Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Daripada Komik, Teenage Mutant Ninja Turtles The Last Ronin Akan Mendapat Game AAA!

Maira by Maira
March 24, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Daripada Komik, Teenage Mutant Ninja Turtles The Last Ronin Akan Mendapat Game AAA!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini ada berita mengenai game baharu Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT) yang berdasarkan komik siri tersebut. Dilaporkan bahawa game itu sendiri diinspirasikan oleh game God of War. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

Melalui Polygon, komik TMNT The Last Ronin akan mendapat game tersendiri! Perkara itu didedahkan sendiri oleh Doug Rosen, naib presiden kanan untuk game dan media baru di Paramount Global. Menurutnya, game third-person RPG itu akan lebih gelap dan matang jika nak dibandingkan dengan barisan game TMNT terdahulu. Bermakna game ini lebih ditujukan kepada pemain dewasa.

Rosen turut menyatakan dia suka kepada game God of War dan game baru itu akan mengikut kisah The Last Ronin, di mana hanya seekor penyu sahaja yang terselamat pada masa depan.

Selalunya game TMNT dimainkan dengan kesemua empat watak tetapi untuk The Last Ronin, hanya ada satu watak sahaja untuk dimainkan. Rosen turut menambah bahawa watak lain mungkin dapat dimainkan semasa adegan flashback sama seperti dalam komik.

Berkenaan komik The Last Ronin, ia merupakan siri mini yang dihasilkan oleh Kevin Eastman, pencipta TMNT dan Peter Laid. Dalam dunia fiksyen itu, hanya satu sahaja ninja penyu yang terselamat manakala yang lain semuanya telah dibunuh oleh Foot Clan. Dia kini ingin membalas dendam terhadap cucu Shredder.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai pembangun yang didedahkan malah Rosen turut mengatakan bahawa ia akan mengambil beberapa tahun untuk game The Last Ronin ini dilepaskan. Apa pun kita tunggu sahaja maklumat lanjut apabila ia sudah sedia nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Teenage Mutant Ninja Turtles daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: TEENAGE MUTANT NINJA TURTLESTMNTTMNT The Last Ronin
Previous Post

Game The Seven Deadly Sins Origin Dedahkan Gameplay Baharu!

Next Post

LEGO 2K Drive akan dilancarkan pada 19 Mei 2023 di konsol & PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
LEGO 2K Drive akan dilancarkan pada 19 Mei 2023 di konsol & PC!

LEGO 2K Drive akan dilancarkan pada 19 Mei 2023 di konsol & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd