Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Etrian Odyssey Origins Collection Review — Kembali Menemui Pemain Bersama Pelbagai Ciri Baharu!

Maira by Maira
June 1, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, JRPG, Review
0 0
0
Etrian Odyssey Origins Collection Review — Kembali Menemui Pemain Bersama Pelbagai Ciri Baharu!

Kredit imej: Atlus

Share on FacebookShare on Twitter

Etrian Odyssey Origins Collection akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami telah berpeluang untuk mencubanya sebelum ia dilancarkan secara rasmi nanti. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami ini!

Gameplay keseluruhan

Game Etrian Odyssey dikenali dengan gameplay dungeon-crawling yang mencabar serta pertempuran turn-based strategik. Dalam setiap game, pemain akan menghasilkan sebuah parti yang mempunyai lima pengembara dan meneroka labyrinth yang luas, penuh dengan raksasa dan perangkap berbahaya.

Apa yang membuatkan game ini unik adalah dengan pemain meneroka, anda perlu petakan labyrinth menggunakan pelbagai alatan. Pertempurannya menggunakan sistem turn-based, dan pemain perlu mempertimbangkan kebolehan dan kelemahan parti untuk mengalahkan musuh.

Sumber: Atlus

Etrian Odyssey

Etrian Odyssey merupakan entri pertama dalam siri dan menjadi asas kepada entri-entri baharu selepas itu. Ia memaparkan penceritaan yang mudah tetapi gameplaynya yang membuatkan game ini menyerlah. Pemain perlu meneroka Yggdrasil Labyrinth dan petakannya sambil melawan musuh dan menyelesaikan puzzle. Memang terasa puas apabila berjaya mengalahkan musuh yang sukar ataupun menyelesaikan dungeon yang mencabar.

Sumber: Atlus

Etrian Odyssey II

Game ini merupakan sekuel kepada game pertama dan ia memaparkan penceritaan yang lebih kompleks. Pemain perlu meneroka Yggdrasil Labyrinth untuk mencari penawar kepada wabak misteri. Ia juga lebih mencabar berbanding game pertama.

Sumber: Atlus

Etrian Odyssey III

Game ketiga dalam siri ini memaparkan cerita yang paling kompleks dalam siri malah mempunyai lebih banyak watak dan class. Pemain perlu meneroka Yggdrasil Labyrinth untuk menghentikan demon berkuasa daripada memusnahkan dunia. Bagi kami ia juga yang paling mencabar jika nak dibandingkan dengan dua game terawal. Lepas kalahkan demon tersebut dan menyelamatkan dunia, terasa bangga betul.

Ciri baharu pada Etrian Odyssey Origins Collection

Antara benda baharu dalam Etrian Odyssey Origins Collection adalah penambahan ciri tambahan untuk Quality-of-Life (QoL). Antaranya ialah:

  • Auto Battle
    • Ciri ini tidak wujud dalam Etrian Odyssey I dan hanya ada dalam siri II dan III. Tetapi dalam versi baharu ini, ia turut mempunyai ciri auto battle.
Sumber: Atlus
  • Automap
    • Ini merupakan kali pertama ciri automap diperkenalkan dalam siri asal. Sebelum ini, ia hanya tersedia dalam Etrian Odyssey Untold: The Millennium Girl dan game seterusnya.
    • Walaupun begitu, pemain masih perlu tumpukan perhatian pada persekitaran mereka dan tambahkan beberapa nota pada peta jika perlu. Ciri ini tidak begitu sempurna dan mungkin terlepas beberapa butiran lain seperti jalan pintas, harta karun dan juga perangkap.Kami suka cara mereka mengurus ciri seperti ini, dan bukan sahaja ia memudahkan, mereka masih menekankan butiran peta untuk dilukis secara manual.
Sumber: Atlus
  • Difficulty
    • Sistem difficulty telah telah ditambah. Selain daripada fokus kepada level difficulty yang tinggi dalam siri original, terdapat tiga pilihan untuk dipilih seperti Picnic (Easy), Basic (Normal), dan Expert (Hard). Expert merupakan level yang sama seperti versi original. Kalau anda pemain kasual, kami syorkan untuk anda pilih Basic.
Sumber: Atlus

Audio & Visual

Tiada lakonan suara tambahan dalam Etrian Odyssey Origins Collection. Game ini pada asalnya dikeluarkan untuk Nintendo DS, dan mereka tidak mempunyai lakonan suara pada masa itu. Yang menyedihkan “remaster” ini juga tidak mempunyai lakonan suara.

Walaupun begitu, visualnya memang terbaik dan kami sukakannya. Semua artwork sehinggalah reka bentuk UI yang tersedia telah ditampilkan secara HD, di mana visualnya kelihatan lebih tajam. Tekstur dalam game juga diperbaharui untuk kelihatan lebih terperinci.

Sumber: Atlus

Selain itu, terdapat penambahan reka bentuk pada setiap watak/kelas yang tersedia. Potret watak dalam game telah dilukis semula, menghasilkan rupa yang lebih moden kepada semua 24 ilustrasi baharu dalam Etrian Odyssey I, II dan III. Pemain kini boleh memilih antara 5 jenis penampilan setiap kelas, termasuk ilustrasi sebelumnya.

Kami telah mainkan game ini pada PC. Ia menyokong sehingga resolusi 4K malah anda boleh mainkan game ini lebih daripada 144 FPS. Agak terkejut juga sebab kebanyakan game klasik JRPG, FPS akan dikunci pada 30 atau 60 FPS.

Sumber: Atlus

Multiplayer

Etrian Odyssey Origins Collection menampilkan mod multiplayer terhad yang dipanggil Oceanus. Tetapi ciri ini hanya tersedia dalam Etrian Odyssey III. Sehingga lima pemain boleh bekerjasama untuk meneroka pencarian khas yang dipanggil Oceanus. Untuk pengetahuan anda, Oceanus merupakan dungeon yang dijana secara rawak yang dipenuhi dengan musuh yang kuat dan harta karun berharga.

Ciri multiplayer ini juga membolehkan pemain barter item antara satu sama lain, adalah cara terbaik untuk mendapatkan item yang anda perlukan tanpa perlu grind untuknya. Ia juga merupakan cara terbaik untuk membantu rakan anda dengan memberi mereka barang yang mereka perlukan. Tetapi kami tidak dapat mencuba ciri ini kerana kami bermain untuk akses awal game. Selain daripada Oceanus, pemain juga boleh meneroka untuk memancing dan mendapatkan wang.

Sumber: Atlus

Controller

Kali pertama kami mainkan game ini, kami menggunakan mouse dan keyboard. Disebabkan tidak begitu selesa dan rasa kekok, kami terus tukar kepada controller. Walaupun begitu, kalau anda gunakan mouse ia lebih senang, lebih-lebih lagi untuk petakan labyrinth.

Sumber: Atlus

Kesimpulan

Etrian Odyssey Origins Collection ialah remaster yang kukuh bagi kami. Kalau anda kipas susah mati game ini, bolehlah mainkannya semula dengan pelbagai ciri QoL baharu yang ditambah. Ditambah pula dengan kualiti visual yang dinaik taraf untuk menjadikannya lebih selesa untuk dimainkan, serta menikmati perasaan nostalgia.

Tetapi pada masa yang sama, koleksi itu juga merupakan cara yang sempurna untuk memperkenalkan Etrian Odyssey kepada pemain baru. Ini kerana game telah dipermudahkan. Daripada mencuba perkara yang sukar dengan serta-merta, pemain boleh bermula dengan lebih mudah dan kemudian perlahan-lahan naik ke level yang lebih mencabar.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Etrian OdysseyEtrian Odyssey Origins Collection
ShareTweetSend
Previous Post

Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged Akan Hadir ke Konsol dan PC pada 19 Oktober 2023!

Next Post

Final Fantasy XVI PC Akan Mula Dibangunkan Selepas Pelancaran Versi PS5!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Final Fantasy XVI PC Akan Mula Dibangunkan Selepas Pelancaran Versi PS5!

Final Fantasy XVI PC Akan Mula Dibangunkan Selepas Pelancaran Versi PS5!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd