Ramai antara anda pasti gemar bermain game di peranti mobile masing-masing. Mana tidaknya, anda boleh bermain game di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Dengan pelbagai game percuma yang tersedia di kedai aplikasi, sudah tentu ada sahaja game yang menepati selera anda semua. Kali ini, kami ingin syorkan beberapa game yang boleh anda layan melalui Roblox! Kalau anda ingin tahu, Roblox merupakan game kesembilan yang paling banyak dimuat turun oleh gamer mobile di Malaysia menurut App Magic.

Dengan lebih daripada 11 juta muat turun, kami pasti ramai yang meluangkan masa yang banyak dalam game ini. Kami juga ada mencari beberapa game Roblox yang mempunyai kandungan-kandungan tempatan. Kalau anda berminat untuk mencubanya, bolehlah tengok senarai game tersebut di bawah!
Bandar

Terasa nak ronda-ronda tetapi tiada masa. Jangan risau, anda bolehlah mainkan Bandar dalam Roblox. Melalui game ini, anda dapat melihat bandar Kuala Lumpur yang telah dihasilkan semula dengan grafik Roblox. Sudah tentu ada misi yang anda boleh lakukan antaranya memulakan kerja anda di Fetch HQ ataupun menghantar bungkusan untuk mendapatkan duit poket lebih.
Mechamato Robot Battle
Dunia Mechamato akhirnya tiba ke Roblox. Di sinilah anda boleh meneroka Kota Hilir yang ditayangkan dalam siri animasi tempatan Mechamato. Sama seperti protagonis, kita akan berlawan dan menangkap robot-robot jahat di bandar itu. Pelbagai aksesori yang tersedia daripada siri Mechamato dan juga BoBoiBoy! Jadi ajak kawan anda untuk mulakan pengembaraan ini.
Kampung Durian Runtuh RP

Berdasarkan siri animasi tempatan, Upin dan Ipin, anda akan dapat rasai pengalaman berada di Kampung Durian Runtuh! Anda dapat berjalan-jalan di kampung mahupun bandar, bekerja untuk mendapatkan duit serta membuat kawan-kawan baharu yang juga ada di kampung tersebut!
Kampong Horror

Walaupun ia dibangunkan oleh pembangun daripada Singapura, tetapi Kampung Horror membawa pengalaman seram ke Roblox dengan elemen islamik dan Nusantara. Makhluk mistik seperti toyol, mahupun pocong sudah tentu dikenali oleh ramai orang Malaysia. Terdapat tiga cerita berbeza untuk anda mainkan. Game ini memang seram, jadi kalau anda seorang penakut, bolehlah ajak kawan-kawan lain main sekali.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kalau anda ada game lain yang seronok, bolehlah kongsikannya di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post