Semasa livestream gamescom, kita telah didedahkan dengan entri terbaharu, Little Nightmares III. Entri baharu itu memperkenalkan dua watak baharu serta gameplay co-op untuk dialami pemain bersama kawan. Kami telah berpeluang untuk menemu ramah producer Little Nightmares III, Coralie Feniello. Tanpa membuang masa, berikut adalah hasil sesi temu ramah tersebut!
Dengan Little Nightmares III merupakan entri utama ketiga dalam francais, apakah aspek game yang menjadikan hasil unik daripada kerjasama antara Supermassive dan Tarsier?
Kami tidak lagi menghasilkan game ini bersama Tarsier. Ia berlaku dalam universe Little Nightmares tetapi merupakan entri yang serba baharu dan dihasilkan oleh Supermassive. Jadi dengan game baharu ini, kami masukkan elemen co-op, yang merupakan sesuatu yang besar tentang Little Nightmare 3. Kami mempunyai dua watak baharu iaitu “Low” dan “Alone” dan masing-masing mempunyai item unik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan puzzle dan progress dalam dunia tersebut.
Supermassive Games terkenal dengan game photorealistic seperti Until Dawn dan The Dark Pictures Anthology. Dengan membangunkan game ini secara solo, bagaimana rasanya dengan perubahan ini?
Saya rasa pengalaman Supermassive Games untuk game seram yang lebih tradisional sangat berguna untuk kami. Sangat berguna untuk memilikinya, dan dengan Bandai Namco kami memastikan bahawa kami mengekalkan DNA Little Nightmares. Saya fikir pengalaman itu sangat berguna. Dengan semua yang berkaitan dengan multiplayer. Daripada segi yang lebih teknikal, saya juga akan mengatakan bahawa Supermassive Games pernah terlibat dengan LittleBigPlanet untuk versi Vita, dan beberapa pasukan telah mengusahakannya, jadi ia lebih dekat dengan Little Nightmares. Jadi saya fikir kami mempunyai keseimbangan kemahiran yang baik dalam pasukan.
Untuk ciri co-op, adakah ianya online atau akan ada couch co-op juga? Jika dilihat pada video, ia kelihatan seperti couch co-op. Kalau ianya online, adakah kawan pemain juga perlukan salinan game untuk main atau ada pas yang membenarkan kawan untuk bermainnya secara percuma?
A: Ya, hanya ada online co-op sahaja. Anda boleh main dengan seorang kawan atau dua pemain. Kami juga mempunyai friend pass, jadi seorang sahaja yang perlu membeli game ini, dan boleh dimainkan bersama rakan.
Adakah sesuatu yang begitu unik dibawa oleh Supermassive untuk entri ini? Selain daripada co-op, adakah ia mempunyai DNA yang sama dengan Little Nightmares sedia ada?
Kami mencuba sebaik mungkin untuk membawa DNA yang sama dalam Bandai Namco. Kami mempunyai pasukan yang menghasilkan game terdahulu. Jadi kami memastikan ianya masuk akal dan kami tidak menyimpang jauh daripadanya. Kami juga memasukkan beberapa elemen baharu yang secara spesifik ada dalam game Supermassive, sebagai contoh co-op. Kami tahu mereka mempunyai pengetahuan yang banyak tentang multiplayer.
Boleh atau tidak untuk game ini cross play antara pemain PlayStation dan Xbox?
Tidak, hanya boleh pada platform daripada pembuat yang sama sahaja. Jadi, Xbox Series dengan Xbox One manakala PS5 bersama PS4.
Adakah tetapan spesifik untuk konsol, sebagai contoh framerate atau resolusi? Jika tidak, adakah game akan boleh dimainkan pada native 4K 60fps atau mungkin 120 fps untuk konsol next-gen?
Ia bergantung kepada platform, tetapi kami mempunyai satu ciri untuk memberi mode beauty 4k dan mode performance untuk 60 fps. Kemudian kami menyesuaikan game untuk gen seterusnya dengan konsol gen semasa kami. Tetapi kami memastikan bahawa kami mempunyai pengalaman terbaik untuk pemain lama kami merentas semua platform.
Makhluk dalam Little Nightmares wujud atas sebab tertentu. Dengan latar baharu seperti Spiral dan Necropolis, bolehkan anda kongsikan beberapa perkara mengenainya?
Dalam Spiral, anda akan melalui pelbagai tempat. Salah satu daripadanya adalah Necropolis. Senang cerita, Low dan Alone terperangkap dalam Spiral dan mereka perlu bekerjasama untuk terus hidup dalam dunia yang penuh khayalan dan melepaskan diri daripada ancaman baharu.
Memandangkan game Little Nightmares terdahulu mempunyai beberapa detik di mana pelaksanaannya agak susah untuk dilakukan. Adakah beberapa pilihan kebolehaksesan untuk pemain yang kurang mahir?
Kami belum menentukan semua pilihan kebolehaksesan lagi, tetapi akan ada beberapa pilihan aktiviti. Kami tidak pasti tentang melaksanakan sesuatu, tetapi yang saya katakan adalah lebih penting bagi kami untuk menumpukan perhatian pada perkara seperti kecacatan dan perkara seperti itu. Tetapi ini adalah pilihan yang kami pertimbangkan, cuma kami belum tahu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Little Nightmares III mempunyai mode single player dan multiplayer. Adakah anda akan syorkan game ini sebagai pengalaman multiplayer? Daripada segi single player, bolehkan anda ceritakan sedikit tentang kepintaran AI? Adakah cara untuk anda mengawal AI tersebut?
Game terdahulu merupakan game single player, jadi kami memastikan bahawa multiplayer mempunyai pengalaman yang baik seperti single player, kerana kami ingin menyimpan pemain yang menyukai Little Nightmares I dan II. AI-nya akan sama seperti cara Six dalam Little Nightmares II tetapi kami tidak mahunya mainkan untuk anda. Kami tidak mahu dia selesaikan puzzle untuk anda. Jadi, ia sedikit mencabar untuk seimbangkan pelaksanaannya dan kami sedang menghasilkannya dengan sehabis baik.
Bolehkah anda beritahu kami lebih banyak perkara yang boleh kami jangkakan dengan rancangan pembinaan lore untuk game ini dan untuk podcast?
Dalam Little Nightmares III, terdapat tempat baru untuk diterokai, iaitu Spiral. Jadi Necropolis merupakan bab pertama yang anda akan lalui pelbagai tempat berbeza tetapi di kawasan yang sama, Nowhere. Tempat itu merupakan tempat game Little Nightmares berlaku. Ia merupakan dunia mimpi ngeri tetapi terdapat juga dunia lain seperti negara, di mana ia dunia sebenar tempat asal kanak-kanak tersebut. Banyak lagi yang akan diterokai dalam podcast dan beberapa transmedia. Senang cerita, terdapat serba baharu lore yang anda tidak pernah ketahui.
Kami tertanya-tanya tentang bagaimana anda menghasilkan senario mimpi ngeri ini? Boleh anda ceritakan lebih lanjut mengenainya?
Saya rasa sangat penting bagi pihak lesen untuk memastikan orang ramai dapat mengenali diri mereka sendiri dan kami menggunakan ketakutan setiap orang, walaupun dengan Necropolis yang mungkin agak jauh daripada itu. Seperti yang mungkin anda lihat dalam trailer, ada beberapa perkara yang mungkin mengingatkan anda pada kehidupan seharian atau ketakutan. Itu adalah sesuatu yang kami fikirkan semasa membangunkan game. Setiap orang mempunyai ketakutan mereka tersendiri. Semua orang berkongsi mengenainya dan ia menjadi perkara semula jadi yang muncul apabila anda memikirkannya.
Little Nightmares III kelihatan seperti game yang serba baharu, tetapi adakah watak-watak terdahulu yang kembali atau membuat kameo? Atau apakah benda yang boleh membuatkan semua peminat francais teruja?
Little Nightmares II merupakan game serba baharu, jadi anda tidak perlu untuk mainkan dua game sebelumnya untuk memahami segalanya. Tetapi kami suka hasilkan rahsia-rahsia kecil dan untuk pemain yang pernah bermain game terdahulu, mereka mungkin melihat kameo dan elemen yang dikenali.
Antara perkara menarik tentang siri Little Nightmares adalah musuh utama dalam setiap stage, seperti Monster Baby daripada video preview. Boleh ceritakan sedikit tentang penghasilannya?
Monster Baby sedikit berbeza dengan musuh yang lain kerana dia sangat besar, tetapi dia tidak berada dalam bilik bersama anda. Sepanjang game, kita mempunyai musuh yang hampir sama seperti game terdahulu. Tetapi buat masa sekarang, Monster Baby bukanlah orang jahat. Saya boleh cakap dia sangat kekok dan lemah, membuatkannya sangat bahaya. Jadi mungkin itu sebabnya dia kelihatan sangat menakutkan.
Dalam proses penghasilannya, ia datang daripada salah satu tempat dalam Spiral, Necropolis. Jadi anda mungkin pernah melihat beberapa patung orang di sekeliling, ini adalah penghuni yang pernah berada di situ sebelum ini dan mencipta metropolis itu. Selepas itu dia hadir dan menjadikan Necropolis seperti sekarang.
Bercerita tentang Necropolis, boleh anda kongsikan inspirasi dari segi reka bentuk persekitaran untuk game benar-benar berkembang sehingga Spiral?
Necropolis adalah tempat yang sangat spesifik. Jadi kebanyakan orang yang tinggal di sana sebelum ini telah terjejas oleh kedatangan Monster Baby dan kini tiada benda hidup kecuali Beatle dan Monster Baby. Kemudian dalam bab yang lain, kita juga mempunyai musuh baru yang kecil dan juga besar. Itu adalah sesuatu yang akan hadir dalam bab-bab lain untuk Necropolis itu sendiri.
Kami sedar terdapat beberapa item seperti payung, yang berguna untuk capai level seterusnya. Adakah item seperti itu banyak dalam game?
Ia hampir sama dengan Little Nightmares II, kadang-kadang anda menjumpai item baharu dan menggunakannya. Jadi payung tersebut salah satu daripadanya.
Ini kali pertama watak Little Nightmares yang boleh menembak Beatle dan hancurkan mereka. Adakah kita akan melihat Low dan Alone bertarung dalam game nanti?
Itu hanya boleh berlaku pada musuh kecil yang serupa dengan Beatle dan sebagainya, tetapi mereka masih tidak dapat berbuat apa-apa terhadap raksasa besar. Item itu juga sangat berguna untuk puzzle dan platforming.
Tentang puzzle dalam Little Nightmares, terdapat beberapa bahagian yang anda boleh tersekat. Adakah formula yang sama akan kekal atau terdapat bantuan yang pemain boleh gunakan nanti?
Saya fikir co-op akan membenarkan anda bercakap dengan rakan anda, jadi anda mungkin tidak tersekat kerana itu. Tetapi daripada sudut pandangan reka bentuk, haluan dan anak panah dan sepana melakukan perkara yang berbeza, jadi kadangkala anda memerlukan satu, kadangkala anda memerlukan benda lain, dan oleh itu rakan anda perlu melakukan perkara yang betul. Anda masih boleh menggunakan call dalam Little Nightmares II apabila anda boleh menghubungi Six, dan ini juga boleh membantu anda memberitahu rakan anda seperti “Hei, lihat, ada sesuatu.” Tetapi ya, kami tidak mempunyai apa-apa yang khusus untuk dilaksanakan.
Dengan soalan terakhir dijawab, maka tamatlah sesi temu ramah kita bersama producer Little Nightmares III, Coralie Feniello. Terima kasih banyak-banyak kepada Bandai Namco Entertainment atas peluang ini. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan artikel temu ramah lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post