Bakal dikeluarkan pada tahun ini, game aksi mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade telah mengeluarkan info baharu tentang watak yang bakal muncul, naratif original dan juga gameplay keseluruhan untuk permainan melalui siaran langsung terkini.
Bersama visual yang tidak pernah dilihat sebelum ini, kami dapat belajar serba sedikit tentang Jujutsu Kaisen Phantom Parade dan isi kandungannya.
Jalan cerita baru bersama tiga watak unik
Phantom Parade mengikuti kisah anime Jujutsu Kaisen musim pertama, tetapi turut memperkenalkan elemen baharu. Paling unik sekali, ia memaparkan jalan cerita baharu di di samping naratif original, lengkap dengan beberapa watak baru dan lakonan suara yang baru dirakam khas untuk game.
Bagi watak baru, sebanyak tiga diperkenalkan iaitu:
- Saki Rindo disuarakan oleh Rina Sato
- Kensuke Nagino disuarakan oleh Rikiya Koyama
- Kaito Yuki disuarakan oleh Kotaro Nishiyama
Tiga watak ini merupakan pelajar Fukuoka Jujutsu High – sekolah baru yang tidak pernah wujud di dalam anime mahupun manga (setakat ini). Malangnya, itu sahaja info yang didedahkan setakat ini. Siapa yang mereka akan berlawan? Siapakah orang jahat sebenar? Semua itu tidak didedahkan.
Sistem pertempuran turn-based, Gojo masih yang terkuat
Sistem pertempuran Phantom Parade turut didedahkan buat kali pertama. Secara am, game ini memakai sistem turn-based, di mana pemain perlu memanfaatkan kekuatan fizikal dan kuasa sihir sambil menguruskan fungsi-fungsi lain.
Daripada apa yang saya nampak, skil dan abiliti istimewa yang boleh digunakan dan disusun di sebelah kanan skrin. Sesetengah abiliti akan diaktifkan menggunakan Cursed Energy manakala abiliti istimewa (ultimate) boleh diaktifkan apabila bar ungu di bahagian bawah ikon watak dipenuhi. Apabila dilancarkan, abiliti ini akan ditemani oleh animasi yang cantik.
Selain itu, jika banyak aksara menggunakan abiliti istimewa pada giliran yang sama, sejenis serangan duo unik akan diaktifkan. Serangan ini bukan sahaja akan melakukan banyak DMG tambahan, malah ia juga mempunyai efek tambahan seperti memulihkan Cursed Energy dan sebagainya.
Seterusnya, game ini menampilkan ciri “Memori“. Hadir dalam bentuk kad, Memori boleh dikumpul dan merupakan elemen yang menguatkan watak dan memberi kelebihan dalam pertempuran. Setiap Memori boleh diaktifkan pada bila-bila masa semasa pertempuran (sekali dalam pertempuran), dan memberi pelbagai efek seperti peningkatan DMG, peningkatan kuasa sihir, dan sebagainya. Setiap Memori merupakan adegan/peristiwa penting dalam siri dan dilukis dengan cantik.
Akhir sekali adalah Satoru Gojo, satu-satunya anomali dalam game. Bagi mereka yang tidak tahu, Gojo ialah sorceror terkuat dalam siri dan tiada satu yang boleh mengatasinya.
Untuk mereplikasikan hal ini ke dalam game, pembangun membuatkan Gojo terlampau kuat daripada semua segi seperti ofensif dan defensif. Bukan itu sahaja; walaupun watak lain memakan 10 hingga 30 Curse Energy apabila melancarkan abiliti, Gojo hanya memakan 1 Curse Energy untuk menunjukkan kehandalan kawalannya.
Menerapkan sistem gacha
Phantom Parade masih adalah game berunsur gacha, jadi sudah tentu pemain boleh mengumpul watak SSR dan Memori. Saya tidak pasti berapa banyak watak akan muncul dalam siaran langsung mengesahkan bahawa banyak lagi watak akan ditambah, selain daripada yang ditunjukkan.
Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada tahun ini. Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post