Pelbagai butiran dan tambahan makin didedahkan apabila tarikh pelepasan permainan yang dinantikan ramai peminat iaitu Borderlands 3 makin dekat. Semasa panel baru di Guardian Con , Gearbox Software mengongsikan beberapa ciri terbaru yang nampaknya ala-ala Apex Legends~
Antara perkongsiannya adalah ciri sosial dan kebolehaksesan permainan serta sistem ping dan pilihan penggunaan Twitch untuk merombak sistem rakan. Selain itu, mereka turut mengesahkan duel bukan sekadar akan kembali, ianya akan lebih baik dari yang sebelumnya.
Free-for-All Dueling membolehkan pemainan memilih multiplayer kompetitif 1v1v1v1 dan membenarkan pemain merasai cara terbaru tersendiri. Selain itu, Gearbox juga melancarkan Discord untuk Borderlands 3 bagi menyenangkan peminat untuk berkongsi permainan dan masalah yang dihadapi di situ.
Okay jom kita lihat ciri-ciri Sosial, Alat Livestreaming, Pilihan Kebolehaksesan serta Sistem Ping yang hadir ini;
Sosial
- Perlawanan Free-for-All Dueling multiplayer yang kompetitif
- Intergrasi Discord
- Aktiviti pemilihan berdasarkan kumpulan
- Pemilihan pemain secara serentak
Streaming
- Sambungan ECHOcast Twitch yang membolehkan penonton untuk melihat skil dan loadout Streamers;
- Penonton ECHOcast akan mendapat pampasan dalam permainan hanya dengan menonton
- Penonton ECHOcast berpeluang menonjol dalam acara permainan dari Streamer
Kebolehaksesan
- Kawalan sepenuhnya dialih-ulang pada konsol dan PC
- Sokongan dan keserasian penuh Xbox Adaptic Controller
- Headbob, automantling, dan matlamat membantu pilihan akan dibatalkan
- Pilihan keterangan tertutup yang luas dengan pelarasan saiz dan opacity
- “pertimbangan yang mendalam untuk buta warna”
Sistem Ping
Paling menarik sekali, Gearbox melancarkan sistem pinging baru yang membolehkan pemain dengan cepat dan berkesan berkomunikasi dengan rakan tanpa bercakap. Jika pemain ping musuh lain, looting, senjata atau atau pelbagai pekara penting untuk mata (point) dalam dunia Borderlands 3, mata ini boleh dilihat dalam peta mini untuk pemain lain lihat dan watak korang dalam permainan akan melepaskan VO berkaitan secara kontekstual talian.
Amacam dah ready ke untuk Borderlands 3 yang akan datang September ini? Okay korang boleh tahu lebih lanjut dengan mengikuti laman web rasmi Borderlands 3, dan jangan lupa untuk ikuti siaran Youtube mereka.
Sumber: Borderlands Official
@gamersantaimy
Discussion about this post