Setelah hampir setahun berada dalam akses awal, game Marvel Snap akhirnya dilancarkan secara rasmi di Steam. Pengumuman ini telah pun disampaikan semasa livestream gamescom pagi ini. Anda boleh tonton trailer baharu Marvel Snap sempena pelepasan rasmi game di Steam!
Anda boleh muat turun MARVEL SNAP melalui Steam dan sambungkannya pada akaun Google anda ataupun Apple ID. Dengan ini anda boleh mengakses koleksi anda dari mana-mana sahaja, sama ada desktop mahupun mobile! Game ini juga mendapat beberapa penambahbaikan pada PC seperti paparan widescreen serta gameplay yang lebih cantik, sesuai untuk distrim. Bukan setakat itu sahaja, terdapat ganjaran khas untuk anda dapatkan sepanjang bulan!
DEVIL DINOSAUR – MECH VARIANT!!
Antara ganjaran yang menanti anda adalah Devil Dinosaur – Mech Variant! Dengan log masuk setiap hari sepanjang bulan di PC, anda akan dapat unlock Mech Devil Dinosaur yang ditayangkan dalam trailer! Kalau anda sudah mempunyai akaun, dinosaur ini akan tersedia di inbox anda! Pemain baharu pula perlu selesaikan “new player experience”. Setelah itu, barulah anda boleh menuntutnya di inbox!
Ganjaran Log Masuk Harian
Log masuk Marvel Snap setiap hari untuk mendapatkan ganjaran seperti berikut:
- 200 Gold [Bermula 24 Ogos]
- 65 Devil Dinosaur Boosters [Bermula 25 Ogos]
- Mech Devil Dinosaur Avatar [Bermula 26 Ogos]
- 500 Credits [Bermula 27 Ogos]
- 3 Gold Conquest Tickets [Bermula 28 Ogos]
- 300 Gold [Bermula 29 Ogos]
- Premium Mystery Variant [Bermula 30 Ogos]
Sebagai peringatan, kesemua ganjaran ini hanya tersedia selama 24 jam. Jadi kalau anda terlepas, item tersebut akan hilang daripada inbox anda.
Terdapat juga Twitch Drop untuk anda dapatkan. Anda boleh layari laman web rasmi game untuk maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Marvel Snap daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post