Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Persona 5 Tactica buka pre-order! Bundle khas beri Persona lagi kuat & item bonus!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2023
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Persona 5 Tactica buka pre-order! Bundle khas beri Persona lagi kuat & item bonus!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA dan Atlus Asia mengumumkan bahawa mereka telah membuka pre-order untuk RPG taktikal baru, Persona 5 Tactica, yang bakal dikeluarkan pada 17 November 2023 di Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PS4, PS5 dan Steam. Versi Nintendo Switch masih belum tersedia untuk pre-order tetapi anda boleh menambah game ini di Wish List jika berminat.

Buat mereka yang tidak tahu, Persona 5 ialah RPG terkenal yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah, masing-masing dengan identiti rahsia – kerana pada waktu malam, mereka beroperasi sebagai Phantom Thieves, sebuah organisasi yang ingin reformasi dewasa-dewasa yang korupsi.

Game ini telah menjadi popular di seluruh dunia, sehingga berjaya terjual lebih daripada 9 juta salinan. Kini, Persona 5 Tactica ialah ansuran terbaru dalam siri ini. Dengan ciri-ciri pertempuran berdasarkan entri asal seperti “One More” dan “All-Out Attacks“, nikmatilah kisah terbaru Phantom Thieves dalam RPG taktikal ini.

Kredit: Atlus

Pada musim sejuk; dengan hari graduasi yang menghampiri, Phantom Thieves telah berkumpul di LeBlanc untuk sambut bersama. Malangnya sambutan tersebut terpaksa dihentikan setelah fenomena aneh berlaku dan kafe mula bergoncang. Setelah itu, mereka menemui satu cahaya yang menyelubungi pintu kafe. Secara berhati-hati mereka membuka pintu tersebut dan mendapati mereka berada di dunia lain yang tidak diketahui.

Mereka telah diserang oleh sekumpulan tentera yang dipanggil Legionnaires. Dilabel sebagai pemberontak, Joker dan kawan-kawannya telah dikepung dan masing-masing menjadi buntu. Mereka bernasib baik apabila diselamatkan oleh gadis bernama Erina, yang menjemput mereka sertai revolusinya.

Sinopsis

Buat mereka yang berminat, bonus pre-order dan kandungan edisi istimewa adalah seperti berikut:

Triple Threat Edition

Kredit: Atlus

Merupakan edisi istimewa, anda akan menerima ganjaran maksimum jika membeli bundle ini. Kandungannya adalah seperti berikut:

  • Persona 5 Tactica Base Game (Digital)
  • DLC Repaint Your Heart Challenge Pack: main cerita tambahan dan temui watak kegemaran dari masa lalu, yang muncul sebagai watak eksklusif! Nikmati pertempuran dengan peraturan baharu, level dinamik dan musuh yang lebih kuat.
  • DLC Weapon Pack: tambahkan gaya pada senjata anda dengan skin senjata unik.
    • Picaro Sand Hawk
    • Picaro Levinson M31
    • Picaro Slingbow
    • Picaro Machine Gun
    • Picaro Assault Rifle
    • Picaro Revolver
    • Picaro G Launcher
    • Picaro Machine Pistol
      … dua senjata tambahan
  • DLC Picaro Summoning Pack (termasuk Raoul Picaro): mengandungi Persona Picaro yang boleh digunakan untuk menguatkan pasukan anda dan mendapat kelebihan dalam pertempuran.
    • Persona: Thanatos Picaro
    • Persona: Orpheus Picaro (female)
    • Persona: Athena Picaro
    • Persona: Messiah Picaro
    • Persona: M. Izanagi Picaro
    • Persona: Kaguya Picaro
    • Persona: Izanagi-no-Okami Picaro
    • Persona: Ariadne Picaro
    • Persona: Asterius Picaro
    • Persona: Tsukiyomi Picaro
    • Persona: Raoul Picaro
  • Bonus Terhad: Pemain yang membeli game lebih awal akan menerima Orpheus Picaro dan Izanagi Picaro Persona sebagai bonus terhad.
Kredit: Atlus
Kredit: Atlus
Kredit: Atlus

Di mana untuk beli?

Microsoft Store (Xbox Series X|S, Xbox One, Windows)

PlayStation Store (PS5, PS4)

Steam

Kempen Pre-order Celebration

Kredit: Atlus

Untuk meraikan permulaan pre-order Persona 5 Tactica, Atlus Asia sedang mengadakan giveaway istimewa. Pastikan anda masuk sebelum kempen tamat pada 6 Julai untuk peluang menangi Nintendo Switch OLED!

  • Hadiah: Nintendo Switch OLED – 1 pemenang
  • Tempoh Kempen: 22 Jun (Khamis) – 6 Julai (Khamis)
  • Cara Menyertai
    • Like post giveaway.
    • Tag 2 rakan di ruang komen.

Persona 5 Tactica kini tersedia untuk pre-order di Xbox Series X|S, Xbox One, Windows, PS4, PS5 dan Steam. Anda boleh baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: BundlePersona 5 TacticaPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover 363 – Bermulanya perlawanan Black Bull menentang Paladin Damnatio!

Next Post

Kemas Kini “Sonic’s Birthday Bash” kini tersedia secara PERCUMA di Sonic Frontiers!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Kemas Kini “Sonic’s Birthday Bash” kini tersedia secara PERCUMA di Sonic Frontiers!

Kemas Kini "Sonic's Birthday Bash" kini tersedia secara PERCUMA di Sonic Frontiers!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd