Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebab untuk dapatkan Redmi Note 12 Series – ciri flagship di peranti mid-range pada harga mampu milik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 5, 2023
in Artikel, Berita, Promosi, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Sebab untuk dapatkan Redmi Note 12 Series – ciri flagship di peranti mid-range pada harga mampu milik!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Xiaomi telah mengumumkan keluaran Redmi Note 12 Series yang amat dinanti-nantikan di Malaysia, khususnya tiga peranti menarik iaitu: Redmi Note 12 Pro+ 5G, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12!

Berdasarkan kejayaan luar biasa Redmi Note 11 Series, Redmi Note 12 Series jamin akan menarik hati pengguna dengan memberikan ‘upgrade’ besar kepada ciri-ciri paling didambakan.

Peningkatan ini termasuk sistem kamera 200MP dengan ciri OIS, paparan Flow AMOLED 120Hz, pengecasan 120W SuperCharge dan reka bentuk mesra untuk pengguna – semuanya ditawarkan pada nilai harga yang lebih murah dan mampu milik.

Dengan pelancaran siri ini, Xiaomi sekali lagi menunjukkan komitmen mereka untuk membuatkan ciri-ciri yang selalunya ada dalam smartphone premium mudah diakses untuk lebih ramai orang. Jadi apakah kelebihan Redmi Note 12 Series? Biar saya jelaskan satu per satu!

Redmi Note 12 Pro+ 5G

Menampilkan sistem kamera paling handal dalam Redmi Note 12 Series, Redmi Note 12 Pro+ 5G direka untuk menawarkan kualiti imej yang luar biasa kepada pengguna. Dilengkapi dengan sensor 200MP, Redmi Note 12 Pro+ 5G akan memberi definisi baharu kepada ‘smartphone photography’ dalam segmen mid-range.

Buat kali pertama dalam siri, Redmi Note 12 Pro+ 5G turut menampilkan teknologi OIS, yang membolehkannya menangkap gambar yang stabil dan jelas dalam keadaan cahaya malap.

Bukan itu sahaja, kerana gambar pada waktu malam juga ditambah baik dengan kanta yang lebih solid, untuk menawarkan peningkatan 159% dalam keadaan cahaya malap walaupun untuk pemandangan yang mencabar. Kamera utama juga menampilkan ALD (Atomic Layer Deposition), yang membolehkan prestasi imej yang lebih baik dalam keadaan pencahayaan yang kompleks.

Contoh gambar yang diambil

Dikuasakan oleh pemproses MediaTeK Dimensity 1080, LPDDR4X dan UFS 2.2 Storage hingga 8GB+128GB, Redmi Note 12 Pro+ 5G memberikan hasil yang mengagumkan merentas hiburan, penciptaan video dan imej, gaming dan sambungan 5G lancar. Ia juga mempunyai sistem solusi unik untuk prestasi tahan lama, di mana anda tidak perlu risau untuk bermain game kegemaran hingga berjam-jam.

Redmi Note 12 Pro+ 5G didatangkan dengan bateri 5,000mAh besar serta HyperCharge 120W. Menurut mereka, Smart 120W HyperCharge boleh mengecas telefon pintar kepada 100% dalam masa hanya 19 minit!

Di bahagian paparan, Redmi Note 12 Pro+ 5G menampilkan refresh rate 120Hz, yang menjanjikan pengalaman gaming dan tontonan lancar. Skrin adalah 6.67″ FHD+ Flow AMOLED, AMOLED fleksibel pertama dalam siri Redmi Note dan menyokong Dolby Vision untuk pengalaman menonton yang mengasyikkan.

Redmi Note 12 5G

Menampilkan paparan 6.67″ 120Hz AMOLED, Redmi Note 12 5G memberikan kualiti  gambar yang sama cantik seperti varian 12 Pro+ 5G. Pada masa yang sama, ia dilengkapi dengan Snapdragon® 4 Gen 1 yang dibina pada proses 6m. Sama ada semasa melayari internet, melihat media sosial atau bermain game, semua menawarkan prestasi yang mengagumkan.

Dengan spesifikasi sehingga 8GB RAM dan storan 256GB, anda boleh membuka lebih banyak aplikasi sekaligus dan bertukar antara aplikasi tersebut. Memandangkan storan pun lebih besar, kita ada lebih banyak ruang untuk menyimpan aplikasi dan foto/video kegemaran tanpa perlu risau tentang kehabisan ruang.

Di bahagian kamera, ia memiliki setup tiga kamera 48MP dengan kanta ultra lebar dan makro. Tidak seperti 12 Pro+ 5G, varian ini lebih bersifat all-rounder.

Bagi bekalan kuasa, Redmi Note 12 5G tahan lama dengan bateri 5,000mAhnya. Apabila peranti perlu dicas semula, pengecasan pantas 33W dengan teknologi MMT memastikan proses sentiasa  stabil dan cekap supaya kita dapat kembali menggunakan telefon secepat mungkin.

Redmi Note 12

Akhir sekali, kita ada Redmi Note 12 yang mempunyai skrin 6.67″ FHD+ AMOLED dengan refresh rate 120Hz yang mengagumkan.

Dilengkapi oleh Snapdragon® 685 Mobile Platform, Redmi Note 12 menyediakan pengalaman multitasking yang lancar dan cekap. Dengan spesifikasi sehingga 8GB RAM + 128GB, pengguna juga boleh bertukar dengan mudah antara aplikasi berbeza dan melaksanakan pelbagai tugas sekaligus tanpa sebarang lag atau delay.

Redmi Note 12 mempunyai bateri 5,000mAh dan sama seperti varian lain, ia menggunakan pengecasan pantas 33W dengan teknologi MMT.

Apa yang beza di sini cuma adalah kamera. Peranti ini menggunakan setup tiga kamera 50MP yang mengambil gambar jelas dan terperinci dalam setiap senario dan semua jenis cahaya.

Walaupun dianggap versi ‘lemah’  dalam Redmi 12 Series, jangan pandang rendah kerana ciri-cirinya pun cukup hebat untuk digelar flagship.

Mana satu yang sesuai untuk anda?

Memandangkan ada tiga pilihan, peranti manakah yang sesuai untuk anda?

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G – Memberi makna baru pada ‘mobile photography’ dalam segmen ‘smartphone mid-range’ dengan kamera 200MP dan upgrade fotografi AI. Khas untuk mereka yang inginkan prestasi terbaik dengan kemampuan fotografi.
  • Redmi Note 12 5G – Peranti all-rounder bertaraf flagship dengan paparan AMOLED 120Hz dan pemproses Snapdragon® 4 Gen. Sesuai untuk mereka yang hanya mementingkan prestasi.
  • Redmi Note 12 – Lebih kepada mereka dengan bajet tetapi masih inginkan peranti bagus ala flagship untuk menguruskan aktiviti seharian.

Harga dan ketersediaan

Redmi Note 12 Series kini dijual di Malaysia mulai 6 April melalui kedai sah Xiaomi, peruncit rasmi Xiaomi dan secara dalam talian di kedai rasmi Lazada dan Shopee atau tekan LINK INI.

Redmi Note 12 Pro+ 5G akan tersedia dalam tiga warna – Black, White dan Flora Green – dengan satu varian storan 8GB+256GB. Manakala peranti lain dalam siri Redmi Note 12 akan tersedia dalam empat warna – Onyx Grey, Mint Green dan Ice Blue– dengan satu varian storan 8GB+256GB.

Untuk masa yang terhad, pembeli juga boleh menerima Redmi Smart Band 2 PERCUMA (bernilai RM 149) dengan setiap pembelian Redmi Note 12 Series, sementara stok masih ada.

ProdukNilai
Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB+256GB)RM 1,599
Redmi Note 12 5G (8GB+256GB)RM 1,099
Redmi Note 12 (8GB+128GB)RM 799
Redmi Note 12 (6GB+128GB)RM 699 (harga original)
RM 659 (harga online ekslusif)

Xiaomi Fan Festival 2023

Xiaomi Fan Festival kembali untuk diraikan bersama peminat Malaysia. Sempena itu, pelbagai promosi hebat akan diadakan sepanjang bulan ini bermula 6 April – 15 April 2023. Berikut antara yang ditawarkan:

ProdukHarga normalPromo khas
Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB+256GB)RM 1,599Redmi Smart Band 2
Percuma
Redmi Note 12 5G (8GB+256GB)RM 1,099
Redmi Note 12 (8GB+128GB)RM 799
Xiaomi 13 (12GB+256GB)RM 3,499Redmi Buds 4
Percuma
Redmi 12C (4GB+128GB)RM 599Xiaomi In-ear Headphones
Percuma
Redmi 12C (6GB+128GB)RM 699
Redmi Pad (3GB+64GB)RM 899Baucar Xiaomi Store
RM 20

Selain itu, pelanggan dan peminat akan menerima pemegang ‘sticky note’ Xiaomi Bunny Doll sebagai hadiah percuma apabila melakukan perkara berikut:

  • Hantar baiki smartphone
    • Hantarkan smartphone Xiaomi atau Redmi anda untuk dibaiki di mana-mana Pusat Servis Xiaomi semasa tempoh acara
  • Posting di media sosial
    • Ambil gambar kreatif dengan smartphone Xiaomi atau Redmi anda (dengan watermark didayakan)
    • Muat naik di Facebook atau Twitter semasa tempoh acara.
    • Tag Xiaomi Support di Facebook (@XiaomiSupport)
  • Ikuti Xiaomi Support di Facebook, Twitter atau YouTube (@Xiaomi.Support)
    • Ikuti akaun pada tempoh acara dan pengikut bertuah akan dapat melayakkan diri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Redmi di SINI. Anda juga boleh membaca segala liputan kami tentang produk Xiaomi dan Redmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: RedmiRedmi Note 12 Series
ShareTweetSend
Previous Post

Interview: Segala-galanya tentang Lifeweaver, hero baru Overwatch 2!

Next Post

Game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles Sudah Terjual Lebih 3 juta Salinan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles Sudah Terjual Lebih 3 juta Salinan!

Game Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles Sudah Terjual Lebih 3 juta Salinan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd