Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Red Dead Redemption kini ada di PS4 & Nintendo Switch, bersama DLC Undead Nightmare!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 18, 2023
in Action, Artikel, Berita, DLC, Game Baru, Nintendo Switch, Open World, PS4
0 0
0
Red Dead Redemption kini ada di PS4 & Nintendo Switch, bersama DLC Undead Nightmare!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Rockstar Games secara rasmi telah mengeluarkan game aksi open-world barat Red Dead Redemption bersama DLC “Undead Nightmare” secara digital untuk PlayStation 4 (PS4) dan Nintendo Switch serta boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui fungsi backwards compatibility.

Red Dead Redemption dan Undead Nightmare akan digabungkan ke dalam satu pakej melalui Nintendo eShop dan PlayStation Store, manakala edisi fizikal masih dalam pembikinan dan akan dikeluarkan pada 13 Oktober.

Versi terbaru ini ini direka khusus untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch, di mana kedua-duanya boleh dipamerkan pada 30 FPS, resolusi sehingga 1080p pada Nintendo Switch dan PlayStation 4, resolusi sehingga 4K pada PlayStation 4 Pro, dan resolusi 4K penuh pada PlayStation 5 (melalui backwards compatibility).

Pakej Red Dead Redemption juga menampilkan kandungan bonus daripada Edisi Game of the Year termasuk senjata Tomahawk klasik, Explosive Rifle dan senjata Golden Guns — bersama dengan outfit Savvy Merchant, Expert Hunter, dan banyak lagi. Hardcore mode untuk Red Dead Redemption turut disertakan, serta sokongan Trophy pada PlayStation 4, dan achievements pada Nintendo Switch.

Kredit: Rockstar Games

Sebagai salah satu game paling terkenal sepanjang zaman dengan lebih 170 anugerah Game of the Year, Red Dead Redemption berlangsung semasa penghujung era Wild West Amerika pada tahun 1911 dan mengisahkan tentang John Marston, seorang bekas penjenayah yang isteri dan anak lelakinya dijadikan tebusan oleh kerajaan kerana menginginkan perkhidmatannya sebagai pembunuh upahan.

Tidak mempunyai pilihan lain, Marston harus menghadapi tiga anggota bekas gengnya dan membawa mereka ke keadilan.

Kredit: Rockstar Games

Game ini dimainkan dari sudut perspektif third-person di mana pemain boleh meneroka secara bebas di dunia luas yang interaktif, dengan menunggang kuda dan berjalan kaki. Sistem pertempuran menekankan mekanik menembak bernama “Dead Eye” yang membolehkan pemain menandakan lebih daripada satu sasaran secara slo-mo.

Satu lagi ciri menarik adalah game ini menggunakan sistem Morale, di mana mana tindakan pemain dalam game akan mempengaruhi tahap kehormatan dan kemasyhuran watak serta cara-cara watak lain bertindak balas terhadap pemain.

Undead Nightmare pula ialah DLC dalam Red Dead Redemption; dan merupakan naratif baharu yang membayangkan semula dunia Red Dead Redemption dalam keadaan penuh zombie ketika Marston berjuang untuk bertahan hidup dan mencari penawar.

Kredit: Rockstar Games

Sekali lagi saya ingatkan, Red Dead Redemption bersama DLC “Undead Nightmare” boleh didapati sekarang secara digital untuk PS4 dan Switch serta di PS5 melalui fungsi backwards compatibility.

Untuk membaca segala liputan kami tentang game di atas, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendo switchPS4red dead redemption
ShareTweetSend
Previous Post

Manga Black Clover Tidak Lagi Update Secara Mingguan, Bab Baru Keluar Setiap 3 Bulan!

Next Post

Call of Duty: Modern Warfare III Dedah Info Penuh Gameplay & Preorder! Akan Lancar pada 10 November 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Call of Duty: Modern Warfare III Dedah Info Penuh Gameplay & Preorder! Akan Lancar pada 10 November 2023!

Call of Duty: Modern Warfare III Dedah Info Penuh Gameplay & Preorder! Akan Lancar pada 10 November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd