Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemas Kini “Sonic’s Birthday Bash” kini tersedia secara PERCUMA di Sonic Frontiers!

safwan by safwan
June 26, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kemas Kini “Sonic’s Birthday Bash” kini tersedia secara PERCUMA di Sonic Frontiers!
Share on FacebookShare on Twitter

Kemas kini Sonic’s Birthday Bash untuk Sonic Frontiers kini tersedia secara percuma di semua platform termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Jom kita lihat apa yang SEGA bawakan sempena ulang tahun Sonic yang ke 32 tahun!

Sonic’s Birthday Bash

1 – Hiasan Majlis Hari Lahir

Tukar penampilan pulau dan pakaian Sonic kepada tema hari jadi.

2 – Cabaran Action Chain

Nikmati menggunakan Score Attacks di seluruh Kepulauan Starfall dalam ciri baharu yang menghiburkan ini! Cuba sasarkan untuk skor tertinggi!

3 – Skil Baru: Spin Dash

Dengan memenuhi syarat tertentu, keupayaan Spin Dash baharu boleh dibuka untuk Sonic. Spin Dashes membolehkan anda menyerang musuh semasa bergerak. Ini akan mempercepatkan pengembaraan anda ke tahap yang lebih tinggi. Jadi cuba temui cara untuk membukanya!

4 – Koco Boleh Dikumpul Baharu

Jenis Koco baharu kini boleh ditemui di seluruh Kepulauan Starfall. Membawa mereka ke Elder Koco akan meningkatkan Boost Gauge Sonic.

5 – Peta Status

Progress anda, seperti jumlah guardian atau misi Portal yang telah diselesaikan, kini akan dipaparkan apabila bergerak antara pulau, semasa skrin pemilihan pulau atau selepas menyelesaikan pulau.

6 – Kostum “Frontier Elite”.

Selepas memenuhi pelbagai syarat, anda akan diberi ganjaran dengan kostum “Frontier Elite”. Nikmati Sonic Frontiers sepenuhnya untuk mendapatkan hadiah yang sangat rare ini.

7 – New Game+

New Game+ kini boleh dipilih daripada skrin menu selepas menyelesaikan keseluruhan game. Mode ini membolehkan pemain bermula dari awal sambil mengekalkan skil dan peningkatan mereka daripada game sebelumnya.

8 – Pelbagai Ciri Tambahan dan Penambahbaikan

Selain membawa pelbagai ciri-ciri baharu ke dalam game ini, mereka juga telah menyelesaikan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh para pemain. Berikut adalah penambahbaikan yang telah dilakukan:

  • Kelajuan nyah pecutan semasa melompat kini boleh diubah.
  • Ikon kini akan dipaparkan apabila kandungan baharu ditambahkan pada Extras.
  • Peralihan muzik dalam Cyber Space yang disebabkan oleh kesan tertentu kini boleh dihidupkan dan dimatikan.
  • Melaraskan kesukaran menara di Pulau Rhea apabila bermain di Easy.
  • Ikon kini akan dipaparkan dalam hasil Cyber Space jika tindakan atau fungsi tambahan telah digunakan.
  • “Clear Time” dalam Mode Arked, Cabaran Cyber Space dan Battle Rush kini boleh ditetapkan semula.
  • Kamera skil kini boleh ditogol agar sesuai dengan playstyle anda.
  • Inersia Sonic sebelum dia berhenti kini boleh dilaraskan.
  • Kelajuan boost dikekalkan apabila airborne kini boleh dilaraskan.
  • 24 lagu telah ditambahkan pada Juke Box, dan Sound Memory telah ditambahkan pada setiap pulau.

Pembetulan untuk beberapa bug yang diketahui juga telah dilaksanakan.

Banyak juga apa yang SEGA telah tambah sempena ulang tahun Sonic yang ke-32 tahun. Saya ingin mengingatkan anda yang kemas kini Sonic’s Birthday Bash di Sonic Frontiers kini telah pun tersedia di semua platform.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sonic FrontiersSonic's Birthday Bash
ShareTweetSend
Previous Post

Persona 5 Tactica buka pre-order! Bundle khas beri Persona lagi kuat & item bonus!

Next Post

Bandai Namco Studios Malaysia bantu menjayakan Blue Protocol, game multiplayer ala anime baru

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Bandai Namco Studios Malaysia bantu menjayakan Blue Protocol, game multiplayer ala anime baru

Bandai Namco Studios Malaysia bantu menjayakan Blue Protocol, game multiplayer ala anime baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd