Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem anime pertama Blue Lock akan ditayangkan tahun depan, cerita tentang Nagi Seishiro!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem anime pertama Blue Lock akan ditayangkan tahun depan, cerita tentang Nagi Seishiro!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat anime sukan, hari ini mendapat maklumat baru tentang filem pertama siri Blue Lock! Bertajuk Blue Lock -Episode Nagi-, laman web rasmi untuk filem telah mengesahkan bahawa mereka akan menayangkan “Episode Nagi” pada musim bunga 2024 (sekitar Mac hingga Jun 2024).

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan video trailer dan poster khas yang anda boleh melihat di bawah:

Bagi mereka yang kurang tahu, Blue Lock -Episode Nagi- adalah berdasarkan manga spin-off dan memfokuskan kepada Nagi Seishiro, sebelum dia memasuki fasiliti Blue Lock yang kejam. Spin-off ini ditulis oleh Muneyuki Kaneshiro dan diilustrasikan oleh Kota Sannomiya. Setakat ini, ia dikumpulkan dalam dua jilid dan masih berterusan sehingga sekarang.

Sinopsis

Seperti saya kata tadi, filem ini akan menceritakan kehidupan awal Nagi Seishiro, seorang pelajar tahun kedua sekolah menengah yang tidak mempunyai apa-apa azam atau matlamat sehinggalah dia bertemu Mikage Reo, rakan sekelasnya yang berjaya mengesan bakat Nagi yang luar biasa dalam bola sepak.

Disebabkan oleh bakatnya, Nagi dijemput ke projek Blue Lock, di mana dia bertemu ramai lagi Striker hebat dari seluruh negara, termasuk Reo. Filem ini menggambarkan perjalanan hidup Nagi, yang penuh dengan cabaran sambil mengejar impiannya sebagai penyerang genius.

Kredit: @BLUELOCK_PR

Selain tarikh keluaran, laman web rasmi turut mendedahkan info tambahan tentang produksi dan barisan pelakon suara.

Filem ini menampilkan semula barisan pelakon dan kakitangan yang sama. Shunsuke Ishikawa (P+penolong pengarah bagi anime) akan mengarahkan filem itu manakala animasi akan diuruskan oleh studio 8-Bit. Taku Kishimoto pula akan menyelia dan menulis skrip, bersama bantuan oleh Muneyuki Kaneshiro (pencipta manga). Yusuke Nomura dikreditkan sebagai pereka watak dan Jun Murayama akan menghasilkan muzik.

Filem Blue Lock -Episode Nagi- akan dibintangi oleh:

  • Nobunaga Shimazaki sebagai Nagi Seishiro
  • Yuma Uchida sebagai Mikage Reo
  • Kazuyuki Okitsu sebagai Tsurugi Zantetsu
  • Kazuki Ura sebagai Isagi Yoichi
  • Tasuku Kaito sebagai Bachira Meguru
  • Yuki Ono sebagai Kunigami Rensuke
  • Soma Saito sebagai Chigiri Hyoma
  • Kouki Uchiyama sebagai Itoshi Rin
  • Hiroshi Kamiya sebagai Ego Jinpachi
Kredit: @BLUELOCK_PR

Untuk membaca segala liputan kami tentang siri Blue Lock, sila tekan pautan ini.

Tags: animeBlue LockfilemNagi
ShareTweetSend
Previous Post

Merdeka Sale PlayStation Bermula! Dapatkan konsol PS5 Dengan Harga RM 2279!

Next Post

Skull and Bones Close Beta Test Akan Bermula 25-28 Ogos! Info Penuh Sesi Beta!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Skull and Bones Close Beta Test Akan Bermula 25-28 Ogos! Info Penuh Sesi Beta!

Skull and Bones Close Beta Test Akan Bermula 25-28 Ogos! Info Penuh Sesi Beta!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd