Semasa livestream Capcom Spotlight, Exoprimal telah melepaskan beberapa perkara baru mengenai game tersebut. Bukan setakat itu sahaja, anda akan boleh mencubanya tidak lama lagi apabila open beta test dijalankan. Mari kami ceritakan dengan lebih lanjut.
Exoprimal akan lancar pada 14 Julai 2023 di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, dan PC melalui Steam. Lebih menarik sekali, anda boleh mainkan game ini di Game Pass pada hari pertama game dilancarkan!

Kalau anda berminat untuk memiliki Digital Deluxe Edition game, ia turut tersedia sekarang untuk dibeli. Berikut adalah kandungan yang anda boleh dapatkan daripada edisi game tersebut:
- Salinan game
- Head Start Kitt
- Vigilant Early Unlock Ticket
- Murasame Early Unlock Ticket
- Nimbus Early Unlock Ticket
- Skin exosuit Paladin untuk Vigilant
- Skin exosuit White Guardian untuk Murasame
- Skin exosuit Wonderland untuk Nimbus
- Survival Pass Season 1: Premium Tier (untuk masa terhad)

Kalau anda pre-order Exoprimal, anda boleh mendapat kandungan tambahan seperti berikut:
- Skin exosuit Shark’s Mouth (kelabu) untuk Deadeye
- Skin exosuit Stone Golem untuk Roadblock
- Skin exosuit Bush Camo untuk Witchdoctor

Mengenai beta test pula, ianya akan bermula pada 17 Mac sehingga 19 Mac. Jadi anda yang sudah lama ingin mencubanya, bolehlah sertainya akan datang.

Tentang Exoprimal
Ia merupakan game aksi berasaskan pasukan dalam talian yang menggunakan teknologi exosuit termaju manusia dengan haiwan paling ganas dalam sejarah – dinosaur. Exosuit dibahagikan mengikut peranan yang berbeza dan pemain akan merintis exosuit ini untuk bertahan menentang kumpulan dinosaur hebat dalam talian bersama ahli pasukan lain.

Terdapat banyak maklumat yang akan didedahkan melalui saluran media sosial rasmi dan laman rasmi game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post