Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Skrip Netflix One Piece Season 2 sudah siap, mungkin keluar 2025-2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Skrip Netflix One Piece Season 2 sudah siap, mungkin keluar 2025-2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Marty Adelstein, Ketua Pegawai Eksekutif Tomorrow Studio, siri Netflix One Piece Season 2 sudah siap ditulis dan berpotensi akan ditayangkan pada tahun 2025 atau 2026.

Bagi mereka yang kurang tahu, Tomorrow Studios bertanggungjawab untuk menghasilkan adaptasi live-action bagi siri manga/anime popular ini oleh Eiichiro Oda untuk Netflix, di mana Season 1 terdiri daripada lapan episod yang mengadaptasi East Blue Saga.

Dalam temu bual bersama Variety, Adelstein mendedahkan bahawa versi awal untuk skrip Season 2 telah pun ditulis sebelum keluaran Season 1.

Tambahan pula, Becky Clements selaku Presiden Tomorrow Studios menjelaskan bahawa Season 2 mungkin akan dikeluarkan dalam tempoh masa setahun hingga 18 bulan, sebaik sahaja mogok WGA dan SAG-AFTRA selesai.

Kredit: Netflix

Adelstein: Kami sudah ada skrip.

Clements: Secara realistik, moga-moga setahun lagi, jika kita bergerak dengan pantas, dan itu hanya satu kemungkinan. Antara setahun dan 18 bulan, kami boleh bersedia untuk tayangan.

Malangnya, Netflix tidak mengesahkan jika One Piece S2 sudah diluluskan – jadi ada kemungkinan siri ini juga tidak akan bersambung.

Menurut ‘What’s on Netflix’, sekarang adalah tempoh paling penting kepada sambungan musim. Kelulusan Season 2 ditentukan oleh beberapa metrik dan salah satu ialah “kadar selesai menonton” (bilangan orang yang menonton siri daripada awal hingga habis).

Pada masa yang sama, “kadar peningkatan penonton yang konsisten” juga akan menentukan Season 2. Jika jumlah itu jatuh daripada 60%, maka One Piece tidak akan menerima Season 2.

Kredit: Netflix

Apa yang bakal terjadi dalam One Piece S2?

Kredit: Netflix

Dalam Season 1, krew utama Straw Hat telah bersatu dan kini mereka sedang berlayar bersama kapal Going Merry. Selepas mengalahkan Arlong dan menyelamatkan Coco Village; Luffy, Zoro, Usopp, Sanji, dan Nami meraikan pencapaian pertama Luffy sebagai lanun lalu mengisytiharkan impian mereka.

Di penghujung episod akhir, kita juga dapat adegan post-credit yang menunjukkan seorang individu misteri membakar poster wanted Luffy memakai cerut. Individu itu ialah Smoker, seorang vice-admiral Marine kuat yang bakal menghadapi Luffy dalam Loguetown.


Bagi mereka yang berminat, One Piece live-action sedang ditayangkan secara eksklusif di Netflix! Untuk membaca segala berita kami tentang rancangan, sila tekan pautan ini.

Tags: netflixone piece
ShareTweetSend
Previous Post

Taman Tema Upin Ipin Bakal Buka di Melaka pada 2026, Telan Belanja RM 700 Juta!

Next Post

JUMP ASSEMBLE – Game MOBA rasmi dengan semua hero Shonen Jump! Bakal keluar di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
JUMP ASSEMBLE – Game MOBA rasmi dengan semua hero Shonen Jump! Bakal keluar di Malaysia!

JUMP ASSEMBLE - Game MOBA rasmi dengan semua hero Shonen Jump! Bakal keluar di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd