Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman di AFA Creators Super Fest 2023! Pesta anime untuk semua!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Jom Singgah!, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengalaman di AFA Creators Super Fest 2023! Pesta anime untuk semua!
Share on FacebookShare on Twitter

AFA Creators Super Fest Singapore 2023 (AFA CSF) kini berlangsung di Singapore Expo di mana pihak penganjur menganjurkan ruang pameran seluas 7,000 meter persegi untuk lebih 350 creator (pencipta kandungan) dari 15 negara dan 38 pemain cosplayer berkumpul dari Asia Tenggara. Dengan empat tarikan utama; Creators Hub, Creators Lab, Cosplayer Hub dan Super Akiba Stage, kami sergah acara ini dan berikut adalah pengalaman Gamer Santai!

Seperti semua acara konvensyen pada masa kini, jumlah pengunjung yang datang memang ramai. Bermula daripada pinta masuk sehingga ke Expo Hall bersebelahan, barisan orang yang beratur sangat panjang (ini mungkini kerana ada tiga acara yang berlangsung di sebelah acara AFA, acara perabot dan pesta makanan).

Nasib baiklah, keselamatan pengunjung jadi keutamaan. Di AFA 2023, pemeriksaan beg akan diadakan sebelum anda boleh memasuki dewan. Tidak kira jika anda keluar masuk, pengawal keselamatan akan memeriksa setiap beg yang anda bawa. Jika ada isu kesihatan, di belakang dewan mempunyai kawasan medikal besar sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.

Empat segmen menarik

Creators Hub

Bermula dengan Creators Hub, lebih kurang 300 gerai mendirikan tapak di AFA termasuk vendor dari Malaysia. Beratus-ratus artis akan mempamerkan karya seni, barangan dan pakaian yang unik di Creators Hub. Setiap gerai unik dalam cara tersendiri, semasa kami meneroka setiap lorong. Dengan pelbagai gerai menarik, saya sendiri tertanya-tanya sama ada dompet selamat atau tidak di sana. Selain barangan anime dan Hoyoverse (Genshin Impact, Honkai) majoriti gerai juga menjual watak original mereka sendiri – jadi jika anda mencari sesuatu yang lain, pilihannya sangat banyak.

Creators Lab

Kedua adalah Creators Lab, di mana anda peluang untuk belajar terus daripada bakat terkemuka di rantau ini melalui siri bengkel dan demonstrasi langsung. Daripada seni digital kepada kraf cosplay dan petua untuk meneruskan kerjaya sebagai vtuber, Creators Lab bertujuan untuk memperkasakan pencipta kandungan yang bercita-cita tinggi.

Sorotan bengkel termasuk:

  • Kraf: Selami dunia Kit Model Plastik dengan panel pakar sambil mereka berkongsi pengalaman mereka, mempamerkan binaan terbaharu dan memberikan petua berharga untuk meningkatkan kemahiran membina.
  • Cosplay: Belajar fotografi asas untuk cosplay dengan telefon pintar dan pelajari cara menyerlahkan foto cosplay. Petua cosplay lain termasuk asas penggayaan rambut palsu, solekan dan cosplay lelaki yang semakin popular.
  • Ilustrasi: Belajar asas seni, belajar mengukir figura dalam 3D dan meneroka pembinaan dunia artistik.
  • Kreatif: Belajar cara-cara asas menjadi Artis Konvensyen, Streamer dan Vtubing, dan lihat demonstrasi langsung Jurnal Kawaii. Veteran industri termasuk Luis Esteves dan Carillus dan Cazz dari Merryweather Media berkongsi pengalaman dan petua mereka tentang mengukir kerjaya dalam industri kreatif.

Cosplay Hub

Cosplay Hub juga antara segmen menarik di acara, di mana peminat setia beratur panjang untuk cosplayer kegemaran. Sebanyak 38 cosplayer terkenal dari Malaysia dan Singapura, termasuk Knite (Australia), Miho (Filipina), XiaoYukiko (Singapura) dan Yingtze & Prestonles (Malaysia) akan mempamerkan karya seni, barangan dan pakaian yang unik. Selain beli barangan eksklusif, jangan lupa untuk mengambil gambar dan minta mereka menandatangani barangan anda.

Super Akiba Stage

Akhirnya, yang paling seronok sekali adalah Super Akiba Stage dan percuma untuk masuk dan tonton! Para hadirin boleh melihat rancangan bual bicara, persembahan, pameran dan banyak lagi oleh ilustrator dan penghibur terbesar daripada industri, di atas pentas. Seperti namanya, setiap tetamu memang gempak-gempak belaka. Tetamu termasuk:

  • Cosplayer: Knite, Miho, Xiaoyukiko, Yingtze & Prestonles
  • Illustrator:  LAM, Luis Esteves, Krenz
  • Performer: Ladybeard, Mindaryn, Eric Ng and his students, Lyla Ng 
  • Tetamu jemputan: Masaharu Yamanouchi, Ritsuo Mitsui

Maka, itulah isi hari pertama kami di AFA 2023! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di animefestival.asia/csf2023.

Tags: AFAAFA Creators Super Fest 2023cosplayEkspo
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix One Piece pamer trailer Straw Hat vs Arlong, bersama mesej khas oleh Eiichiro Oda!

Next Post

Ubisoft Akan Tutup Akaun “Tidak Aktif”, Pemain Tidak Dapat Main Game yang Dibeli [UPDATE]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Ubisoft Akan Tutup Akaun “Tidak Aktif”, Pemain Tidak Dapat Main Game yang Dibeli [UPDATE]

Ubisoft Akan Tutup Akaun "Tidak Aktif", Pemain Tidak Dapat Main Game yang Dibeli [UPDATE]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd