Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Baru tahu Gran Turismo 4 (PS2) ada cheat, penemuan selepas 20 tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Sukan/lumba
0 0
0
Baru tahu Gran Turismo 4 (PS2) ada cheat, penemuan selepas 20 tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Asalnya dilancarkan pada tahun 2004, Gran Turismo 4 mewakili perubahan yang positif pada genre ‘lumba’ pada zaman awal 20-an dan sering dianggap sebagai salah satu game paling bagus dalam francais. Hanya boleh dimainkan di PS2, ia menjadi amat popular dan dipuji oleh semua gamer di seluruh dunia. Namun, selepas 20 tahun, kita baru sahaja dapat tahu bahawa Polyphony Digital sebenarnya menyediakan cheat code untuk Gran Turismo 4.

Menurut @Nenkaai di Twitter -yang pakar dalam penyelidikan Gran Turismo dan modifikasi game- dia membuktikan bahawa GT4 mempunyai cheat selama ini, cuma tiada siapa yang tahu tentangnya. Nak mengakses cheat ini pun tidak mudah kerana pemain perlu menghabiskan 365 hari in-game (bukan hari dalam dunia sebenar) untuk membuka syarat ‘aktifkan cheat’.

Supaya anda tidak ditipu, @Nenkaai memuat video di Twitter yang menunjukkan cheat apa yang yang boleh digunakan oleh pemain. Cheat ini termasuk 10 juta Credit, lulus semua License, lulus ujian License dengan rating Gold Emas, dan rating Gold di mana-mana Event Course.

So many years and this game still holds surprises, GT4 does actually have cheat codes👀👇 pic.twitter.com/toyyIHIJKW

— Nenkai (@Nenkaai) March 25, 2023

Untuk menggunakan cheat ini, anda perlu menekan beberapa butang tertentu mengikut urutan pada controller PS2; di menu tertentu seperti GT Mode, License dan Event Course bergantung kepada cheat yang saya sebutkan tadi. Caranya pun sangat dan sama seperti cara anda memakai cheat GTA semasa zaman PS2 – jadi ramai pemain pasti terbiasa.

Berikut adalah senarai cheat:

  • 10,000,000 Credit (Menu GT mode): Select, Kiri, Kanan, Kanan, Bawah, Atas, Atas, Kiri, Bawah, Atas, Kanan, Kiri, Bawah, L1, R1, Select
  • Lulus mana-mana License (Menu License Selection): Select, R1, Select, R1, Select, L2, L2, R2, R2, L1, Select, L1, Select
  • Rating Gold di mana-mana ujian License (Menu License Test Selection): Select, Select, R1, R2, L2, L2, Select, L1, R1, Select, R2, L1, Select
  • Rating gold di mana-mana event (Menu Event Course Selection): Select, L1, Atas, Atas, Select, R1, Bawah, Bawah, Select, L2, Select, R2, Select

Memandangkan cheat ini hanya akan berfungsi sebaik sahaja pemain menghabiskan 365 hari in-game, saya yakin ini adalah sebab utama mengapa ramai tidak tahu tentang cheat Gran Turismo 4.

Buat mereka yang berminat, Gran Turismo 4 tersedia secara eksklusif pada PS2 tetapi korang boleh mencuba emulator untuk bermain game ini.

Tags: cheatGran Turismo 4ps2
Previous Post

One Piece: Eustass Kid kalah kepada Red-Haired Shanks, hanya perlu satu serangan *SPOILER*

Next Post

Barisan Anime Spring 2023 Yang Menarik Untuk Korang Layan! Ada Demon Slayer, Hell’s Paradise & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Barisan Anime Spring 2023 Yang Menarik Untuk Korang Layan! Ada Demon Slayer, Hell’s Paradise & Banyak Lagi!

Barisan Anime Spring 2023 Yang Menarik Untuk Korang Layan! Ada Demon Slayer, Hell's Paradise & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd