pre-register untuk “Mobile Legends: 7th Anniversary Celebration” lebih awal, dan dapatkan sehingga x2 Small Emblem Pack, dan 7th Anniversary Emote Trial Card (3-Hari) selepas berkongsi acara tiga kali melalui platform media sosial. Setiap pemain boleh membuat kod sharing eksklusif, dalam format yang ditunjukkan di bawah:

Kredit: Moonton

Seorang pemain boleh menjana kod yang unik hanya untuk diri mereka – jadi jangan teragak-agak dan kongsi kod anniversary anda dengan rakan atau keluarga untuk bermain Mobile Legends: Bang Bang bersama-sama.


Bagi mereka yang berminat, Mobile Legends: Bang Bang boleh dimainkan di platform Android dan iOS. Untuk info lanjut, korang boleh melayari FB rasmi Mobile Legends Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MOBAMobileMobile Legends
ShareTweetSend
Previous Post

Code Geass: Lost Stories Kini Tersedia di iOS dan Android! Download Sekarang!

Next Post

Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai — Ketahui Lanjut Tentang Dungeon & Challenge Mode!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai — Ketahui Lanjut Tentang Dungeon & Challenge Mode!

Infinity Strash: DRAGON QUEST The Adventure of Dai -- Ketahui Lanjut Tentang Dungeon & Challenge Mode!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd