Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“MAPPA Dikenali Sebab Yuri On Ice” — Peminat Anime Tidak Berpuas Hati Dengan CEO MAPPA!

Maira by Maira
July 20, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“MAPPA Dikenali Sebab Yuri On Ice” — Peminat Anime Tidak Berpuas Hati Dengan CEO MAPPA!

Kredit: MAPPA

Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya ramai peminat anime yang mengenali studio animasi MAPPA, yang telah menghasilkan siri seperti Attack on Titan dan Vinland Saga. Nampaknya ada kontroversi baru yang muncul selepas satu artikel temu ramah CEO MAPPA dikeluarkan pada minggu lepas melibatkan peminat-peminat siri Yuri On Ice. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Kredit: Crunchyroll

Kepada anda yang tidak tahu, siri anime Yuri On Ice telah dihasilkan oleh MAPPA pada tahun 2016 dan ia antara siri popular pada waktu ia ditayangkan. Melihat kejayaan siri tersebut, MAPPA ada mengumumkan sebuah filem sekuel siri yang bertajuk “Yuri on Ice the Movie: Ice Adolescence” tetapi sehingga sekarang tiada kemas kini daripada MAPPA serta membuatkan peminat ternanti-nanti berita baru tentangnya.

Selepas itu, keluar pula sebuah artikel temu ramah melalui Kompass yang memaparkan CEO MAPPA, Manabu Otsuka. Salah satu perkara yang disentuh dalam temu ramah tersebut adalah cabaran yang dihadapi studio animasi tersebut. Menurut Otsuka, kutipan yang diperoleh studio tersebut tidak setanding dengan kejayaan siri anime dan menggunakan Yuri On Ice sebagai contoh.

“Sebagai contoh, “Yuri!!! on Ice” yang dihasilkan syarikat kami merupakan satu kejayaan besar, tetapi hasil yang dijana untuk studio adalah minimum berbanding kejayaannya. Kami sedar bahawa studio yang telah menerima struktur ini juga memikul tanggungjawab dan mula fikirkan tentang menaikkan sesuatu yang boleh kami lakukan sendiri. Siri popular tidak boleh dikawal dan dihasilkan sesuka hati, jadi untuk berkembang sebagai sebuah syarikat, kita mesti memanfaatkan sepenuhnya peluang yang terhad.”

Kredit: MAPPA

Peminat yang sudah lama menunggu berita tentang siri tersebut, sudah tentu rasa tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan CEO studio animasi itu. Malah ada juga yang menyatakan bahawa Yuri On Ice memainkan peranan besar kepada populariti MAPPA dan juga faktor mereka boleh mendapatkan projek-projek seperti Attack on Titan dan Jujutsu Kaisen.

Kredit: MAPPA

Ramai juga yang meminta MAPPA untuk pentingkan filem Ice Adolescence atau berikan sahaja IP tersebut kepada studio lain yang dapat berikan perhatian yang sepatutnya terhadap siri tersebut. Reaksi peminat ini mungkin nampak keterlaluan daripada sudut peminat anime lain, tetapi boleh faham juga mengapa mereka tidak berpuas hati mengenainya. Mana tidaknya, filem tersebut sepatutnya ditayangkan pada 2019 tetapi telah ditangguhkan dan sehingga hari ini tiada berita mengenainya.

Anda boleh lihat sendiri segala komen-komen yang ditinggalkan peminat melalui tweet di bawah.

Mappa's CEO, Manabu Otsuka, mentioned Yuri on ice in a recent interview with Kompass.

" 'Yuri!!! on ICE' produced by our company turned out to be a big hit, but compared to the results, the amount of money coming into the studio was insignificant." 1/2 pic.twitter.com/tWQ3kcvADR

— YoI Nation (@YoINation) July 16, 2023

Untuk mendapatkan berita menarik tentang anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: MAPPAYuri On Ice
ShareTweetSend
Previous Post

Firewall Ultra pamer gameplay PS VR2, akan keluar pada 24 Ogos!

Next Post

Tak cukup laku! Gundam Evolution terpaksa tutup servis pada November 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Tak cukup laku! Gundam Evolution terpaksa tutup servis pada November 2023!

Tak cukup laku! Gundam Evolution terpaksa tutup servis pada November 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd