Siri anime dan manga kegemaran, Gintama bakal hadir dengan satu lagi siri anime terbaru! Ianya merupakan spin-off daripada siri novel ringan bertajuk “3-nen Z-gumi Ginpachi-sensei”. Jom kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.
Melalui pengumumannya semasa acara Gintama Ato no Matsuri 2023, pelbagai pengumuman menarik telah diumumkan sempena ulang tahun ke-20 siri bermula 2023 sehingga 2026. Untuk anime 3-nen Z-gumi Ginpachi-sensei, ianya akan dihasilkan oleh BN Pictures.
Untuk pengetahuan anda, siri novel spinoff ini ditulis oleh Tomohito Oosaki dan ilustrasinya dilukis sendiri oleh Hideaki Sorachi, pencipta Gintama. Ia pertama kali diterbitkan pada Februari 2006 sehingga September 2013 oleh Jump jBooks milik Shueisha. Buat masa sekarang ini, terdapat tujuh judul yang telah dilepaskan dengan judul terbaru pada tahun 2018.
Penceritaan novel ini membawa ke Gintama High School dan mengikuti hari-hari persekolahan seorang cikgu, Ginpachi Sakata dan pelajarnya. Malangnya, personaliti Ginpachi serta rupanya langsung tidka memberikan imej seorang guru.

Berkenaan Gintama, ia merupakan siri sci-fi komedi yang dihasilkan oleh Sorachi yang diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump, yang kemudiannya berpindah ke Jump Giga sebelum bersambung ke aplikasi Gintama tersendiri pada 2019.
Manga Gintama turut mendapat siri anime dengan jumlah episod sebanyak 367 episod termasuklah tiga buah filem. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga dua filem live action yang telah dihasilkan, malah ditayangkan di Malaysia.
Tidak sabar untuk melihat semula geng komedi ini. Dalam teaser sahaja sempat mereka parodikan siri Spy x Family dan Jujutsu Kaisen. Buat masa ini tiada tarikh tayangan yang didedahkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman selanjutnya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post