Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring Adalah Evolusi Dark Souls

Menurut Pengarahnya Hidetaka Miyazaki

Jade Ice by Jade Ice
June 22, 2019 - Updated on June 23, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Elden Ring Adalah Evolusi Dark Souls
Share on FacebookShare on Twitter

Presiden From Software dan pengarah E3 2019 Hidetaka Miyazaki telah mengumumkan Elden Ring, sebuah RPG aksi fantasi dan telah berkongsi maklumat berkenaan game ini menerusi sebuah temuramah bersama IGN.

Antara petikan-petikan menarik daripada temuramah ini adalah:

  • Elden Ring adalah 3rd person RPG aksi fantasi, dimana ianya tidak lari daripada Dark Souls. Namun ini tidak bermakna mekanismanya serupa.
  • Penambahan persekitaran yang lebih besar dalam dunia yang lebih terbuka akan merubah game ini dalam skala yang lebih besar.
  • Dengan penambahan dunia yang lebih besar, evolusi mekanisma menjadi kemestian. Ini menjadikan game ini evolusi semulajadi Dark Souls.
  • Dungeon dalam game Miyazaki sebelum ini berhubung seperti Metroidvania, tetapi kali ini terdapat lapangan yang sangat besar diantaranya. Ini adalah untuk penceritaan yang lebih bagus, mencipta variasi pertempuran dan meningkatkan kebebasan eksplorasi.
  • Bergerak dan bertempur sambil menunggang kuda.
  • Tidak akan ada bandar atau pekan yang dihuni, sebaliknya pekan dan bandar dalam game adalah tapak kemusnahan yang gelap dan suram.
  • Miyazaki banyak mentelaah sumber-sumber game open world lain, tetapi beliau memastikan tidak terlalu terpengaruh agar kekal setia dengan semangat From Software.
  • Berkenaan dengan kerjasama George R. R. Martin, beliau berkata ianya bermula daripada minatnya kepada hasil kerja George seperti A Song of Ice and Fire dan adaptasi dramanya dalam Game of Thrones adalah karya yang ulung.
  • Elemen keseronokan, drama dan kedalaman mitos yang ditulis Martin memberikan kesan yang besar dalam game ini.
  • Miyazaki membandingkan mitos Martin dengan handbook dungeon master dari sebuah table top RPG.
  • Pemain akan mempelajari tentang mitos ini sepanjang permainan menerusi penceritaan dari eksplorasi dan persekitaran.
  • Tiada watak utama yang tetap dalam game ini. Semuanya bergantung kepada bagaimana pemain menetapkan kriteria dan perwatakan watak ciptaan mereka.
  • Miyazaki merasakan watak NPC kali ini akan lebih menarik perhatian dan memberikan kesan berbanding sebelum ini kerana di inspirasikan oleh mitos hasil kerja Martin.

  • Miyazaki terkejut kerana sangat mudah untuk berhubung dengan Martin. Dari situ mereka berbincang, dan Martin bersetuju dengan ideanya untuk membikin sebuah game bersama-sama.
  • Martin tidak menulis jalan cerita game ini, sebaliknya, dia menulis kisah yang terjadi sebelum era game ini; iaitu asas dan mitos ceritanya.
  • Di From Software, mereka memiliki banyak kekangan terutamanya kepada penulis-penulis, jadi tidak sesuai untuk Martin menulis dengan banyak kekangan. Sebab itu Martin menulis mitos game ini, dimana imaginasi dan kreativitinya bebas disalurkan.

Elden Ring sedang dalam pembikinan untuk PS4, PC dan Xbox One dan tarikh keluarannya belum lagi diumumkan.

Sumber: Gematsu

 

Tags: Elden Ringfrom softwarehidetaka miyazaki
Previous Post

Crash Team Racing Nitro-Fueled: Perlumbaan tergila pernah saya cuba!

Next Post

Majlis Ulama Aceh Indonesia Mengharamkan PUBG? Ini Respon PUBG MOBILE!

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Majlis Ulama Aceh Indonesia Mengharamkan PUBG? Ini Respon PUBG MOBILE!

Majlis Ulama Aceh Indonesia Mengharamkan PUBG? Ini Respon PUBG MOBILE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd