Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Imu akhirnya muncul, pemimpin sebenar World Government!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Imu akhirnya muncul, pemimpin sebenar World Government!

Kredit: Twitter@Greiish

Share on FacebookShare on Twitter

Dunia One Piece penuh dengan macam-macam misteri, tetapi mungkin rahsia yang orang paling ingin tahu adalah misteri menyelubungi World Government dan pemimpin rahsianya. Kini, keadaan menjadi lebih mengelirukan apabila One Piece mendedahkan Imu, pemerintah sebenar World Goverment di dalam bab terbaharu 1084.

One Piece, Ch. 1,084: Ancient history and a world-shaking scandal! Read it FREE from the official source! https://t.co/bSCGW6ZuSc pic.twitter.com/99IB27KEba

— Shonen Jump (@shonenjump) May 21, 2023

Kejadian ini muncul secara ‘flashback’ dan membawa kita kembali ke tempoh semasa “Reverie diserang oleh Revolutionary Army“. Ketika itu, Nefertari Cobra (dibunuh di masa kini) ingin berbincang sesuatu yang serius bersama Five Elders (Gorosei) tetapi tanpa disangka, Imu membuat penampilan mengejut. Berikut adalah kisah penuh!

AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1084 DI BAWAH! BACA SPOILER 1083 DI SINI!

Kredit: Shueisha

Five Elders bertanya kepada Cobra apa yang ingin dia bincangkan bersama mereka. Cobra memberitahu bahawa dia tahu World Government diasaskan pada 800 tahun yang lalu apabila 20 raja bersama keluarga mereka, bersatu untuk hidup sebagai satu puak iaitu Celestial Dragon, lalu memerintah dunia ini bersama.

20 raja tersebut ingin bersikap adil sesama sendiri dan memasang “takhta kosong” untuk memastikan tiada siapa yang berani mengkhianati. Mereka meletakkan 20 senjata di sekeliling takhta untuk melambangkan ikrar ini.

Kredit: Shueisha

Disebabkan 20 keluarga diraja asal telah berpindah ke Marijoa bagi menjadi Celestial Dragon, setiap negara/kerajaan terpaksa memilih raja baharu untuk memerintah. Disebabkan itu, rujukan kepada raja-raja terdahulu telah dibuang atau dihapuskan dari negara asal mereka.

Namun, Cobra menjelaskan bahawa ada satu pengecualian. Raja kepada kerajaannya sendiri, Queen Nefertari Lily, telah memilih untuk kekal memerintah rakyatnya di Alabasta dan tidak menjadi Celestial Dragon. Oleh itu, kebenarannya adalah; hanya ada 19 senjata sahaja di “takhta kosong”. Five Elders mengesahkan kisah itu.

Kredit: Shueisha

Cobra menyambung; selepas melihat semua rekod yang ditulis selepas tempoh Void Century, nama Lily tidak pernah disebut walaupun sekali. Dia percaya Queen Lily tidak pernah pulang ke Alabasta, dan akhirnya tanggungjawab memerintah negara jatuh kepada adik lelakinya. Disebabkan itu, Cobra bertanya sama ada mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Queen Lily.

Saint Jaygarcia Saturn (salah satu Five Elders) mengatakan hal itu berlaku berabad-abad dahulu, jadi maklumat tentang apa yang sebenarnya berlaku telah hilang, dimakan oleh sejarah. Cobra kemudian bertanya kepada Five Elders – “apakah rahsia nama “D.?”.

Kredit: Shueisha

Apabila salah seorang Five Elders ingin tahu mengapa dia bertanya, Cobra mendedahkan bahawa ada surat pendek yang diturunkan dari generasi ke generasi oleh Lily…

Di muka surat terakhir bab 1084, Imu tiba-tiba muncul di hadapan Five Elders lalu duduk di atas “Takhta Kosong”, dan menyebut nama Lily.

Kredit: Shueisha

Maka, tamatlah rumusan pendek saya tentang kemunculan Imu dalam manga One Piece bab 1084. Adakah rahsia nama D. akhirnya akan didedahkan? Siapakah sebenarnya Imu? Kita akan dapat jawapannya pada hari ahad nanti!

Baca segala berita kami tentang francais One Piece di SINI.

Tags: Imumangaone pieceWorld Government
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon V-Pet Color — Kini Berwarna Warni & Ada Ciri Tambahan Moden!

Next Post

Preview Horizon Forbidden West: Burning Shores – DLC yang solid untuk penggemar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Preview Horizon Forbidden West: Burning Shores – DLC yang solid untuk penggemar!

Preview Horizon Forbidden West: Burning Shores - DLC yang solid untuk penggemar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd