Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Semua yang diumumkan dalam Gundam Conference 2023 termasuk Gundam Metaverse & siri Gundam Build!

safwan by safwan
March 27, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Gunpla, Manga, Movie/siri
0 0
0
Semua yang diumumkan dalam Gundam Conference 2023 termasuk Gundam Metaverse & siri Gundam Build!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan GUNDAM Conference Spring 2023, Bandai Namco telah mengumumkan beberapa projek baharu yang bersempadan dengan matlamat utama mereka iaitu “GUNDAM NEXT FUTURE -ROAD To 2025-” termasuk GUNDAM Metaverse dan siri Gundam Build. Mari kita mulakan.

GUNDAM Metaverse

Diumumkan pada tahun lepas, akhirnya mereka telah mengeluarkan beberapa maklumat baharu tentang GUNDAM Metaverse. Kalau anda nak tahu, GUNDAM Metaverse adalah sebuah tempat atau ruang untuk peminat GUNDAM di seluruh dunia berkumpul dan berkomunikasi diantara satu sama lain tidak kira apa pun kandungannya.

Mereka juga telah mengumumkan yang projek ini akan mengadakan ujian bermula bulan Oktober 2023 di mana mereka akan membuka ruangan 3D bernama Gunpla Colony dengan menampilkan beberapa ciri baharu seperti Gunpla EC Shop dan ciri “Gunpla Scanning”. Berikut adalah maklumat lebih terperinci:

Gunpla EC Shop

  • Ini merupakan ruang kedai EC untuk peminat membeli Gunpla sebenar.
  • Memberikan pengalaman tambahan kepada peminat dengan memaparkan produk dan kandungan yang menarik dalam Metaverse.

Gunpla Scan

  • Dengan mengimbas Gunpla yang telah siap dibina, peminat bukan sahaja dapat menikmati sekeping gambar malah sebagai model 3D di dalam Metaverse.
  • Projek ini dijayakan dengan kerjasama Sony Group Corporation supaya dapat menghasilkan imbasan yang berkualiti tinggi dan terperinci dengan menggunakan peralatan pengimbasan.

Terjemahan Automatik & Watak AI yang bernama “Mellow”

  • Kini mereka sedang membangunkan ciri untuk terjemahan automatik dan penukaran pertuturan ke teks dan teks ke pertuturan supaya para peminat boleh berkomunikasi dengan lancar diantara satu sama lain.
  • Watak AI “Mellow” juga sedang dibina bagi membantu mencipta pengalaman yang lebih baik kepada para peminat dan secara tidak langsung membuatkan peminat melawat GUNDAM Metaverse setiap hari.

Siri anime GUNDAM Build

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang terdapat 3 episod spesial yang bertajuk “GUNDAM BUILD Metaverse” akan dikeluarkan pada Oktober 2023 bersempena dengan ulang tahun ke-10 siri GUNDAM Build. Siri ini akan diilhamkan oleh projek GUNDAM Metaverse dengan menampilkan kerjasama istimewa ang hanya boleh dicapai dalam dunia Metaverse.

GUNDAM the Witch from Mercury Season 2

Season 2 Mobile Suit Gundam the Witch from Mercury akan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 9 April 2023. Memandangkan season 2 semakin hampir dan ramai peminat menggemari siri ini, mereka akan menjalankan satu kempen yang akan menampilkan pelbagai kandungan fan-made di media sosial.

Mereka juga akan menyediakan aset di laman web rasmi Gundam the Witch from Mercury untuk mencipta gambar atau video yang memfokuskan kepada siri ini. Para peminat boleh menggunakan aset tersebut dan menyiarkannya di media sosial masing-masing. Klik di sini untuk ke laman web rasmi Mobile Suit Gundam the Witch from Mercury. Nantikan butiran yang lebih terperinci pada masa akan datang.

Banyak juga yang diumumkan dalam GUNDAM Conference Spring 2023 hari ini. Gundam Metaverse memang nampak menarik sangat kalau nak cuba tu. Dapat masuk hari-hari pun syok tu.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Gundam BuildGUNDAM Conference Spring 2023Gundam MetaverseGunpla EC ShopGunpla ScanMobile Suit Gundam The Witch from Mercury
Previous Post

Filem Digimon Adventure 02: The Beginning Dedahkan Tarikh Tayangan dan Teaser Baru!

Next Post

Spy x Family umum ‘Season 2 & filem anime’ – akan tayang hujung tahun 2023!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Spy x Family umum ‘Season 2 & filem anime’ – akan tayang hujung tahun 2023!

Spy x Family umum 'Season 2 & filem anime' - akan tayang hujung tahun 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd