Di Xbox Games Showcase, Bethesda telah berkongsi perkembangan terbaharu untuk dua game multiplayer utamanya: The Elder Scrolls Online dan Fallout 76. Menerusi trailer terbaharu yang dikeluarkan, syarikat tersebut mendedahkan kepulangan sebuah faction kegemaran ramai di Tamriel serta cabaran endgame baharu yang kini sedia dimainkan di wasteland Appalachian.
The Elder Scrolls Online Season One
The Elder Scrolls Online telah beralih ke format bermusim (seasonal), bermula dengan Season One: Return of Thieves Guild yang akan membuat pelancaran pada hai ini, 8 Julai 2026 bagi PC, Mac, Xbox, dan PlayStation. Kemas kini ini membawakan kandungan naratif yang pertama untuk Thieves Guild sejak faction tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2016.
Dalam jalan cerita baharu ini, pemain akan bekerjasama dengan guild tersebut untuk menentang Koldane Cartel, di samping meluaskan operasi guild ke Daggerfall. Musim ini bakal memperkenalkan watak-watak baharu serta cara baharu untuk melaksanakan ‘heist’. Bergantung pada playstyle masing-masing, pemain boleh memilih pendekatan senyap seperti ‘picking lock’ dan menyelinap melepasi pengawal, atau melakukan serangan hendap ke atas karavan untuk menimbulkan kekacauan. Trailer di atas juga mengacah tentang aktiviti jenayah yang lebih besar, termasuk kegiatan lanun di laut, penerokaan bawah air, dan runtuhan purba yang dipenuhi raksasa.
Fallout 76: Infestations
Sementara itu, pemain Fallout 76 mempunyai cabaran baharu melalui kemas kini “Infestations” yang sudah pun tersedia sekarang. Dilancarkan bersama Season 25: Appalachia Under Siege, kemas kini ini memperkenalkan combat dinamik berkesukaran tinggi yang disasarkan untuk pemain berpengalaman.
Faction musuh mula menguasai dan memenuhi lokasi-lokasi yang biasa dikunjungi di seluruh peta. Pemain perlu meneroka kawasan yang ditakluki ini untuk menangkis serangan gelombang musuh yang kuat dan menewaskan elite boss yang bermutasi. Gameplay berfungsi seperti mini-raid, yang memerlukan pemain menyesuaikan diri dengan mekanik boss yang unik. Pemain yang berjaya membersihkan kawasan infestation akan diberi ganjaran loot berharga, termasuk senjata Legendary empat bintang dan armor mod baharu.
Pelancaran ini merupakan kemas kini percuma yang ke-68 bagi Fallout 76. Sempena pelancaran ini, pemain boleh menuntut ganjaran harian percuma bermula dari 7 Jun hingga 15 Jun 2026. Bethesda juga menawarkan percubaan percuma bagi perkhidmatan langganan Fallout 1st dari 8 Jun hingga 15 Jun 2026.








Discussion about this post