Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Memperkenalkan komander ‘Revolutionary Army’ (SPOILER)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Memperkenalkan komander ‘Revolutionary Army’ (SPOILER)
Share on FacebookShare on Twitter

Bab terbaharu One Piece akhirnya dikeluarkan semalam dan menunjukkan apa yang berlaku di Reverie termasuk pertempuran besar-besaran antara para Komander daripada Revolutionary Army dan Marine Admiral.

Di sini, kita dikenalkan kepada sejumlah watak dan abiliti mereka, terutamanya kapten-kapten Revolutionary Army dan kumpulan misteri bernama Holy Knights yang diasaskan oleh World Government.

One Piece, Ch. 1,083: As the flames of revolution burn around the world, a dark deed stains Sabo’s name! Read it FREE from the official source! https://t.co/TOhURs24JI pic.twitter.com/nIBxGV0ipO

— Shonen Jump (@shonenjump) May 14, 2023

Apakah yang terjadi? Teruskan membaca!

AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1083 DI BAWAH! BACA SPOILER 1082 DI SINI!

Misi sebenar Sabo

Kredit: Shueisha

Sabo memberitahu Monkey D. Dragon dan Emporio Ivankov bahawa dia telah menyelesaikan semua objektif mereka iaitu; memusnahkan simbol Celestial Dragon untuk mengisytiharkan perang, menyelamatkan Bartholomew Kuma serta membebaskan seberapa ramai hamba yang boleh, dan memusnahkan rizab makanan di Marijoa.

Dragon menjelaskan bahawa kejadian ini membuatkan 12 negara untuk mengangkat senjata menentang kerajaan di mana 8 negara berjaya dalam usaha mereka, kecuali Lulusia yang dimusnahkan oleh Im. Oleh itu, 7 negara tersebut tidak lagi membayar tribut dan mengeksport sumber lagi. Ivankov juga menambah bahawa Revolutionary Army sedang menyerang bekalan World Government di seluruh dunia untuk menghalang sumber daripada sampai ke tangan mereka.

Kredit: Shueisha

Dragon tahu World Government tidak akan menerima keadaan ini dan akan menghantar Holy Knights, sekumpulan individu kuat yang bantu menguatkuasakan undang-undang Celestial Dragon, di mana autoriti mereka melebih Admiral di mana Sabo bakal menjadi sasaran utama mereka kerana memegang status ‘harapan’ bagi negara-negara yang memberontak.

Kredit: Shueisha

Ivankov kemudian menunjukkan keratan surat khabar dengan Sabo sedang berdiri sebelah mayat Nefertari Cobra. Walaupun ingin mempercayai Sabo, Ivankov masih tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Mengenali kapten-kapten Revolutionary Army

Kredit: Shueisha

Dalam flashback pada hari kejadian, Revolutionary Army menyerang Marijoa tidak lama selepas Reverie (mesyuarat untuk membincangkan rancangan semasa dan masa depan bersama negara berkaitan World Government) bermula. Dalam keadaan huru-hara, seorang Celestial Dragon cuba membunuh hambanya kerana terlalu lambat, tetapi hamba itu diselamatkan oleh Karasu (komander kepada Tentera Utara dalam Revolutionary Army).

Kredit: Shueisha

Karasu mencuri senapang Celestial Dragon tersebut dan menyuruh hamba itu untuk melarikan diri. Seorang pengawal peribadi cuba untuk menembak Karasu, tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Ternyata, Karasu memakan Susu Susu no Mi, yang membolehkan dia mengubah badan menjadi jelaga mengikut kehendaknya. Selepas itu, dia menewaskan askar-askar itu menggunakan teknik bernama Obelisoots.

Kredit: Shueisha

Pada masa yang sama, Lindbergh (seekor Mink dan komander Tentera Selatan dalam Revolutionary Army) menggunakan ciptaannya untuk membebaskan seberapa ramai hamba yang boleh. Karasu bertembung dengan Admiral Fujitora lalu pertarungan mereka bermula di mana dia menggunakan teknik bernama Crow Soul Lotus untuk menyaingi kuasa graviti milik Fujitora.

Kredit: Shueisha

Di tempat lain, Morley (seorang Giant dan komander Tentera Barat dalam Revolutionary Army) berlawan Admiral Ryokugyu (Aramaki). Beberapa Celestial Dragon menyuruh Ryokugyu supaya lebih berhati-hati agar tidak merosakkan persekitaran sekeliling. Jika tidak, mereka akan membunuhnya – jadi ini memaksa Ryokugyu untuk menahan diri.

Di pinggir bandar, Jabra, Blueno, Kalifa, Fukurou, dan Kumadori (yang semuanya kini ahli CP0) menyaksikan perang besar-besaran antara dua pihak itu dan mengaku bahawa Revolutionary Army agak kuat kerana dapat bersaing dengan dua orang Admiral.

Peristiwa sebelum pembunuhan ayah Vivi

Kredit: Shueisha

Sabo cuba mendapatkan kunci bagi kolar hamba apabila dia melihat Saint Charlos dan bapanya Rosward (Celestial Dragon) menunggang Kuma, yang juga berniat untuk menjadikan Shirahoshi sebagai hamba. Sabo menghubungi Morley untuk memastikan semuanya siap sedia semasa dia memulakan rancangan bagi menyelamatkan Kuma dan menghentikan Charlos. Pada masa yang sama, Jewelry Bonney kelihatan berlari di sekitar istana.

Kredit: Shueisha

Di dua adegan lain, Nefertari Vivi diikuti oleh Rob Lucci, manakala bapanya, Nefertari Cobra, diberitahu bahawa “hanya dia sahaja yang boleh bertemu dengan Five Elders” (Gorosei). Pell dan Chaka cuba untuk ikut, tetapi Cobra menyuruh masing-masing untuk menjaga dan melindungi Vivi.


Maka, itulah rumusan pendek tetapi padat untuk manga One Piece bab 1083. Apakah yang akan terjadi di bab seterusnya? Adakah Sabo yang membunuh Cobra? Apa yang sebenarnya berlaku di Marijoa? Kita akan dapat jawapan tidak lama lagi!

Baca segala berita kami tentang francais One Piece di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaone pieceRevolutionary Army
ShareTweetSend
Previous Post

Rurouni Kenshin Akan Hadir ke Malaysia Dengan Acara Tayangan Khas!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Kuasa Baharu Yuji? Perlawanan Gojo vs Sukuna Kini Tiba! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Kuasa Baharu Yuji? Perlawanan Gojo vs Sukuna Kini Tiba! [SPOILER]

Jujutsu Kaisen: Kuasa Baharu Yuji? Perlawanan Gojo vs Sukuna Kini Tiba! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd