Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forspoken pamer gameplay DLC ‘In Tanta We Trust’ – akan keluar 26 Mei!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 3, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Epic Store, Open World, PC, PS5, Steam
0 0
0
Forspoken pamer gameplay DLC ‘In Tanta We Trust’ – akan keluar 26 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Square Enix dan Luminous Productions telah mengeluarkan mendedahkan gameplay rasmi untuk DLC Forspoken “In Tanta We Trust,” yang bakal dikeluarkan pada 26 Mei. Berikut adalah videonya:

Menurut Square Enix, DLC ‘Forspoken – In Tanta We Trust’ akan bertindak sebagai prekuel kepada main game dan berlaku 25 tahun sebelum peristiwa-peristiwa di Forspoken.

Kredit: Square Enix

Masih mencari cara untuk melenyapkan ancaman ‘Break’ dari Athia buat selamanya, Frey telah mengikuti suara misteri yang membawanya ke tempat tidak diketauhui. Entah bagaimana, Frey tiba-tiba menjelajah masa ke zaman ‘Purge of the Rheddig’, perang legenda yang menghancurkan Athia dan membuatkan para Tanta menjadi gila.

Diiringi oleh Tanta Cinta dan kebolehan magic baharu, Frey mesti membongkarkan misteri ini dan menyelamatkan Athia sekali lagi serta cuba menyelamatkan dirinya.

Jadi apa yang baru di dalam DLC?

Kredit: Square Enix

Perjalanan Frey ke masa lalu juga memperkenalkan pelbagai abiliti baharu untuk dimahirkan. Sebagai contoh, Frey kini boleh menggunakan:

  • Skewer – Support spell yang memancarkan pancaran sihir terus ke hadapan dengan peluang untuk mengkristalkan musuh
  • Shock – Melepaskan gelombang sihir yang juga boleh mengkristalkan musuh anda.
  • Allied Strike: Bekerjasama dengan Tanta Cinta untuk melepaskan tembakan peluru tajam yang memusnahkan musuh di hadapan!
Kredit: Square Enix

Tetapi penambahan yang paling menarik pasti adalah teman anda: Tanta Cinta. Pemain yang berjaya menamatkan ‘main story’ pasti tahu bahawa Tanta Cinta sangat kuat, jadi sudah tentu dia akan menjadi aset penting semasa anda meneroka masa lalu yang berbahaya ini.

Secara umum, Tanta Cinta akan menyokong Frey dalam pertempuran. Sebagai contoh, jika nyawa Frey amat rendah, dia akan menyeru perisai ajaib lalu menentang musuh bagi pihak pemain.

Kredit: Square Enix

Untuk memaksimumkan potensi dan output serangan, pemain disarankan untuk bereksperimen bersama kombo Frey dan Tanta Cinta bersama. Banyak abiliti baharu Frey dapat mengkristal atau menyebabkan kesan status pada musuh, lalu membuatkan mereka terdedahkan kepada serangan susulan/follow-up attack oleh Cinta.

Dengan menggunakan abiliti dan kuasa Cinta secara strategik, Frey dapat menghadapi semua gerombolan musuh berbahaya akan datang.

Kredit: Square Enix

Jika anda membeli Forspoken Digital Deluxe Edition, yang termasuk akses awal kepada DLC, Forspoken: In Tanta We Trust tersedia untuk dimuat turun pada 23 Mei secara percuma. Sesiapa yang Forspoken Standard Edition harus membeli DLC ini secara berasingan yang akan tersedia pada 26 Mei.

Buat mereka yang belum mencuba, Forspoken kini tersedia untuk main di PS5 dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCForspokenIn Tanta We Trust
ShareTweetSend
Previous Post

Dune: Part Two Bakal Hadir ke Pawagam November Ini, Trailer Rasmi Akan Menyusul Nanti!

Next Post

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Mei 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Mei 2023!

Barisan Game Baru Yang Anda Boleh Main Sepanjang Mei 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd