Activision akhirnya mendedahkan secara penuh mengenai entri terbaru mereka iaitu Call of Duty: Modern Warfare III. Antara perkara yang didedahkan adalah gameplay, versi game yang tersedia dan juga maklumat preorder!
Buat pertama kali dalam beberapa tahun berturut-turut, Call of Duty kembali dengan sekuel Call of Duty: Modern Warfare III yang berlaku selepas peristiwa dalam Call of Duty: Modern Warfare II. Pengalaman serba baharu ini dijadualkan untuk lancar pada 10 November 2023! Jom kita lihat satu per satu maklumat terbaharu mengenainya!
CAMPAIGN
Captain Price dan Task Force 141 berhadapan dengan ancaman terhebat. Vladimir Makarov meluaskan keganasannya ke seluruh dunia menyebabkan Task Force 141 berjuang sehabis-habisnya.
Open Combat Mission
Modern Warfare III memperkenalkan Open Combat Missions yang menyediakan lebih banyak pilihan untuk pemain berbanding sebelum ini.
Gunakan gogal penglihatan malam dan senjata untuk pendekatan terselindung atau tingkatkan perlindungan anda dengan plat perisai tambahan dan menyerang musuh secara terus. Persekitaran misi yang luas menawarkan pemain kebebasan untuk menyelesaikan objektif daripada pelbagai sudut.
Multiplayer
Kesemua 16 peta pelancaran daripada Modern Warfare 2 (2009) telah dimodenkan dengan mode dan ciri gameplay baharu! Lebih 12 peta 6v6 baharu akan dilancarkan selepas pelancarannya.
Antara peta yang akan jumpa adalah:
- Afghan
- Derail
- Estate
- Favela
- Karachi
- Highrise
- Invasion
- Quarry
- Rundown
- Rust
- Scrapyard
- Skidrow
- Sub Base
- Terminal
- Underpass
- Wasteland
Peta-peta ini akan mengekalkan keasliannya sambil menyelitkan teknologi terkini, gameplay, mode, kandungan dan banyak lagi, termasuk Cutthroat, mod 3v3v3 yang mendebarkan.
Kembalinya Ground War and War Mode
Modern Warfare III juga akan dilancarkan dengan peta Ground War baharu yang menawarkan ruang bermain yang inovatif serta evolusi War Mode yang muncul pada Call of Duty: WWII 2017. Ia terdiri daripada tiga Battle Map serba baharu, menawarkan lokasi berskala besar di mana mode Ground War dan Invasion boleh dimainkan dan satu peta Perang yang sangat besar.
Tac-Stance
Ciri Tactical Stance baharu yang sempurna antara hip-fire dan aiming down sights (ADS). Berikut adalah perkara yang anda boleh jangkakan dengan Tac-Stance baharu ini:
- Masuk ke kedudukan yang anda mahu secara dinamik
- Tingkatkan kelajuan pergerakan ADS anda secara, tetapi ketepatan anda akan terjejas.
- Anda boleh menembak dalam Tac-Stance sambil Sliding.
- Direka untuk situasi pertempuran jarak dekat yang agresif.
Loadout yang baharu
Bersedia untuk membina loadout anda berdasarkan topi keledar tentera yang canggih, sarung tangan, jaket taktikal, but dan banyak lagi. Anda boleh menyesuaikan lebih banyak aspek gameplay.
Bawa Data ke MWIII
Sejumlah besar kandungan dan perkembangan senjata dari Modern Warfare II boleh dibawa ke Modern Warfare III. Bermakna setiap senjata Multiplayer yang anda miliki dalam senjata MWII anda, bersama-sama dengan semua senjata baharu yang tersedia dalam Modern Warfare III, akan boleh diakses untuk digunakan pada hari pertama pelancaran game.
Open-World Zombies
Buat pertama kalinya, pemain anda bekerjasama dengan skuad lain untuk bertahan dan melawan gerombolan zombi hidup dalam peta Call of Duty Zombies terbesar. Modern Warfare Zombies (MWZ) menceritakan kisah Zombi Treyarch baharu dengan misi, ciri teras Zombies dan rahsia untuk ditemui. Bersedia untuk pengalaman survival PvE open-world menentang beberapa musuh terbesar dalam sejarah Call of Duty.
Butiran Preorder dan bonus COD Modern Warfare III
Call of Duty: Modern Warfare III akan tersedia secara global di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Battle.net dan Steam pada 10 November 2023. Berikut adalah bonus preorder untuk setiap edisi:
- Standard Edition
- Salinan game penuh
- Akses awal Beta Terbuka
- Mainkan Campaign seminggu lebih awal
- Soap Operator Pack
- Vault Edition
- Salinan game penuh
- Akses awal Beta Terbuka
- Mainkan Campaign seminggu lebih awal
- Soap Operator Pack
- Nemesis Operator Pack
- Two Weapon Vaults
- BlackCell (One Season), termasuklah the Battle Pass, BlackCell Sector yang mempunyai 1,100 CP and 55 Battle Token Tier Skips dan banyak lagi.
Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan kemas kini baharu mengenainya. Untuk mendapatkan berita terkini tentang Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post