Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Senarai watak-watak utama & lokasi penting!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 16, 2023
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name – Senarai watak-watak utama & lokasi penting!
Share on FacebookShare on Twitter

Di RGG Summit Summer 2023 | New Title Presentation hari ini, SEGA dan RGG Studio telah mendedahkan info baharu tentang barisan watak utama dan lokasi-lokasi penting dalam Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name. Sebagai game spin-off kepada francais Yakuza/Like a Dragon, ia menceritakan kisah protagonis ikonik Kazuma Kiryu selepas kejadian Yakuza 6 tetapi sebelum 8.

Apa yang perlu anda korbankan untuk melindungi orang yang anda sayang?

Bekas legenda di dunia yakuza, Kazuma Kiryu memalsukan kematiannya untuk melindungi orang tersayang. Dia kadang-kadang menerima misi sebagai ejen rahsia untuk Daidoji Faction, sebuah organisasi gelap yang pernah beroperasi sebagai ‘fixer’ untuk kerajaan.

Kewujudan Kiryu dirahsiakan dengan ketat di dalam Daidoji, dan di sana dia merana setiap hari keseorangan diri. Sehingga suatu hari, seseorang tiba untuk mengheret Kiryu kembali ke dalam dunia huru-hara.

Barisan watak utama Like a Dragon Gaiden

Kazuma Kiryu – Yakuza legenda yang membuang masa lalu dan namanya untuk memulakan kehidupan dalam bayang-bayang. Dilakonkan oleh Takaya Kuroda.

Kosei Shishido – Ahli penting dan leftenan dalam puak Watase, cawangan daripada Omi Alliance. Dilakonkan oleh Yasukaze Motomiya.

Yuki Tsuruno – Seorang Yakuza, dan kapten yang bersumpah taat setia kepada puak Watase, juga cawangan daripada Omi Alliance. Dilakonkan oleh Yoshiyuki Yamaguchi.

Akame – Watak misteri yang tahu segala-gala hal tentang Sotenbori dan juga pandai dalam macam-macam perkara. Dilakonkan oleh First Summer Uika.

Homare Nishitani III – Patriark ketiga kepada puak Kijin, cawangan langsung kepada Omi Alliance. Dilakonkan oleh Kim Jaeuck.

Kihei Hanawa – Seorang veteran yang lebih bergantung pada perbualan bijak berbanding menggunakan cara kasar. Merupakan ketua kepada Daidoji Faction. Dilakonkan oleh Hiroki Tochi.

Menggabungkan dua jenis pertempuran

  • Yakuza Style – Dominasi musuh dengan hanya menggunakan kekerasan. Ini merupakan evolusi terakhir kepada gaya pertempuran ikonik Kiryu. Bantai musuh dengan pukulan dan sepakan ganas, atau gunakan persekitaran sebagai senjata.
  • Agent Style – Tewaskan musuh dengan kepantasan bersama kegunaan gajet. Seni mempertahankan diri ini diamalkan oleh ejen puak Daidoji dan diilhamkan oleh seni pertempuran berbeza dari seluruh dunia.

Campurkan dan padankan kedua-dua gaya untuk mengalahkan musuh!

Kisah naratif berlangsung di Sotenbori, Daerah Hiburan Osaka!

Berlangsung selepas Yakuza 6: The Song of Life, game ini berlatarkan lokasi Yokohama dan Osaka, di mana sebahagian besar aksi berlaku di Sotenbori, Osaka.

Sotenbori, Osaka

Kredit: RGG Studio

Sotenbori, Osaka berfungsi sebagai yang kawasan utama di dalam game ini, Di kawasan di bawah kawalan Omi Alliance, ada kemungkinan besar seseorang akan mengenali Kiryu.

Isezaki Ijincho, Yokohama

Kredit: RGG Studio

Sebuah bandar berhampiran pelabuhan Yokohama di mana Daidoji Faction merancang untuk menyeludup emas. Kiryu menuju ke puak Seiryu, satu-satunya organisasi yakuza di Isezaki Ijincho, untuk mencari maklumat tentang serangan ke atas Daidoji Temple.


Sebagai tambahan kepada pengumuman watak-watak utama, RGG Studio juga mengesahkan bahawa lebih banyak berita menarik akan diumumkan semasa “RGG Summit Fall 2023” yang berlangsung pada September 2023.

Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 9 November 2023. Baca segala berita kami tentang game ini di SINI.

Tags: Like a DragonLike a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
ShareTweetSend
Previous Post

LEGO Brawls Membawa Level & Kandungan Baharu daripada NINJAGO: Dragons Rising!

Next Post

Fan Screening Filem Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine Akan Tayang 1 Julai di Malaysia! Harga Bermula RM 60!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat
Review

Reviu FINAL FANTASY X/X-2 HD Remaster (Edisi Nintendo Switch 2) – Kurang Grinding Tetapi Gameplay Masih Hebat

July 31, 2026
Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 – Masa Untuk ‘Grinding’ Loot Baru Dengan Bounty Pack 4

July 31, 2026
Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer
Berita

Sekuel Stellar Blade Muat Naik “Video Muzik AI,” Timbul Kontroversi Di Kalangan Komuniti Gamer

July 31, 2026
Next Post
Fan Screening Filem Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine Akan Tayang 1 Julai di Malaysia! Harga Bermula RM 60!

Fan Screening Filem Detective Conan The Movie: Black Iron Submarine Akan Tayang 1 Julai di Malaysia! Harga Bermula RM 60!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd