Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Main Battlefield 2042 secara PERCUMA di Steam, bermula hari ini hingga 17 Mac!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 14, 2023
in Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Main Battlefield 2042 secara PERCUMA di Steam, bermula hari ini hingga 17 Mac!
Share on FacebookShare on Twitter

Siap sedia untuk berperang kerana bermula 13 hingga 16 Mac, pemain boleh muat turun dan bermain Battlefield 2042 secara percuma di PC Steam buat masa terhad!

Walaupun pelancarannya tidak selancar seperti yang diimpikan, Battlefield 2042 telah melakukan banyak penambahbaikan pada gameplay. Dengan pelancaran Season 4: Eleventh Hour (baca di SINI) yang membawa pengalaman lebih besar dan lebih baik, ini merupakan masa terbaik untuk cuba Battlefield 2042 alang-alang ia percuma di Steam.

Buat mereka yang tidak tahu, Battlefield 2042 merupakan entri terkini dalam francais Battlefield dan first-person shooter yang fokus pada multiplayer. Ditetapkan pada masa depan, entri kali ini menampilkan pelbagai senjata dan gajet futuristik seperti turet dan dron yang boleh dipandu, serta kenderaan canggih yang boleh digunakan oleh pemain.

Sistem watak pun dirombak secara drastik di mana pemain boleh memilih daripada 14 watak (Operator) yang dibahagikan kepada empat kelas berlainan iaitu Assault, Engineer, Medic dan Recon. Setiap Operator mempunyai abiliti dan gajet tersendiri.

Walaupun mempunyai banyak mode, saya sarankan korang cuba ‘All-Out Warfare’, khususnya ‘Breakthrough’ dan ‘Conquest’. Dalam Conquest, dua pasukan harus berperang antara satu sama lain untuk menangkap markas manakala dalam Breakthrough, satu pasukan mesti cuba menangkap markas pihak lawan, manakala pihak lawan harus mempertahankannya.

Bagi mereka yang ingin mempersiapkan diri dahulu, anda juga boleh baca artikel ulasan saya di SINI untuk info lengkap tentang permainan. Jika suka, korang boleh mendapat diskaun sebanyak 70% untuk Battlefield 2042 sementara ia masih dalam tempoh Percuma; yang menurunkan harga daripada RM199.00 ke RM59.70.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Join giveaway kami di sini: https://t.co/Ia4zamY80x

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 8, 2023
Tags: Battlefield 2042Percumasteam
Previous Post

Icon & Deluxe Edition WWE 2K23 kini tersedia! Standard Edition akan tiba 17 Mac nanti!

Next Post

Raid: Shadow Legends bakal keluarkan siri animasi pendek pada 18 Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Raid: Shadow Legends bakal keluarkan siri animasi pendek pada 18 Mei ini!

Raid: Shadow Legends bakal keluarkan siri animasi pendek pada 18 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd