airasia Superapp bekerjasama dengan UOW Malaysia untuk menganjurkan RedGames Jam buat julung kalinya pada 28 Julai sehingga 30 Julai 2023 di UOW Malaysia Glenmarie. Program ini juga dapat sokongan daripada Persatuan Pembangunan Permainan Antarabangsa (IGDA) Malaysia dan SEGA.
RedGames Jam adalah pertandingan berasaskan pasukan yang mana peserta akan membentuk pasukan sehingga lima orang ahli untuk mencipta game yang boleh dimainkan dalam tempoh masa 48 jam. Acara ini menggalakkan peserta untuk mengeluarkan kreativiti mereka dan membangunkan game yang mampu menarik minat orang ramai dalam genre seperti Adventure, Arcade, Action atau game Puzzle.

Jika anda berminat untuk mendaftarkan diri atau pasukan, sila klik pautan ini. Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan dan terma dan syarat lain, klik di sini.
Kalau anda nak tahu, RedGames adalah sebuah hub game yang ada dalam aplikasi airasia Superapp. Koleksi game yang ada di dalam hub tersebut semakin meningkat dan mempunyai lebih 50+ game percuma untuk dimainkan di airasia Superapp termasuk BIGGIE Wonderland dan T.A.G. (The Asean Games) Polis Sentri dengan kerjasama Todak Studios.
Semua game yang ditawarkan di dalam RedGames adalah percuma. Anda hanya perlu download aplikasi airasia Superapp dan klik pada ikon “Chat”. Seterusnya pergi ke pilihan “RedGames” dan anda boleh terus bermain apa-apa sahaja game.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa RedGames Jam akan berlangsung pada 28 sehingga 30 Julai 2023 di UOW Malaysia Glenmarie. Pendaftaran pertandingan ini telah pun dibuka, jika anda berminat, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post