Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Ally akhirnya dilancarkan secara rasmi, Harga bermula serendah $599!

safwan by safwan
May 12, 2023
in Artikel, Berita, Konsol, Teknologi
0 0
0
ROG Ally akhirnya dilancarkan secara rasmi, Harga bermula serendah $599!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers akhirnya telah melancarkan gaming handheld pertama mereka iaitu ROG Ally di seluruh dunia dengan dua model yang berbeza iaitu AMD Ryzen Z1 Extreme dan AMD Ryzen Z1.

Kredit: ASUS ROG

ROG Ally akan didatangkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5 bersama storan sehingga 512GB SSD. Mereka juga menyediakan satu slot MicroSD untuk penambahan storan.  Selain itu, ROG Ally juga dilengkapi dengan skrin Full HD (1080p) bersama 120Hz refresh rate dan FreeSync Premium supaya pemain boleh berseronok bermain game tanpa sebarang masalah stuttering, tearing atau FPS drop.

ROG Ally adalah sebuah gaming handheld pertama yang menggunakan Windows 11 supaya para pemain dapat mengakses semua “library” yang ditawarkan oleh para penerbit. Dengan kepelbagaian ciri-ciri yang didatangkan pada ROG Ally, Windows 11 boleh digunakan dengan hanya menggunakan joystick, butang dan juga touchscreen.

ROG Ally
Kredit: ASUS ROG

Ia juga menerima Armoury Crate Special Edition yang mampu mengubahsuai prestasi gaming handheld ini dengan sangat pantas. Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai game launcher, in-game monitoring software, Aura sync dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan 90 hari trial untuk Xbox Game Pass yang boleh memberikan anda akses kepada lebih banyak game daripada AAA sehingga ke game Indie.

Memandangkan ianya adalah sebuah gaming handheld, ASUS ROG telah mereka bentuknya dengan reka bentuk yang ergonomic dan ringan supaya ia boleh dibawa ke mana sahaja. Dengan beratnya hanya 608g sahaja, para pengguna sudah pasti boleh bermain game di mana sahaja dan pada bila masa-masa sahaja. Ia sudah pasti akan memberikan pengalaman yang selesa kepada pemain semasa bermain.

ROG Ally
Kredit: ASUS ROG

Buat masa sekarang, ASUS ROG Malaysia masih tidak mengumumkan sebarang harga untuk dipasarkan di Malaysia. Melalui acara pelancaran global, ROG Ally Z1 boleh didapatkan dengan tanda harga $599 (anggaran RM RM2,670) dan ROG Ally Z1 Extreme pada $699 (anggaran RM3200). Apapun, nantikan pengumuman yang dikeluarkan oleh ASUS ROG Malaysia. Untuk spesifikasi penuh, sila rujuk di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asus rogASUS ROG MalaysiaRepublic Of GamersROGROG Ally
ShareTweetSend
Previous Post

Review Netflix Black Knight: Dunia tanpa undang-undang, penghantar barang jadi penyelamat

Next Post

DLC One Piece Odyssey: Reunion of Memories akan dikeluarkan pada 25 Mei ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
DLC One Piece Odyssey: Reunion of Memories akan dikeluarkan pada 25 Mei ini!

DLC One Piece Odyssey: Reunion of Memories akan dikeluarkan pada 25 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd