Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2025 - Updated on March 30, 2026
in Artikel, Berita, Industri, Peluang Kerjaya, Tempatan
0 0
0
Kami perlukan Video Editor & Intern! Mohon sekarang di Gamer Santai!
Share on FacebookShare on Twitter

Menyeru wahai peminat gaming, teknologi dan anime di Malaysia – lagi-lagi kalau korang adalah pembaca setia kepada laman web kami! Ingin sertai keluarga Gamer Santai? Inilah peluang anda kerana kami memerlukan Video Editor dan Intern Jurnalis/Video Editor untuk menyunting pelbagai kandungan menarik pada laman web dan sosial media kami!

Di Gamer Santai, anda berpeluang untuk meneroka dunia gaming yang sedang mengembang setiap hari! Kelebihan yang kami tawarkan adalah untuk bekerja dalam bidang gaming daripada perspektif media termasuk melaporkan berita harian mengenai dunia gaming dan animasi tempatan dan luar negara, serta membuat liputan untuk acara-acara berkaitan teknologi dan ACG (Animation, Comics, dan Games).

Anda berpeluang untuk review permainan video, melaporkan berita terkini tentang industri gaming, memberi liputan acara-acara berkenaan permainan video, dan macam-macam lagi! Bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang untuk menghadiri acara permainan video atau ACG!

Mempunyai idea yang kreatif untuk menghasilkan sesuatu mestilah menjadi satu keistimewaan yang anda perlu tampilkan untuk mencuit hati para penonton. Dari situ, kami tahu anda bakal menjadi seorang yang pandai menawan hati peminat Gamer Santai! Salur semua idea anda dalam penyuntingan, buatkan kandungan menarik mungkin dan seronok untuk ditonton, supaya ramai akan menyukai hasil anda dan juga dimaklumkan dengan info terkini.

Bagi mereka yang berminat dan cukup berkarya, kreatif dan berimaginasi tinggi dalam video editing? Berikut adalah gambaran keseluruhan untuk jawatan ini;

Video Editor (Full Time)

Kelebihan

  • Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
  • Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.

Keperluan

  • Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
  • Perlu mempunyai kepakaran videografi dan fotografi
  • Mampu menahan stres kerja
  • Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat
  • Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan bagus dalam Bahasa Melayu
  • Mesti memiliki PS5 sekurang-kurangnya selama 6 bulan, atau Switch 2 sekurang-kurangnya selama 6 bulan (untuk mereka yang ingin kerja sepenuh masa)
    • Calon yang tidak memenuhi syarat ini akan ditolak secara automatik.

Deskripsi pekerjaan

  • Menghasilkan video ‘content’ untuk gaming, anime, dan teknologi bagi menarik peminat
  • Menangkap gambar produk
  • Menjana idea ‘content’ bersama rakan sepasukan
  • Bantu mengurus dan mengembangkan halaman video dan sosial media Gamer Santai

Cara-cara menghantar permohonan?

  • Sila hantarkan resume, portfolio dan satu (1) atau lebih sampel video yang anda pernah buat.
  • Jika fail besar, beri link melalui emel.
  • Hantar emel kepada [email protected]

Jurnalis (Intern)

Kelebihan

  • Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
  • Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.

Keperluan

  • Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
  • Kemahiran menulis dan komunikasi yang sangat baik, dengan penguasaan Bahasa Malaysia.
  • Memiliki kemahiran umum dalam grafik.
  • Mampu menahan stres kerja
  • Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat

Deskripsi kerja

  • Keupayaan menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk menulis kandungan.
  • Melakukan penyelidikan untuk berita menarik dan penting.
  • Berhubungan dengan wartawan, editor, video editor.
  • Mengikuti perkembangan berita terkini melalui media sosial, dll.
  • Mampu membuat kandungan dalam jangka masa yang diberikan.

Cara-cara menghantar permohonan?

  • Sila hantarkan resume dan satu (1) artikel berkaitan apa-apa game di atas 1,000 perkataan, sila masukkan gambar dan tajuk untuk menjadikan artikel lebih menarik.
  • Untuk permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
  • Jenis fail diterima: PDF atau Word.
  • Muat naik fail yang kecil daripada 5MB. Sekiranya portfolio terlalu besar, muat naik di laman web luar seperti Google Drive dan berikan link di dalam ‘Surat Permohonan Latihan Praktikal’ anda.
  • Hantar emel kepada [email protected]

Video Editor (Intern)

Kelebihan

  • Bermain game di tempat kerja bukan sahaja diterima, malah digalakkan.
  • Persekitaran rakan sekerja yang santai dan akrab.

Keperluan

  • Bersemangat tentang gaming, anime dan teknologi serta mempunyai pengetahuan umum tentang industri
  • Perlu mempunyai kepakaran videografi dan fotografi
  • Mampu menahan stres kerja
  • Dapat menyelesaikan kerja tepat pada waktu dan cepat
  • Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan bagus dalam Bahasa Melayu

Deskripsi pekerjaan

  • Menghasilkan video ‘content’ untuk gaming, anime, dan teknologi bagi menarik peminat
  • Menangkap gambar produk
  • Menjana idea ‘content’ bersama rakan sepasukan
  • Bantu mengurus dan mengembangkan halaman video dan sosial media Gamer Santai

Cara-cara menghantar permohonan?

  • Sila hantarkan resume, portfolio dan satu (1) atau lebih sampel video yang anda pernah buat.
  • Jika fail besar, beri link melalui emel dalam ‘Surat Permohonan Latihan Praktikal’ anda.
  • Untuk permohonan Internship, sila sertakan surat pengesahan Universiti/Kolej.
  • Hantar emel kepada [email protected]

Rasa diri boleh menepati kriteria yang kami perlukan? Jangan lupa untuk hantarkan CV/Portfolio anda ke emel [email protected] untuk bermohon!


Baca segala berita terkini tentang game, teknologi dan anime di SINI!

Tags: Gamer SantaiVideo Editor
ShareTweetSend
Previous Post

Gamer Santai Mencari Penulis Baharu! – Minat game? Sertai Kami Sekarang!

Next Post

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

Racing Master “Authentic Racer Season” Gegarkan Malaysia Dengan Kereta & Pelbagai Acara Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd