Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia 395: Pengorbanan Akhir Villain untuk Hero Kesukaannya [SPOILER]

Maira by Maira
July 25, 2023 - Updated on August 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
My Hero Academia 395: Pengorbanan Akhir Villain untuk Hero Kesukaannya [SPOILER]

Kredit: @jackielynn_gm (Twitter)

Share on FacebookShare on Twitter

Pertarungan antara hero dan villain dalam siri My Hero Academia masih belum tamat lagi. Kita telah melihat satu per satu villain ditumbangkan hero, tetapi sudah tentu hero juga banyak yang terkorban sekali. Bab terbaru My Hero Academia membawa kita melihat kesudahan kepada Ochaco Uraraka dan Himiko Toga setelah pertarungan mereka berakhir. Kalau ingin tahu apa yang terjadi, teruskan baca.

AMARAN! Ada spoiler My Hero Academia bab 395!

Dalam bab yang lalu, Uraraka berjaya menyelamatkan Toga daripada terus diselubungi perasaan bencinya dan ini membawa kita pada sebuah penamat yang baik antara kedua-dua watak. Malang sekali Uraraka telah cedera parah dan kehilangan banyak darah. Dia juga ada menyatakan bahawa dia berasa sejuk semasa pertarungannya dengan Toga.

Sumber: Manga Plus

Kini mereka berdua selamat di darat, terima kasih pada quirk Zero Gravity milik Uraraka. Nampaknya hero tersebut telah menggunakan tenaganya sehabis mungkin untuk memastikan semua orang yang berada di udara selamat berada di darat. Walaupun bukan dalam keadaan yang baik, Uraraka masih ingin bangun untuk melakukan sesuatu. Toga melihat pada Uraraka menyatakan bahawa dia kehilangan banyak sangat darah.

Tambahnya League of Villains ingin memusnahkan segala benda dan mencipta sebuah dunia baru. Sambil meminum darah Uraraka, Toga memberitahu bahawa dunia baru tersebut akan menjadikan hidupnya lebih mudah. Tetapi tanpa Uraraka dalam dunia tersebut, dia tidak akan rasa gembira.

Sumber: Manga Plus

Kini berubah menjadi Uraraka, Toga memberikan kesemua darahnya kepada hero tersebut. Dia menerangkan bahawa Twice telah menyelamatkannya dengan memberikan salah satu klonnya untuk memberikannya darah. Kini dengan quirk Twice sudah hilang, dia menjadi Uraraka pula. Toga memberitahu bahawa apabila dia bertukar menjadi seseorang yang dia sayangi, dia dapat menggunakan quirk mereka, darahnya juga boleh menjadi darah mereka.

Uraraka cuba untuk menghentikannya tetapi Toga terus menutup lukanya dan bertanya jika Uraraka akan melawatnya di penjara dan mendermakan darahnya sepanjang hidupnya. Hero itu tidak berkata apa-apa, Toga pula menyambung bahawa Uraraka boleh sahaja menangkap villain atau menghapuskan orang jahat lain daripada dunia itu seperti Pro Hero yang lain.

Sumber: Manga Plus

Tetapi Uraraka menyelamatkan orang yang mencederakannya dan rakan-rakannya, Toga rasa Uraraka seseorang yang pelik. Dengan apa yang dilakukannya sekarang, Uraraka turut memberitahu bahawa villain itu juga pelik. Toga ingin hidup dengan caranya tersendiri dan tidak mahu ditangkap. Lalu dia meminta maaf kepada Uraraka atas segala benda yang dilakukannya.

Toga kini berasa sangat gembira kerana Uraraka. Dia ingin menjadi lebih ramai orang, meminum darah daripada orang-orang yang dia iri dan suka malah berfikir tentang hidupnya jika dia menemui “cinta” lebih awal. Perasaan itu membuatkannya ingin memberikan darahnya berbanding mengambil darah orang lain dan merasakan bahawa hidupnya pasti lebih senang dan hidup seperti yang dia mahukan.

Bab ini tamat dengan Toga bercakap bahawa dia seorang gadis normal dengan senyuman yang paling comel sambil baring di sebelah Uraraka.

Sumber: Manga Plus

Nampaknya ada kemungkinan besar kita tidak akan dapat berjumpa dengan Toga. Barangkali dia akan mati selepas memberikan kesemua darahnya untuk selamatkan Uraraka. Ramai juga pembaca yang tidak berpuas hati dengan cara Toga melepaskan diri. Tetapi melihat bagaimana Toga yang sering melakukan apa sahaja yang dia inginkan, memang tidak pelik langsung untuk perkara sebegini terjadi.

Buat masa ini, masih tiada berita tentang pertarungan antara All Might dan All For One. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat kedua-dua watak tersebut bertarung. Malangnya, minggu depan siri ini akan berehat selama seminggu dan akan kembali pada 6 Ogos 2023.

Kalau anda ingin membaca bab penuh My Hero Academia 395, boleh gunakan aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MHA 395My Hero AcademiaMy Hero Academia 395
ShareTweetSend
Previous Post

Interview bersama Shawn Chin – AFA Creators Super Fest fokus kepada komuniti

Next Post

Review Nubia Neo 5G – Bawah RM1000, boleh urus selera gaming anda!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Nubia Neo 5G – Bawah RM1000, boleh urus selera gaming anda!

Review Nubia Neo 5G - Bawah RM1000, boleh urus selera gaming anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd