Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MSI tawar Promosi Bundle Exoprimal, dapat game percuma apabila upgrade monitor!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2023
in Artikel
0 0
0
MSI tawar Promosi Bundle Exoprimal, dapat game percuma apabila upgrade monitor!
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama gaming hardware terkenal, MSI telah mengumumkan kolaborasi istimewa bersama CAPCOM untuk memperkenalkan Promosi Bundle Exoprimal! Kini dengan pembelian monitor gaming terpilih MSI, pengguna akan berpeluang untuk mendapatkan game Exoprimal secara percuma!

Kredit: MSI

Secara am, sesiapa yang membeli monitor gaming di bawah akan memperoleh kod percuma untuk game Exoprimal versi PC dan Decal istimewa. Acara ini bermula hari ini (21 Julai) dan akan berlangsung sehingga 31 Disember 2023, atau selagi stok masih ada. Menurut MSI, sebanyak 1300 kod masih tersedia, jadi siapa yang cepat, dia akan dapat.

Berikut adalah produk terpilih untuk Promosi Bundle Exoprimal:

Premium Quantum Dot Gaming Monitor

  • MEG 342C QD-OLED
  • Optix MPG321UR-QD
  • MAG321QR-QD
  • Optix MAG274QRF-QD
  • G274QPF-QD

High Performance 2K/4K Gaming Monitor

  • MAG 323UPF
  • Optix MAG321QR
  • Optix MAG281URF
  • Optix MAG274QRX
  • MAG 274UPF
  • G274QRFW
  • MPG ARTYMIS 343CQR
  • Optix MAG342CQR
  • Optix MAG272CQR
  • G27CQ4 E2

Untuk maklumat lanjut tentang Promosi Bundle Exoprimal, sila layari laman web rasmi di SINI!

Bagi mereka yang tidak tahu, Exoprimal ialah game multiplayer third-person shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom pada tahun ini. Dalam game, pemain akan mengawal “exofighter”, seorang askar yang dilengkapi exosuit canggih, dengan matlamat untuk mengalahkan kecerdasan buatan jahat bernama Leviathan. Daripada segi gameplay, pemain dikumpulkan kepada dua pasukan yang terdiri daripada lima orang, dan mesti bersaing antara satu sama lain untuk mengalahkan kumpulan dinosaur dan menyelesaikan objektif sebelum pasukan lawan.

Anda boleh baca review kami tentang Exoprimal di SINI.

ShareTweetSend
Previous Post

Tablet HONOR Pad X9 Rasmi Dilancarkan di Malaysia! Harga bermula RM 1,099!

Next Post

[Review] ROG Flow Z13 – Tablet Gaming 2in1 Paling Canggih, Jadi Laptop Pun Boleh!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[Review] ROG Flow Z13 – Tablet Gaming 2in1 Paling Canggih, Jadi Laptop Pun Boleh!

[Review] ROG Flow Z13 - Tablet Gaming 2in1 Paling Canggih, Jadi Laptop Pun Boleh!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd