Dikeluarkan Ahad lalu, One Piece 1079 merupakan antara bab paling mengejutkan dalam siri dan tertumpu pada pertembungan hebat antara salah satu Yonko, Red-Haired Shanks dan Eustass Kid, Kapten kepada Kid Pirates dan salah seorang yang kalahkan Big Mom. Kita sudah tahu identiti pengkhianat di pulau Egghead, York tetapi ramai tertanya jika Shanks benar-benar kuat atau tidak.
Akhirnya kita dapat jawapan dan seperti yang korang dapat baca daripada tajuk, pertembungan itu amat cepat dan singkat dengan kemenangan memihak kepada Red-Haired Shanks. Apakah yang benar-benar terjadi? Teruskan membaca.
AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1079 DI BAWAH! BACA SPOILER 1078 DI SINI!
Rancangan sebenar York dan kemunculan Blackbeard?
Beberapa jam yang lalu, York dapat tahu bahawa World Government ingin membunuhnya sekali, tetapi nasib baik dia mempunyai rancangan rahsia. York mengarahkan empat Seraphim untuk membunuh semua orang yang terperangkap dalam makmal kecuali dirinya, Vegapunk sebenar dan tebusan mereka.
Supaya tiada siapa tahu York adalah dalang sebenar, dia mengarahkan S-Snake untuk mengubah dirinya jadi batu supaya lalu membatalkan sumpahan itu apabila tiada siapa melihat.
Pada masa yang sama, sebuah kapal milik Blackbeard Pirates nampaknya telah tiba di pantai pulau Egghead…
Shanks vs. Kid
Di Elbaf, beberapa krew lanun lemah milik armada Red-Hair Pirates memberi amaran kepada Eustass Kid bahawa dia perlu mengalahkan mereka dahulu sebelum berjumpa dengan Shanks. Sekilas pandang, Kid pun tahu mereka lemah dan tertanya jika semua lanun di depannya memang milik armada Red Hair Pirates.
Walaupun begitu, Killer mengingatkan Kid bahawa ada beberapa nama besar dalam armada Shanks, dan menyuruhnya supaya tidak leka. Shanks kemudian memberitahu krew lain-lain untuk memberi laluan (hakikatnya dia tidak ingin mereka cedera kerana tahu armadanya terdiri daripada banyak lanun lemah).
Selepas seketika, Kid membentuk tangan railgun untuk melancarkan teknik ‘Damned Punk’ (yang menembak peluru elektromagnet) ke arah Red Hair Pirates. Shanks meramalkan kerosakan yang akan timbul dan kematian beberapa anak kapal dan sedar impaknya amat ekstrem, jadi dia memberi amaran kepada semua orang untuk berpecah semasa dia bergerak ke kapal Kid.
Dalam sekelip mata, Shanks menghampiri Victoria Punk (kapal Kid Pirates), dan serta-merta mengalahkan Kid dengan teknik Kamusari (Divine Departure).
Selepas melihat kapten dan orang kanannya Killer dikalahkan, ahli Kid Pirates lain mula panik dan merayu Shanks supaya tidak membunuh Kid, malah menyerahkan Road Poneglyph sebagai balasan. Shanks, bagaimanapun, buat tidak endah dan melompat dari kapal sementara Dorry dan Brogy melakukan serangan gabungan yang memusnahkan kapal Victoria Punk sepenuhnya.
Dengan kapal mereka dihancurkan, satu per satu ahli Kid Pirates jatuh ke dalam laut. Narator kemudian kata bahawa;
“Di Elbaf di New World… Lanun dengan bounty 3 bilion, Eustass “Captain” Kid… dan Kid Pirates-nya telah dimusnahkan.
Memandangkan Kid masih mampu bertahan lawan Big Mom, adakah ini bermakna kekuatan Shanks berlipat kali ganda lebih semua Yonko? Kid tidak mampu buat apa-apa dan dalam sekelip mata, dia dikalahkan. Ini agak mengejutkan memandang kita melihat Kid Pirates berlawan habis-habisan dalam arc sebelum. Jadi apa pendapat anda? Jom kongsi di ruang komen!
Baru-baru ini, kami pergi ke One Piece Asia Tour di Genting! Nak tahu pengalaman kami di sana? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post