Kalau pengguna Apple mempunyai Apple Arcade, pengguna Android pula mempunyai Google Play Pass, di mana anda boleh mainkan ratusan game mobile pada phone Android anda! Berita baiknya, Google Play Pass nampaknya sudah tersedia di Malaysia untuk beberapa pengguna. Harganya juga lebih murah berbanding Apple Arcade, di mana sebulan anda hanya membayar RM 10.99 sahaja!

Yang menariknya, pengguna boleh mencubanya selama sebulan secara percuma. Selepas itu, barulah anda akan dicas dengan harga RM 10.99 sebulan. Kalau anda ingin berjimat, boleh sahaja anda melanggannya secara tahunan, yang ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 25% iaitu RM 99 setahun.
Antara kelebihan Google Play Pass adalah anda bukan sahaja dapat akses kepada ratusan game mobile, malah tiada iklan yang anda akan jumpa. Pass ini boleh dikongsikan kepada lima orang ahli keluarga. Jadi anda tidak akan terbeban dengan langganan untuk setiap ahli keluarga yang ingin gunakan pas ini.

Selepas anda melanggannya, akan ada satu tab baru tersedia untuk anda melihat katalog game Google Play Pass Malaysia. Antara game menarik yang tersedia adalah Stardew Valley, Limbo, Final Fantasy VII, Terraria, Dead Cells, Star Wars: KOTOR, Monster Hunter Stories dan banyak lagi!
Untuk mengetahui jika anda boleh langganinya atau tidak, anda boleh cari “Google Play Pass” melalui Play Store pada peranti masing-masing. Anda juga boleh layari laman web rasmi untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
@gamersantaimy
Discussion about this post