Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

MultiVersus Selama Ini Versi Beta, Akan Lancar Secara Rasmi Pada Awal 2024!

Maira by Maira
March 28, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
MultiVersus Selama Ini Versi Beta, Akan Lancar Secara Rasmi Pada Awal 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Game platform fighter Warner Bros. Games, MultiVersus yang dilancarkan pada Jun 2022 sebenarnya versi beta terbuka. Menurut pembangun Player First Games, mereka akan menutup versi beta tersebut dan akan melancarkan MultiVersus secara rasmi pada awal 2024.

Melalui pengumuman rasmi pada laman web rasmi game, MultiVersus Open Beta akan ditutup pada 25 Jun 2023. Ianya tidak akan tersedia untuk dibeli mahupun di muat turun bermula 4 April ini. Segala item dalam game juga akan dihentikan penjualannya pada tarikh tersebut.

Kepada pemain yang sudah muat turun game ini sebelum 4 April 2023, mereka masih boleh bermain beta terbuka game sehinggalah 25 Jun, tarikh tutup beta.

MultiVersus

Memandangkan game ini tidak akan mendapat kemas kini sehingga pelancaran rasmi, pembangun mengongsikan beberapa perkara menarik mengenai kandungan akan datang selepas game dilancarkan nanti. Menurut mereka, terdapat pelbagai kandungan, ciri, mode, watak dan pelbagai lagi yang akan hadir untuk pemain-pemain. Mereka juga akan memperbaiki matchmaking serta sistem game. Segalanya akan didedahkan apabila game hampir sedia untuk menemui pemain.

MultiVersus

MultiVersus akan dilancarkan semula pada 2024 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Buat sementara ini, ia tidak tersedia di Malaysia. Mungkin ia boleh dimainkan apabila dilancarkan secara rasmi nanti. Untuk liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: MultiVersusWarner Bros. Games
Previous Post

Poster baru The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes dikeluarkan, Bakal tiba di pawagam pada 17 November 2023!

Next Post

Siri manga Bleach rupa-rupanya inspirasi terbesar pencipta Black Clover!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Siri manga Bleach rupa-rupanya inspirasi terbesar pencipta Black Clover!

Siri manga Bleach rupa-rupanya inspirasi terbesar pencipta Black Clover!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd