Pada bab manga Black Clover yang lepas, Yuki Tabata telah mengumumkan yang Judgement Day telah pun bermula dengan kehadiran Lucius Zogratis di Clover Kingdom bersama beberapa Magic Knight yang telah dibangkitkan menjadi Paladin termasuk Morgen, Moris dan Acier Silva. Kini tiba perlawanan diantara Yuno bersama Lucius dalam bab terbaru Black Clover.
Sebelum teruskan membaca, saya ingin mengingatkan anda bahawa kandungan di bawah mempunyai spoiler manga Black Clover 355.
Dalam bab kali ini, kita boleh lihat yang William sangat marah atas kehilangan Julius. Malang sekali serangannya langsung tidak berkesan terhadap Lucius, malah dia yang tercedera atas sebab terkena Time Magic yang digunakan Lucius.
Selepas itu, Lucius terus mengatakan bahawa tiada siapa yang mempunyai kuasa untuk kalahkan dia dan terus melancarkan serangan dengan menggunakan Paladin yang bertebangan di langit. Dengan melihat serangan yang akan dilancarkan oleh mereka, tiada siapa yang boleh menghentikannya.
Yuno sebagai Kapten Golden Dawn
Walaupun hanya 1 tahun lebih telah berlalu, Yuno telah bangkit dengan lebih kuat dan berjaya menghentikan serangan tadi dengan Star Magic.
Dengan melihat Yuno menghentikan serangan tersebut, William telah melihat flashback yang menampilkan Time Magic daripada Julius. Secara tidak langsung, William menyedari yang Yuno telah mengatasinya dan sekali gus melantik Yuno sebagai Kapten Golden Dawn.
Tambah pula dengan flashback yang menunjukkan Sister Lily, Asta dan keluarga angkatnya di Hage. Lagi membuak-buak perasaan membalas dendam Yuno terhadap Lucius. Bukan sahaja untuk membalas dendam sahaja tetapi Yuno bertujuan untuk menjadi Wizard King nanti.
Bab terbaru Black Clover diakhiri dengan Lucius mengatakan yang dia tahu dia perlu mengalahkan Yuno dengan tangannya sendiri.
Walaupun Judgement Day telah bermula, kita masih tidak kelihatan seorang ahli Black Bull kecuali Yami Sukehiro. Harap-harap mereka semua tiba pada masa yang tepat dengan membawa Asta kembali ke Clover Kingdom.
Yuno telah pun menjadi sangat kuat dalam masa yang singkat, bagaimana pula dengan Asta? Harap latihan yang diberikan oleh Ryuzen Seven sangat berkesan dan berbaloi untuk mengalahkan Lucius nanti.
Ikuti Gamer santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post