Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact version 3.8 – Secret Summer Paradise akan keluar 5 Julai, info lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2023
in Action, Android, ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, RPG
0 0
0
Genshin Impact version 3.8 – Secret Summer Paradise akan keluar 5 Julai, info lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada minggu lepas, miHoYo telah mengumumkan tarikh keluaran rasmi untuk Genshin Impact version 3.8, yang juga digelar sebagai “Secret Summer Paradise“. Bakal dilancarkan pada 5 Julai, miHoYo turut mendedahkan berita lanjut tentang isi kandungan update.

Update 3.8 menjemput pemain untuk menemani Klee dan Kaeya, kedua-duanya dengan outfit baharu, untuk menjelajah kawasan baharu yang tersedia secara masa terhad – penuh dengan ciri dan mekanik open-world gameplay baru, tarikan musim panas dan ganjaran banyak.

Antara lokasi baru yang paling penting adalah Veluriyam Mirage yang terdiri daripada bukit tinggi, lembah berhutan, gua gelap dan pelbagai fasiliti hiburan dan unik. Pemain boleh meneroka Mirage sepenuhnya melalui dua game mode ini:

  • Choo-Choo Cart: yang membawa penumpang ke seluruh kawasan dengan pengalaman roller-coaster yang menarik
  • mode Preprint yang membawa orang ke dunia dua dimensi untuk menjawab teka-teki dan memperoleh khazanah tersembunyi.
Kredit: miHoYo

Semasa pemain meneroka kawasan ini, mereka boleh mengumpul Joyeux Voucher untuk menebus pelbagai ganjaran, termasuk outfit baharu Kaeya.

Selain game mode yang saya sebutkan tadi, empat acara dan tarikan istimewa juga boleh ditemui di seberang Veluriyam Mirage. Hiburan ini menawarkan lebih banyak bonus, termasuk peluang untuk merekrut Layla secara percuma. Aktivitinya termasuk:

Kredit: miHoYo
  • “Spino Blaster” ialah permainan menembak meriam air
  • “Dance of Flashing Thought” menyediakan banyak cabaran pertempuran dalam keadaan-keadaan yang berbeza
  • Peserta boleh mengawal musang dan mengambil bahagian dalam acara lumba udara “Sojourns of the Barking Fox“
  • Cuba permainan papan shuffle yang diubah suai dalam acara “Bing-Bang Finchball“.

Selain itu, Genshin Impact version 3.8 akan menyatukan pemain dengan rakan lama dengan “rerun“. Dalam Event Wishes, kita akan melihat kepulangan Klee dan Eula pada awak kemas kini, diikuti oleh Sangonomiya Kokomi dan Wanderer pada bahagian kedua. Tambahan pula, Klee dan Kaeya akan menerima outfit baharu mereka, dan Kaeya akhirnya akan ada Hangout Event sendiri dalam update baharu.

Kredit: miHoYo
Kredit: miHoYo

Genshin Impact kini tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, PC melalui laman web rasmi dan Epic Games Store, iOS melalui App Store dan Android melalui Google Play. Versi Switch masih dalam rancangan.

Anda boleh baca segala berita kami tentang Genshin Impact di SINI.

Tags: Genshin ImpactGenshin Impact 3.8Secret Summer Paradise
ShareTweetSend
Previous Post

Google merancang untuk lancarkan platform gaming terbaru “Playables” di Youtube

Next Post

Black Clover 363 – Bermulanya perlawanan Black Bull menentang Paladin Damnatio!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Black Clover 363 – Bermulanya perlawanan Black Bull menentang Paladin Damnatio!

Black Clover 363 - Bermulanya perlawanan Black Bull menentang Paladin Damnatio!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd