Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tak cukup laku! Gundam Evolution terpaksa tutup servis pada November 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Tak cukup laku! Gundam Evolution terpaksa tutup servis pada November 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita malang buat peminat Gundam kerana hari ini kita dapat pengesahan rasmi oleh Bandai Namco Online bahawa game free-to-play multiplayer FPS “Gundam Evolution” akan “tutup servis” pada 29 November.

https://www.youtube.com/watch?v=m0ULyAiOOK8&ab_channel=GUNDAMEVOLUTION

Pertama kali dilancarkan untuk PC melalui Steam pada 21 September 2022, diikuti oleh PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan Xbox One pada 30 November 2022, Gundam Evolution tidak berjaya menarik minat para gamers dan terpaksa diberhentikan. Akan ditutup secara rasmi pada 29 November nanti, ini bermaksud ia hanya bertahan selama satu tahun lebih di PC dan genap satu tahun di konsol.

Menurut data terkini daripada SteamDB, jumlah orang yang bermain Gundam Evolution sangat-sangat rendah dan tidak mampu cecah hingga 1000, sedangkan ini carta untuk seluruh dunia. Dengan jumlah nombor yang rendah sebegini, tidak hairanlah Bandai Namco terpaksa tutup Gundam Evolution.

Kredit: SteamDB

Penerbit eksekutif, Kazuya Maruyama, berkata dalam satu mesej:

“Dukacita, kami mengumumkan penutupan Gundam Evolution. Kami mahu mencipta judul yang menyatukan peminat first-person shooter dan peminat Gundam. Kami mencabar diri sendiri untuk mencipta game first-person shooter Gundam autentik yang boleh dimainkan secara global. Malangnya, kami telah memutuskan bahawa ia mustahil untuk kami menyediakan servis yang memuaskan hati pemain kami.”

Walaupun begitu, sejumlah update masih akan dilancarkan untuk Season 6 pada 23 Ogos, yang bakal menambah unit baharu dan dua peta, manakala Season Akhir pada 25 Oktober, akan menambah unit dan peta baharu.

Kredit: Bandai Namco Asia

Berikut ialah pelan penuh sehingga pengakhiran servis Gundam Evolution:

26 Julai 2023

  • Tamat jualan EVO Coin.
  • Tamat jualan EC Pod Limited.
  • Tamat update pada EC Pod, CAP Pod dan Ticket Pod.

Update Season 6 pada 23 Ogos 2023

  • Bakal mengeluarkan satu unit baharu dan dua peta baharu.

Update Season 7 pada 25 Oktober 2023

  • Bakal mengeluarkan satu unit baharu dan satu peta baharu.

Servis tamat pada 29 November 2023

Selepas servis tamat, game tidak lagi boleh dimainkan dan semua item, termasuk EVO Coin, tidak lagi boleh digunakan.

Kredit: Bandai Namco Asia

Apa itu Gundam Evolution?

Bagi mereka yang tidak tahu, Gundam Evolution ialah team-based shooter, di mana dua skuad (masing-masing dengan enam pemain) akan bertarung sambil melaksanakan objektif lawan pada peta. Masing-masing akan memakai Mobile Suit sendiri dan bergantung pada objektif, harus menyelesaikan misi dan mengawal medan perang. Antara unit yang kita boleh pakai termasuk Gundam, Zaku II, Gundam Barbatos, Sazabi, Gundam Exia dan banyak lagi.

Kredit: Bandai Namco Asia

Jadi apa pendapat korang tentang berita penutupan Gundam Evolution? Ada yang player tegar ke di sini? Jom kongsi di ruang komen!

Buat masa ini, Gundam Evolution masih boleh dimainkan di PC melalui Steam, PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4 dan Xbox One.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gundamGundam Evolution
ShareTweetSend
Previous Post

“MAPPA Dikenali Sebab Yuri On Ice” — Peminat Anime Tidak Berpuas Hati Dengan CEO MAPPA!

Next Post

Shin Kamen Rider – Sinopsis lengkap *SPOILER*

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Shin Kamen Rider – Sinopsis lengkap *SPOILER*

Shin Kamen Rider - Sinopsis lengkap *SPOILER*

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd