Spy x Family Season 1 telah tamat hampir 3 bulan lepas, tetapi nampaknya beberapa projek baharu kini dalam produksi. Diumumkan di acara AnimeJapan 2023 kelmarin, siri Spy x Family sah akan mengeluarkan Season 2 dan filem anime khas pada hujung tahun ini!
Secara lebih khusus lagi, Spy x Family Season 2 akan ditayangkan pada bulan Oktober 2023 di mana Kazuhiro Furuhashi kembali sebagai pengarah di WIT STUDIO dan CloverWorks. Pada masa yang sama, mereka turut mendedahkan poster untuk filem akan datang, yang bertajuk Spy x Family Code: White yang bakal dikeluarkan pada 22 Disember.

Filem ini merupakan projek serba baharu dengan jalan cerita original. Walaupun kisah ini tidak pernah muncul dalam manga tetapi pencipta – Tatsuya Endo – dikreditkan untuk karya dan reka bentuk original serta akan turut menyelia filem tersebut. Sama seperti siri anime, WIT STUDIO dan CloverWorks akan bertangunggjawab untuk animasi filem.

Bagi mereka yang tidak tahu, Spy × Family ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Tatsuya Endo. Mula diterbitkan melalui aplikasi dan laman web Shonen Jump+ terbitan Shueisha sejak Mac 2019, di mana bab-bab tersebut dikumpulkan dalam 10 jilid tankobon.
Untuk mengekalkan keadaan aman antara negara Westalis dan Ostania, seorang ejen perisik bernama “Twilight” ditugaskan untuk mengintip seorang pemimpin Parti Politik dari Ostania.
Walau bagaimanapun, satu-satunya cara untuk Twilight mendekatinya adalah dengan meletakkan seorang kanak-kanak di sekolah yang sama dengan anak pemimpin tersebut dan memintanya menyamar sebagai rakan sebaya.
Untuk mencapai matlamat ini dan mempersembahkan imej ‘keluarga yang bahagia’, dia mencipta alias Loid Forger, mengambil anak angkat bernama Anya, dan berkahwin dengan wanita bernama Yor Briar. Namun tanpa disedari, Anya sebenarnya adalah seorang telepati dan boleh membaca fikiran manakala Yor sebenarnya seorang pembunuh upahan profesional.
Adakah dia mesti memainkan peranan sebagai bapa dan suami yang sempurna untuk melaksanakan misinya?
Sinopsis
Buat sesiapa yang ingin tonton anime ini, Spy x Family kini boleh ditonton melalui Netflix dan BiliBili.
@gamersantaimy
Discussion about this post