Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demon Slayer: Kisah tragis Shinazugawa Sanemi & Genya – Hashira & pemakan demon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 17, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Demon Slayer: Kisah tragis Shinazugawa Sanemi & Genya – Hashira & pemakan demon!

Kredit: @k.art_sz

Share on FacebookShare on Twitter

Demon Slayer Season 3 telah menayangkan episod terbaharu, dan di sini, kita akhirnya kita dapat melihat kisah tragis Shinazugawa Sanemi dan Genya! Sebagai pasangan adik-beradik yang bermasalah, ternyata kisah mereka sangat tragis dan penuh dengan duka lara.

Kredit: Ufotable

Kejadian episod 6

Kredit: Ufotable

Dalam Demon Slayer: Swordsmith Village Arc episod 6, Tanjiro ternampak Genya yang rupanya hampir menyerupai iblis (ini kerana dia memakan iblis lalu mendapatkan kekuatan yang lebih kurang sama). Dalam keadaan marah, Genya menghampiri Tanjiro dan meluahkannya niatnya untuk “menjadi Hashira dahulu”.

Kita semua tahu Genya tidak rapat dengan abangnya Sanemi (yang juga merupakan Wind Hashira). Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, hubungan mereka sangat renggang sehingga tahap, Sanemi tidak menganggap Genya sebagai adiknya. Genya pula menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang berlaku tetapi kita tidak pernah diberitahu tentang kejadian itu.

Kredit: Ufotable

Dalam episod 6, Genya bekerjasama dengan Tanjiro untuk mengalahkan Hantengu, tetapi malangnya, mereka tidak cukup kuat. Di ambang kematian, Genya mula memikirkan tentang sejarah silamnya di mana semua didedahkan melalui flashback.

Kisah sebenar Genya dan Sanemi

Kredit: Ufotable

Genya adalah anak kedua dalam keluarga tujuh orang adik-beradik. Ibunya sentiasa bekerja keras hingga jarang dapat tidur manakala bapanya ialah lelaki kejam yang suka mendera keluarga. Walaupun bapanya sering memukul adik-beradik lain, ibu Genya sentiasa melindungi mereka. Disebabkan sikap itu, ayahnya dibenci oleh penduduk kampung dan akhirnya mati ditikam oleh individu yang tidak dikenali. Di sini, Sanemi dan Genya berjanji untuk melindungi adik-beradik dan ibu mereka bersama-sama.

Pada suatu hari, ibu mereka tidak pulang ke rumah, lalu Sanemi pergi mencarinya. Perasaan bimbang mula terlintas di fikiran adik-beradik kerana ibu mereka “tidak pernah selewat ini.” Genya cuba sedaya upaya untuk meyakinkan mereka, dan menyuruh adik-beradiknya untuk tidur.

Kredit: Ufotable

Tiba-tiba, kedengaran satu ketukan dari pintu mereka. Empat adik-beradik kecil, dalam keadaan gembira, mula berlari ke pintu sedangkan Genya memberi amaran itu mungkin bukan ibu mereka. Sebelum dia dapat bertindak (sambil memeluk adik paling kecil), pintu itu dipotong dua bersama dengan semua adik-beradiknya – yang mati serta-merta. Pada masa itu, muka Genya dihiris, lalu membentuk parut di wajahnya.

Kredit: Ufotable
Kredit: Ufotable

Dalam keadaan panik, Genya tidak sempat melihat sosok gelap yang menyerang keluarnya. Namun, sebelum ia sempat mencederakan Genya, Sanemi datang dan menyelamatkan adiknya sambil mengarahkan Genya untuk melarikan diri.

Melihat adik-beradiknya yang berlumuran darah, Genya sedar mereka sudah mati. Tidak ingin menerima kenyataan, dia cuba untuk merawat semua orang dengan bantuan doktor. Dalam perjalanan, Genya terjumpa Sanemi yang memegang pisau dan ibu mereka yang mati terbaring di hadapan mereka. Genya, dalam keadaan keliru dan marah, melabelkan Sanemi sebagai pembunuh dan memeluk tubuh ibu sehingga ibunya reput di bawah cahaya matahari.

Kredit: Ufotable

Beberapa tahun kemudian, Genya sedar iblis itu adalah ibunya dan mengakui kesilapannya. Dia memutuskan untuk menyertai Demon Slayers Corps demi mendamaikan hubungannya dengan abangnya dan walaupun tidak mempunyai bakat untuk Breathing Style, Genya boleh memakan Demon dan memperoleh kebolehan mereka. Maka, itu jadi kelebihannya.

Tidak lama selepas itu, dia bertemu semula dengan Sanemi dan cuba meminta maaf, tetapi Sanemi menolaknya dan berkata dia tidak mempunyai adik. Disebabkan itu, Genya memutuskan untuk menjadi Hashira sebagai cara terakhir untuk merawat semula hubungan dengan abangnya.

Kredit: Ufotable

Apakah pendapat anda tentang hubungan Genya dan Sanemi dalam Demon Slayer? Jom beritahu pendapat anda di ruang komen! Baca segala berita kami tentang Demon Slayer di SINI.

Tags: Demon SlayerGenyaHashiraKimetsu No YaibaSanemi
ShareTweetSend
Previous Post

Lego 2K Drive Interview bersama Emmanuel Valdez — Selami Lebih Dalam Mengenai Dunia Bricklandia

Next Post

Jagged Alliance 3 akan datang ke PC Steam pada Julai 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem
Promosi

Capcom Mid-Year Sale Bawa Diskaun Pertama Kali Buat Resident Evil Requiem

June 8, 2026
Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations
Berita

Bethesda Umum The Elder Scrolls Online: Season One & Fallout 76: Infestations

June 8, 2026
Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC
Berita

Gears of War: E-Day Tiba 6 Oktober, Hanya Di Xbox & PC

June 8, 2026
Next Post
Jagged Alliance 3 akan datang ke PC Steam pada Julai 2023

Jagged Alliance 3 akan datang ke PC Steam pada Julai 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd