Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘CHEATER’ DI BAN TERUS KETIKA LIVE DALAM PERLAWANAN APEX LEGENDS!

Nampaknya Developer sedang memerhati~

Nyny.A by Nyny.A
July 11, 2019
in Artikel, Berita, Origin, PC
0 0
0
‘CHEATER’ DI BAN TERUS KETIKA LIVE DALAM PERLAWANAN APEX LEGENDS!
Share on FacebookShare on Twitter

Musim baru makin membangkit semula untuk Apex Legends, Respawn Entertainment nampaknya menunaikan janji mereka untuk ban para-para ‘cheater‘ didalam Apex Legends. Dan ini pekara yang baru sahaja terjadi malam tadi (waktu Malaysia), seorang pemain bertuah berjaya merakamkan segalanya secara live dimana cheater terus dikeluarkan dan diban dari permainan!

Wow, dalam game terus Respawn ban?! Jadi sejak beberapa bulan lalu, Respawn telah memulakan misi kemaskini Anti-Cheat untuk meyakinkan pemain lain bahawa mereka mampu dan sanggup melakukan apa saja untuk memerangi cheater-cheater ini. Dalam kemaskini mereka menyatakan bahawa telah mengharamkan dan menyekat lebih dari 1 juta akaun antaranya mengharamkan 770,000 pemain, menyekat lebih 300k akaun dan mengharamkan 4000 lagi akaun spam. Jadi dalam dua bulan ini, Respawn makin kerap berusaha untuk mengurangkan jumlah cheater-cheater di Apex Legends ini.

“Kami mengambil penipuan di Apex Legends sangat serius dan mempunyai banyak sumber yang dapat mengatasinya daripada pelbagai sudut. Ia adalah peperangan berterusan dengan cheater bahawa kita akan terus berjuang. “- Respawn

Jadi kita teruskan dengan cheater yang di ban secara live tadi. Nampaknya masih ramai yang membuat cheat aim-bot didalam permainan, jadi pihak Respawn memerhati setiap gelagat penipu-penipu ini dan terus ban mereka. Pada awal permainan tersebut, pemain yang bernama ShivFPS dan kawan-kawannya telah pun dimatikan oleh pasukan lain, dari situ mereka agak pelik dan curiga dengan cara kekalahan dan kematian mereka dalam permainan tersebut. Jadi mereka membuat keputusan untuk terus menyaksikan pasukan yang menewaskan mereka itu,  dan nampaknya rasa curiga itu ternyata benar dan salah satu pemain yang di suspek tersebut memang ternyata seorang cheater apabila pihak Respawn terus ban mamat cheater tu.

Jom saksikan sendiri keindahan saat cheater tu diban!

Nampak tak bertapa seronoknya pemain bernama ShivFPS ni menjerit-jerit bila menyaksikan cheater tu diban?! Kawan-kawan nya turut gelak besar kerana sangat berpuas hati dengan dan tidak mempercayai larangan tersebut berlaku begitu cepat!

Walaubagaimana pun, masih terdapat dua pemain dari pasukan penipu tersebut belum diban, dan ShivFPS masih kekal menonton mereka dan masih tidak dapat memastikan mereka main tipu atau tak. Kemudian pekara sama juga berlaku seperti tadi, dan ternyata dua pemain yang tinggal ini juga merupakan cheater dan terus diban keluar permainan!!

Memang makin puas hati sebab jadi depan mata la kan! ShivFPS dan kawan-kawannya menyorak “The Dev are Watching!” . Perasaan tu membuak-buak la jadinya! Kalau jadi kat korang pun rasanya jadi gembira gila ye dok! Jadi kemungkinan besar pihak Respawn secara kebetulan tengah menyaksikan live-live di Twitch untuk memerhati pemain-pemain penipu ni semua atau pun ada wakil yang akan menjaga perlawanan yang dijalankan.

Apapun memang terbaik lah keputusan Respawn Entertainment untuk ban terus pemain-pemain ni! Harap akan diteruskan agar lupus terus orang yang main game tak jujur ni kan!

Sumber: GameLife

Tags: Apex BanApex LegendsApex Legends Season 2Respawn EntertainmentTwitch
Previous Post

Nintendo Switch Lite diumumkan keluar pada 20 September pada nilai $199 (MYR 800)!

Next Post

PUBG diharamkan di Jordan, dan Fortnite juga akan menyusul kemudian.

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!
PC

BrownDust2 Tersedia Untuk Main Di Launcher PC Rasmi Sempena Ulang Tahun Ke-3!

June 5, 2026
Next Post
PUBG diharamkan di Jordan, dan Fortnite juga akan menyusul kemudian.

PUBG diharamkan di Jordan, dan Fortnite juga akan menyusul kemudian.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd