Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Marvel’s Midnight Suns kini tersedia di Xbox One & PS4 bersama semua DLC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 12, 2023
in Artikel, Berita, PS4, Real time strategy, Xbox One
0 0
0
Marvel’s Midnight Suns kini tersedia di Xbox One & PS4 bersama semua DLC
Share on FacebookShare on Twitter

Hari yang peminat Marvel tertunggu-tunggu sudah tiba kerana Marvel’s Midnight Suns kini dilancarkan khas di PS4 dan Xbox One; termasuk semua DLC tambahan. 2K Games juga mengumumkan bahawa DLC baharu “Blood Storm” juga turut tersedia di semua platform, jadi manfaatkanlah hujung minggu ini untuk mencuba watak dan jalan cerita baharu.

Berita baik: untuk meraikan pelancaran hari ini, semua edisi Marvel’s Midnight Suns akan tersedia pada harga diskaun 50% di PS4 (untuk pelanggan PS Plus), Xbox One dan PC Steam.

Blood Storm merupakan DLC keempat dan terakhir untuk Marvel’s Midnight Suns yang menampilkan hero Storm. Berikut adalah ringkasan info:

  • Hero boleh direkrut baharu: Storm, mutan yang mengawal semua cuaca dengan 10 Hero Ability unik
  • Story Mission baharu: Lawan pelbagai jenis musuh baharu dalam pertarungan yang lebih mencabar, termasuk finale hebat jika semua misi Season Pass selesai
  • Upgrade baharu untuk Abbey: Bilik T.H.R.E.A.T yang semakin sukar
  • 3 skin tambahan untuk Hero, 7 Abbey Outfit dan 2 Swimsuit untuk Storm

Storm boleh direkrut selepas menyelesaikan story mission pertama “Hard Knock Life”, yang boleh dimainkan selepas menyelesaikan “The Best There Is” semasa Act One.

Kredit: 2K Games, Marvel

Dianggap sebagai salah satu mutan paling kuat di planet ini, Storm atau nama sebenarnya Ororo Munroe, telah menjadi yatim piatu pada usia muda dan dibawa masuk oleh seorang paderi wanita semasa dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kenya. Apabila kampung mereka menderita semasa kemarau, Ororo menggunakan kuasanya yang baru bangkit untuk menyeru hujan bagi menyelamatkan keluarganya.

Bertahun-tahun kemudian, tersebar berita tentang abilitinya untuk mengawal cuaca di mana Ororo kemudian direkrut ke X-Men oleh Charles Xavier lalu mengambil nama Storm. Lama-kelamaan, dia memimpin X-Men dan menggunakan kebolehan mutannya untuk membantu orang di seluruh dunia. Semasa mencari kanak-kanak mutan yang terancam di New York bersama Wolverine, Storm bertemu dengan Magik, yang menggalakkannya untuk menyertai Midnight Suns dalam Blood Storm.

Kredit: 2K Games, Marvel

Dalam pertempuran, Storm ialah hero yang serba lengkap, dan mampu memberikan damage yang tinggi kepada ‘satu’ atau ‘berbilang’ musuh. Dia juga mampu mengawal musuh melalui stun dan knockback – tetapi anda memerlukan kesabaran untuk membolehkannya mencapai kuasa penuh.

Setiap pek DLC termasuk tiga story mission baharu untuk setiap hero DLC. Pemain yang membeli kesemua empat DLC atau Marvel’s Midnight Suns Season Pass, dan menyelesaikan kesemua 12 DLC story mission juga akan membuka misi bonus rahsia.

Kredit: 2K Games, Marvel

Marvel’s Midnight Suns kini tersedia untuk PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Baca segala liputan kami tentang Midnight Suns di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCMarvel's Midnight SunsPS4Xbox One
ShareTweetSend
Previous Post

Sukan SEA 2023 – Pasukan MLBB perempuan bawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia!

Next Post

Mengenali Etrian Odyssey II HD – Pengenalan kepada dunia permainan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025
Berita

Mafia: The Old Country Bakal Dilancarkan 8 Ogos 2025

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
Next Post
Mengenali Etrian Odyssey II HD – Pengenalan kepada dunia permainan

Mengenali Etrian Odyssey II HD - Pengenalan kepada dunia permainan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd