Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Baten Kaitos I & II HD REMASTER akan hadir ke Nintendo Switch pada 14 September 2023. Game ini merupakan koleksi kepada dua game JRPG klasik dalam francais tetapi dikemas kini semula untuk era moden.
Anda boleh tonton trailer di bawah untuk gambaran lebih umum:
Pemain berpeluang mengalami semula kisah emosi siri Baten Kaitos , yang menampilkan sistem RPG berasaskan kad. Pemain akan mengambil peranan sebagai Guardian Spirit dan membimbing protagonis setiap game dan rakan mereka melalui perjalanan berbahaya masing-masing.
Baten Kaitos: Eternal Wings and the Lost Ocean: Menceritakan tentang Kalas yang ingin membalas dendam atas kematian abang dan datuknya. Tidak lama selepas itu, dia bertemu dengan Xelha dan kedua-duanya memulakan pengembaraan untuk mengalahkan Empayar Alfard.
Baten Kaitos Origins: Berlangsung 20 tahun sebelum kejadian game pertama dan menceritakan tentang Sagi, protagonis utama yang mempunyai hubungan dengan para Guardian Spirit dan merupakan sebahagian daripada Dark Service – unit elit kepada Empayar Alfard. Sagi memulakan pengembaraan untuk membersihkan namanya selepas disalah tuduh, serta membongkarkan rahsia gelap empayar.
Gameplay
Game ini dimainkan dalam cara JRPG tradisional, di mana mengawal watak utama dan rakan-rakannya melalui persekitaran permainan yang bahaya dan pertempuran. Tidak seperti RPG tipikal, siri Baten Kaitos menggunakan mekanik di mana semua item dalam game disimpan dalam kad ajaib yang dipanggil “Magnus“.
Magnus datang dalam dua bentuk iaitu pertempuran dan quest. Segala jenis barang wujud sebagai kad, tidak kira jika ia peralatan, senjata, barang quest dan sebagainya.
Satu lagi hal yang membezakan Baten Kaitos dengan JRPG lain adalah pemain tidak bermain secara langsung sebagai protagonis permainan. Sebaliknya, kita akan sebagai “guardian spirit” yang berinteraksi dengan protagonis melalui pilihan respons.
Menjawab soalan dalam cara yang rasional akan mencerminkan pemikiran watak masing-masing dan menguatkan “ikatan” mereka, yang seterusnya memberikan faedah dalam sistem pertempuran.
Bonus pembelian awal
Buat sesiapa yang membuat pembelian awal, anda akan menerima Buku Seni Digital eksklusif yang termasuk seni daripada dokumen original reka bentuk permainan dan juga visual terkini.
Baten Kaitos I & II HD REMASTER akan hadir ke Nintendo Switch pada 14 September 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post